Pages

Monday, June 29, 2009

Monday blues..bukan Blues Gang ye...

Aku stop kejap cerita pasal trip ke Langkawi. Ingat nak upload gambar masa kat sana tapi adik aku pinjam kamera pula. Aku janji bila dapat balik kamera, aku akan update trip ke Langkawi. Ok?

Hari ini hari Isnin. Bak kata orang...it's Monday Blues. It's true actually. Aku memang tak ada mood nak buat kerja hari ni. Dahlah emel opis aku down so aku tak dapat nak buat kerja yang boss aku suruh.

Baru-baru ni aku bengang dengan sahabat aku. Tak ada angin..tak ada taufan tiba-tiba sahaja nak marah aku tak tentu pasal. Apa hal? Aku taulah sahabat aku tu tengah tension dengan masalah yang dia hadapi. Janganlah jadikan aku sebagai mangsa tension kau tu. Aku memang cukup pantang kalau buat macam tu kat aku.

Lepas tu, tau pulak nak minta maaf kat aku. Sorry lah beb. Kau dah lambat nak minta maaf kat aku. Aku ni memang tak suka nak marah-marah orang sebenarnya tapi kalau sekali aku dah marah, memang susah nak reda. Biarlah 1 minggu..1 bulan..1 tahun. Belum tentu aku akan reda.

Untuk meredakan kemarahan aku, nak tau apa aku buat? (konon nak reda marah lah tu..) Aku beli kain 3 pasang yang tak pasti bila nak tempah dan handphone baru. Alaaa handphone murah je. Aku tak mampu nak beli handphone mahal-mahal ni. Lagipun aku pakai pun takat lepas nak buat call dan sms, itu dah kira ok. Nak tau lebih lanjut pergi kat
sini.

Hari pertama dalam minggu ni. Banyak lagi hari yang perlu dilalui. Moga hari-hari yang akan datang akan membawa keceriaan dalam hidup kita. Kepada sahabat, aku tak tau apa masalah kau, pandai-pandailah kau jaga diri. Adios!

p/s: aku memang ceria sokmo

Saturday, June 27, 2009

Langkawi trip day 2

Trip naik bot
Hari kedua trip di Langkawi plan nak naik boat. Sebelum ni aku pernah naik bot tapi itu semua yang kawasan selatan. Kalau sebelum ni, cuma pergi ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Kali ni aku nak tukar selera..aku plan nak menerokai hutan paya bakau. 


Nak ke sana, kita orang ambil bot kat Tanjung Rhu yang terletak di utara Pulau Langkawi. Juah juga dari hotel. Tak salah aku, ambil masa hampir 40 minit nak sampai ke sana. Aku dapat maklumat ni pun daripada surf internet. Perjalanan naik bot ambil masa dalam 2-2 1/2 jam. Tempat yang dilawati ialah Gua Cerita, Gua Kelawar, ikan sangkar dan tengok helang makan. Memang berbeza dengan trip pulau sebelum ni. Anyway, kalau aku diberi pilihan, aku tak dapat nak pilih sebab aku suka dua-dua. Untuk first timer,aku nasihatkan pergi trip Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.
Get ready untuk naik bot. Hadi dah tak sabar nak naik.
Pokok paya bakau..yang hidup di air masin. Cuma minum air tawar yang ditapis melalui akarnya. Menarik kan??



Tempat peninggalan kawasan pembakaran pokok kayu bakau yang dijadikan arang.




Lagi gambar kat hutan paya bakau.


Get ready nak masuk Gua Cerita. Kata Pak Ngah (yang bawa bot), kalau air pasang tak boleh nak masuk. Nasib kami baik, masa tu air surut. Jadi bolehlah masuk.

Pemandangan dalam gua.


Rilek je Pak Ngah bawa bot. Kalau aku yang bawa, sure dah berpeluh ketiak aku dibuatnya.


Pak Ngah cakap bot ni pelancong asing yang punya. Sekali dia orang cuti, memang cuti lama sangat. Orang banyak duit lah katakan.


Singgah kejap kat sangkar ikan. Inilah rupa belangkas. Katanya sedap dimakan tapi aku tak tau lah sedap ke tak sebab tak pernah cuba.



Kat sangkar tu ada gak ikan pari. Memang manja dengan orang. Adik aku cuba bagi makan kat ikan pari. Suka tengok bila ikan pari tu gesel badan kat tangan tapi aku tak berani lah. Geli....



