Pages

Friday, September 24, 2010

Banyaknya kena buat

Hai semua..I'm back! Semenjak dua menjak ini aku agak sibuk..sibuk dengan siapkan report, nak study sebab nak exam dan assignment yang perlu disiapkan. Rasa nak pasang banyak tangan, boleh aku buat semua kerja dalam satu masa. Terasa macam sotong pula tapi bukan sotong Paul tu ya. Apa agaknya cerita sotong Paul tu? Hehehe...

Aku masih tak dapat lagi nak upload gambar sebab ada masalah teknikal dengan laptop aku sekarang. Hmm..aku tak tahu nak cakap macamana. Kisahnya laptop aku terlalu banyak virus jadi terpaksalah kena kuarantin buat sementara waktu. Tak dapatlah aku nak sambungkan cable atau masukkan thumbdrive kat laptop aku. So..blog selepas ini lebih banyak ayat daripada gambar. Harap bersabar ya. (sambil-sambil tu aku pun pujuk hati aku supaya bersabar juga. rasa-rasanya bila agaknya laptop kembali normal semula)

Oh ya! Jangan tak tahu Airasia buat promosi buat penerbangan ke Tokyo! Hebat kan? Dengan harga bermula RM699 boleh dapat pakej tiket kapal terbang pergi balik dan penginapan hotel untuk 3 malam. Macam biasalah..aku ni pantang sikit nampak promosi Airasia. Konon-konon nak cuba dapatkan harga murah. Susah gila beb. Kalau sesiapa dapat harga tu, memang beruntung gila betul. Please let me know, siapa dapat harga macam tu ya. Aku nak kirim 1 benda je...aku nak fridge magnet dari Tokyo ya! 

Cerita pasal hari pertama masuk kerja selepas bercuti lama, aku memang susah nak adapt balik. Rasa malas sangat nak kerja tapi tak boleh nak cuti lagi sebab ada banyak kerja yang perlu diuruskan. Ya aku tahu..boss dah lama tunggu aku balik. Memang tunggu masa aku masuk kerja dan memang aku dah duga. Masalahnya aku tak suka jumpa dia nak meeting sama-sama dengan dia. Boleh tak kalau aku cuma berkomuniksai melalui emel atau telefon sahaja. Apa kata, kita amalkan cara kerja teleworking? Tak perlu datang opis untuk buat kerja kan? Ok apa?? JKR dah buat takkanlah opis tak boleh buat? 

Waaah..ini betul-betul lepas geram. Punyalah lama tak update blog..amik kau! Boleh tahan panjang blog aku kali ini. Jangan marah ya. Peace the world. Hehehe..

p/s: yeaaah esok hari jumaat. boleh cari buah jambu sedap. 

Saturday, September 18, 2010

Aktiviti masa raya

Rasa cepat sangat masa berlalu kalau tengah cuti tapi kalau masa kerja rasa lambat masa berlalu. Siapa sangka hari lusa aku dah mula masuk kerja selepas 10 hari bercuti. Pasti susah nak tune balik masa kerja nanti. Dah biasa rehat kat rumahlah katakan. 

Nak tahu apa aku buat sepanjang aku bercuti kali ini? Tak adalah yang istimewa cuma beraya rumah saudara-mara dan kawan-kawan. Jangan tak tahu, hari raya yang ketiga, ada buat family gathering kat kampung sebelah ayah aku di Temerloh. Sempatlah berjumpa dan bersuai kenal dengan saudara-mara dan kalau tak salah aku, aku ini dalam golongan generasi kelima. Korek punya korek, rupa-rupanya kita orang ada kena-mengena Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib. Hahaha..macam tak percaya pula. 

Balik kampung sebelah arwah mak, aku sempat beraya rumah makcik-makcik. Bila tengok rumah wan, rasa sedih sahaja. Rasanya raya dah tak meriah macam sebelum ini. Semua saudara kumpul ramai-ramai, beratur ikut turn nak dapatkan duit raya. Yang paling aku terkilan, tak dapat lagi nak makan rendang ayam special wan tu. The best rendang ayam in the world I tell you.

Minta maaf banyak-banyak, aku tak dapat nak upload gambar raya kali ini sebab ada masalah dengan laptop. Aku tak dapat nak transfer gambar-gambar. Insya-Allah bila semua dah ok, aku akan kongsi gambar untuk tatapan semua. 

Baju raya tahun ini ketat!! Aku sempat pakai masa hari raya pertama dan kedua sahaja. Timbang masa bulan puasa hari tu dah turun 2-3kg tapi takkan tak muat juga. Ish..nyonya salah ukur kot? Saja nak pujuk hati sebab tak nak mengaku dah gemuk. Start hari raya pertama, asyik mengunyah je aku ni. Makan kuihlah, makan kerepeklah, nasi impit dan lemang, tak payah cerita. Rasanya dah banyak kali dok ulang makan je. Ayah pun dah bising, "tak nak kuruskan badan ke?" Uwaaaa!!! 

Hmmm...esok adik lelaki ajak makan-makan kat rumah dia di Kelana Jaya. Makan laksa asam kot? Makan lagi. Manalah tak bulat dibuatnya. 

p/s: ada sesiapa nak buat open house?

Monday, September 6, 2010

Kad Raya

Seperti tahun sebelum ini, opis aku ada peruntukan kad raya. Tahun ini aku tak tahu nak bagi kat siapa. Ada siapa nak kad raya aku? Aku ada lagi 5 keping kad raya. Ya aku tahu agak lewat nak hantar kad raya sekarang tapi sekurang-kurangnya aku masih ingat kepada pembaca blog aku ini. 

Kepada sesiapa yang inginkan kad raya daripada aku, sila emelkan nama dan alamat kepada mazuriah@gmail.com. Insyaallah aku akan cuba hantar kad raya ya. Siapa cepat, dia dapat sementara stok masih ada. Sebelum tu, nak tengok kad raya aku tak? 

Kad raya opis aku. Mari-mari..siapa yang mahu? 

Sebenarnya aku agak sedih sebab tahun lepas aku tak dapat langsung kad raya. Aku siap pos kad raya tapi tak ada siapa nak balas. Kali ini, aku nak tukar konsep. Aku nak bagi kad raya pula. Tak perlulah nak balas tapi kalau nak balas, boleh juga. Aku terima dengan tangan dan hati terbuka. Cewaaah! 

Hmm...raya tak lama lagi. Rasa cepat betul masa berlalu kan? ku dah siap apply cuti raya awal-awal takut boss tak approve. Alhamdulillah boss dah approve. Aku ambil cuti raya dari 9-19 September. Amik kau! Cuti sakan beb. Lagipun cuti tahunan aku banyak lagi. Lepas tolak cuti raya, ada lagi 16 hari. Simpanlah dulu manalah tahu nak pakai nanti atau bawa sahaja kepada tahun depan. 

Di sini, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Berhati-hati semasa memandu semoga selamat sampai ke destinasi. 

p/s: jangan main mercun tau!

Saturday, September 4, 2010

Rezeki bulan Ramadhan

Baru-baru ini kerajaan ada umumkan untuk memberi imbuhan RM500 kepada kakitangan kerajaan untuk persiapan menyambut bulan Syawal. Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku pun tak terlepas untuk dapat tempias imbuhan juga. Bolehlah nak pakai belanja nanti. Baru je terfikir macamana nak bayar duit baju raya yang ditempah. Hari tu hantar baju 3 pasang, tak ingat ya? Kebetulan masa ini jugalah dapat rezeki lebih. Alhamdulillah. 

Bukan sahaja aku dapat duit imbuhan malah dapat kerusi baru petang semalam. Tiba-tiba ada staff hantar kerusi baru kat tempat aku. 

Salleh: awak ada minta kerusi baru kan?

Aku: eh tak lah. awak salah orang ni. 

Salleh: saya dapat arahan hantar kerusi ini kat awak.

Aku: saya tak pernah minta apa-apa pun. baik awak check balik. manalah tahu awak salah orang. kat ofis ramai yang nama dekat-dekat saya ni. 

Salleh: tak apalah. biar saya check dengan boss. apa-apa pun awak simpan dulu kerusi ini. 

Aku: ok..terima kasih. 

Aku masih tak puas hati lagi. Terus aku call boss Salleh. 

Aku: i nak check dengan you lah. tadi salleh ada hantar kerusi baru kat i. kerusi tu siapa punya sebenarnya?

Boss Salleh: untuk you lah. 

Aku: ya ke? tapi i tak request pun. 

Boss Salleh: oh..ini special untuk you. kami beli untuk keselesaan you kerja nanti. 

Aku: oh ya? betul ke ni? terima kasih ya. 

Terus aku speechless..

Ayuh kawan-kawan, mari kita buat perbandingan dulu di antara kerusi lama dengan baru. 

Kerusi lama aku ya. (sila abaikan objek lain yang ada kat work station aku tu)

Kerusi baru dapat semalam. 

Macamana? Best kan? Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku, "makin bestlah nak tidur nanti." Hahaha..aku memang tak guna. Orang dah beri kerusi baru untuk memudahkan aku kerja. Sungguh tak menghargai langsung! Aku gurau je lah. 

Sambil-sambil tu ada juga mulut yang tak ada insurans beritahu yang sebenarnya boss request kerusi untuk aku. Katakan tidak! Aku tak percaya. 

Apa pun, aku bersyukur dimurahkan rezeki. Baru ada semangat nak kerja. Cewaaahh! Kipas jangan tak kipas beb. (ingat Jun seorang je pandai kipas?)

p/s: terima kasih semua.