Singgah kejap Gua Kelawar.


Monyet ni nampak je baik tapi hati-hati mereka akan mengganas kalau nampak makanan.



Eagle feeding

Cuba tengok betul-betul. Itu adalah Pulau Kasut sebab rupanya macam kasut.



Makam Mahsuri




Orang kata, kalau kita cuci muka dengan air telaga Mahsuri ni, muka akan nampak berseri-seri. Habis basah si Sara tu. Hahaha...

Pekan Kuah
Tak sempat nak ambil gambar. Just singgah beli barang sikit. Aku pun sempat beli coklat. I love chocolate so much!

Lepas dinner kat Kedai Makan Hj Ramli, Pantai Chenang, kita orang pun tidurlah. Apa lagi perut dah kenyang, tidurlah..

p/s: sambung lagi hari ketiga

Langkawi trip day 1

Hari pertama sampai ke Langkawi pada pukul 5.30pm. Flight delayed sikit sebab masalah teknikal. Aku pun tak tau apa puncanya yang penting aku kena sampai ke Langkawi juga. Bila dah clear beg dan dah dapat kereta, terus sahaja ke hotel.

Sebelum check in ke hotel, lepak dulu makan petang kat gerai tepi jalan. Tak sempat nak ambil gambar. Makan pun sekadar nak alas perut je. Tak lapar mana pun tapi saja nak rilek-rilek dulu. Aku sempatlah minum air kelapa..macam lah kat rumah tak ada kelapa kan? Hahaha...kalau ayah aku tau, sure dia bising punya.
Makan pun sudah, apa lagi kita orang pun check in di Hotel Federal Villa. Nak tau landmark nya cuma bersebelahan dengan Hotel Holiday Villa. Sebenarnya Hotel Federal Villa ni memang dibawah pentadbiran Hotel Holiday Villa.
Selesai mandi dan solat, plan nak jumpa kawan lama kat pekan Kuah. Aku ni kalau tak makan, tak sah..so pergi ke jeti dan order makan kat sana. Nafsu punya pasal, order punyalah banyak macamlah ramai orang nak makan. So malam tu, kita orang order sate ayam, mee udang, nasi putih, sotong goreng tepung, tomyam campur dan sayur kailan ikan masin. Bukannya makan habis pun..ambik kau! Padan muka aku. Antara banyak-banyak tu, aku suka sangat air limau ais. Dua kali aku order. Aku rasa air limau ais kat sini tak lah sedap mana macam kat sana. Hmm..apa agaknya dia orang letak ye?
Makan pun sudah..jumpa kawan pun sudah..apa lagi balik hotel, tidur lah. Sejuk saja rasanya. Yang tak bestnya ada bau lipas. Ish potong selera aku nak tidur. Arggh lantaklah..aku dah penat. Aku mau tidur. Esok nak jalan lagi. Yeaah Langkawi here I come!!!
p/s: tidur..tidur..jangan lupa tutup lampu ye

Trip ke Langkawi

Trip ke Langkawi baru-baru ni sangat penat. Aku tak sempat nak upload gambar yang diambil masa kat sana. Insyaallah kalau ada masa, aku akan upload gambar-gambar tu. Tak banyak gambar yang diambil. Banyak ambil gambar Sara dan Hadi. Gambar aku?? Tak payah lah nak ambil. Aku malu sebenarnya. Malu sebab kalau ambil gambar, sure penuh kamera tu. Hahaha..Serba sikit trip kali ni..kita orang ke Makam Mahsuri, naik cable car, mangrove tour (naik bot tengok hutan paya bakau, masuk gua dan tengok sangkar ikan) dan jalan-jalan sekitar pekan Kuah.
Orang selalu tanya..kenapa aku suka ke Langkawi? Tak salah aku, ini adalah trip yang ketujuh Nak tau kenapa? Aku suka tengok pantai especially kat Pantai Cenang dan Tanjung Rhu. Makanan kat sana sangat best especially makanan laut! Kalau makan kat Langkawi jangan lupa singgah Kedai Makan Hj. Ramli kat Pantai Cenang. Best dan murah!!! Aku siap promote ni. Shopping ok gak sebenarnya tapi kalau aku ke sana selalu aku bukan nak sangat shopping. Murah pun beza sikit je. Kepada kaki shopping, sure mata jadi rambang tengok pinggan mangkuk seperti Corelle, Pyrex dan banyak lagi. Kalau nak dapatkan pinggan mangkuk yang murah, pergi Idaman Suri. Nama kedai pun sangat sesuai sebab memang menjadi idaman wanita.
Rasanya kalau orang nak tanya apa yang best kat Langkawi ni, bolehlah tanya kat aku. Soalan pertama aku akan tanya..kalau nak ke Langkawi suka apa? Kalau dah tau suka apa, aku boleh agak tempat mana yang patut nak pergi. Kepada pengunjung kali pertama, aku nasihatkan ambil area kat pantai. Kat sana memang happening especially kalau belah malam. Kalau ke sana, rasa macam kat negara asing sebab ramai pelancong yang datang. Orang arab pun dah pandai jalan-jalan kat Langkawi ni selepas kes 11 September 2001 berlaku kat US. Dia orang dah tak jalan-jalan kat area US atau Eropah. Satu peluang kat Malaysia dalam industri pelancongan. Betul tak?
Aku ni kalau dah start cerita pasal Langkawi memang susah nak stop. Cerita seterusnya, aku akan upload gambar-gambar yang diambil kat Langkawi ok?
p/s: naik tangga kat cable car sangat penat..fuuh!

Sunday, June 14, 2009

Kelas MBA

Baru-baru ni aku mengambil keputusan nak sambung buat MBA. Memang aku ada plan nak buat tapi bukan dalam masa terdekat tapi baru-baru ni ada kawan lama (kawan sama study ITM dulu) ajak aku ambil MBA. Peluang dah ada depan mata, apa lagi kan? Dengan hati separuh nak separuh tak, aku pun ambil lah.

Semalam kelas pertama MBA mula dengan subject International Business. It's an interesting subject! Dapat pulak classmate yang memang otai-otai dengan hal berkaitan international business membuatkan kelas bertambah menarik. Rata-raya my classmate dah mempunyai pengalaman kerja yang banyak sampaikan ada yang dah lebih 20 tahun. Nak dibandingkan dengan aku, aku rasa amatlah kerdil walaupun secara fizikal aku ni sangatlah comel!!! Hahaha...

On the first day, lecturer dah bagi team assignment. Sabar je lah aku..aku belum kenal lagi classmate aku dan tiba-tiba dah kena buat team assisgnment. So far, aku dah aim a few person yang rasa boleh kerjasama. Hehehe..sure yang cute mute la tu. Penting beb! Untuk dijadikan sumber inspirasi.

Balik dari first class, memang pening kepala. Apa taknya, tiba-tiba sahaja banyak perkara yang datang bertubi-tubi. Banyak betul nak kena catch up balik. Otak pula nak kena basuh sebab lama sangat karat. Dah lama tinggalkan alam study ni. It's ok...mula-mula blur tapi insya-Allah semua akan berjalan dengan lancar.

Hari kedua, rasa taklah pening sangat. Sebelum pergi kelas dah baca sikit nota yang lecturer bagi semalam. Harapnya otak ni tak lah terkejut lagi macam semalam. Dapat pulak discussion pasal culture, lagi lah seronok. Anyway, adalah kaypohci ni perasan baguslah. So dia ceritalah pengalaman bekerja dengan orang asing. Bila jumpa orang macam ni, aku malaslah nak join. Ambil lah kau mat...aku bagi chance. Eii jahatnya aku ni..masuk kelas sempat lagi nak ngumpat orang. Tak berkat ilmu aku nanti. Ya ampun!!!!

Next class rasanya aku tak dapat nak join sebab aku ke Langkawi. Sayang pulak rasanya. Harap semua akan berjalan dengan lancar.

p/s: penat naik tangga pergi kelas...

Thursday, June 11, 2009

Hello my name is Mastura

Aku memang jarang pakai nama betul aku kalau aku berurusan dengan orang luar yang tak dikenali. Selalunya nama yang selalu aku pakai adalah Mastura, Aida dan beberapa nama yang aku dah lupa. Sebab utama aku tak nak pakai nama betul bukannya aku malu dengan nama aku tu cuma ini adalah langkah keselamatan dan berjaga-jaga.

Aku ingat lagi ada 1 insiden. Masa tu aku keluar makan sama-sama dengan kawan-kawan. Entah macamana ada amoi ni datang kat meja aku. Aku malas nak layan amoi ni sebab dia nak jual barang makanan kesihatan atau dikenali juga ubat slim. Aku tau lah aku ni sangat comel nak suruh aku belilah tu.

Punyalah bersungguh-sungguh amoi tu menerangkan khasiat makanan kesihatan tu. Dahlah masa tu aku tengah makan..memang aku cukup pantang kalau orang kacau aku tengah makan. Bila amoi tu minta nama dan nombor telefon, aku cepat-cepat bagi nama Mastura dan nombor telefon tu aku main sebut je. Lantaklah kau amoi..cubalah sampai dapat..kau telefon aku sampai dapat. Hahaha..

Apa-apa pun nama Mazuriah, nama betul tau. Suka sangat nama ni sebab jarang orang ada nama ni. Cuba google nama Mazuriah, ada berapa orang yang bernama Mazuriah. Dulu arwah mak aku cakap, maksud nama Mazuriah tu ialah idaman. Waah aku ni idaman orang lah ye?

p/s: I love my name

Tuesday, June 9, 2009

Saya budak baru belajar..

Ini adalah kali ketiga aku tukar layout blog aku sepanjang aku start berkecimpung dalam dunia blog ni. Adik aku cakap macam tema gothic. Kebetulan ada kenduri kahwin baru-baru ni ada buat tema gothic, sedikit sebanyak mempengaruhi aku nak pilih layout baru. So..amacam?? Ada ok tak??

Sebenarnya hitam bukanlah warna kegemaran aku tapi sekali sekala tukar selera, apa salahnya. Aku pun baru belajar bab nak design layout blog ni. Nak kata pandai sangat tu taklah. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.

p/s: masih kekalkan warna pink..coz I love pink!

Sunday, June 7, 2009

Birthday Party Sara

Birthday party Sara dah berapa kali dok tangguh. 22 Mei 2009, cukuplah umur Sara yang keempat. Cepat je masa berlalu. Ingat lagi masa Sara lahir dulu..kecil je. Berat pun dalam 2.5kg je. Takut je aku nak pegang masa tu sebab she look so fragile. Sekarang Sara dah besar, riuh betul mulutnya cakap. Tak terlayan aku dibuatnya. Apa-apa pun Awong nak ucapkan:
Selamat Hari Lahir Yang Keempat kepada Sara Fatihah!
Birthday cake Sara..dibuat khas oleh aku..cewaah!! First time pakai resepi ni. Alhamdulillah menjadi.

Get ready nak potong kek..alamak birthday girl baru bangun tidur lah...Sara dok blur lagi.


Mari mummy tolong potongkan kek Sara ok?

Ish kerasnya kek Sara ni...Kek ke batu ni?


Berjaya juga akhirnya...yeeaahh!! Rasalah kek Awong buat tu


Sara dapat hadiah daripada Aunty Hawa dan Uncle Faiz. Siap posing dulu..

p/s: Ada siapa nak buat birthday party aku nanti???


Susah sangat ke??

Ya aku tau...aku perlu update blog aku. Kali terakhir aku update lebih kurang 2 minggu lalu. Minta maaf banyak-banyak. Ramai yang dok tunggu aku nak update blog tapi aku tak berkempatan nak buat. Bukan aku tak nak update cuma keadaan tak mengizinkan. Minta maaf sekali lagi. Ok?

Untuk memulakan cerita aku kali ni, baru-baru ni ada sahabat aku perlukan bantuan untuk mencari tempat untuk bercuti. Aku dah usahakan untuk mencari dan bertanyakan tempat yang dituju. Siap orang tu dah tempahkan tempat untuk kawan aku cuma aku tak berani nak confirm sebab sahabat aku belum dapat kata putus lagi. Aku dalam dilemma sebab orang tu minta confirmation secepat mungkin tapi sahabat aku belum lagi dapat kata putus sama ada nak ambil atau tak. Dipendekkan cerita aku terpaksa batalkan tempahan tu sebab sampai sekarang aku tak tau apa status sahabat aku tu sama ada jadi atau tak nak ke sana.

Pengajaran di sebalik kisah ni, aku tak kisah nak tolong sahabat tu tapi sekurang-kurangnya berilah kerjasama untuk dapatkan kepastian. Aku mengerti keadaan orang yang uruskan percutian tu dan aku tau sebagai seorang ahli perniagaan, peluang tak boleh nak tunggu lama. Either you take it or leave it. Kepada sahabat aku, at least you should say something to me..thanks for helping but sorry I've to reject it. Sejuk hati aku mendengarnya.

p/s: lebih baik aku diam sahaja..