Pages

Monday, January 31, 2011

Emel daripada PM

Terkejut aku bila dapat emel daripada PM. Tak sangka pula aku antara yang terpilih dapat emel daripada PM. Hahaha..glamer akak! 

Boleh percaya ke emel ni? 

Anyway, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. 

p/s: aku boleh dapat angpow lagi ka? tak pun aku pow orang. 

Tiket konsert Fran

Aku dah tengok harga tiket Konsert Francissca Peter pada 5-6 Februari di Istana Budaya. Mak oooii!! Harga paling murah RM99. Itu pun dapat seat nun jauh dan atas pula tu. Nak tengok dekat-dekat kenalah bayar lebih. Amik kau!

Hajat hati memang nak pergi tapi hati aku berbelah bahagi..nak pergi atau tak. Berbaloi atau tak kalau aku dapat pergi konsert tu nanti? Ya..aku tahu aku adalah peminat Fran dan Fran pun bukannya selalu dapat peluang buat konsert solo. Ini pun dapat selepas 33 tahun berkecimpung dalam dunia seni. 

Bukan aku tak menghargai Fran tapi kedudukan kewangan aku tak mengizinkan. Kalaulah ada orang yang baik hati nak belanja tiket tengok konsert Fran, alangkah indahnya dunia aku rasa. Aku dapat rasa akulah orang paling beruntung dalam dunia. Ya aku tahu, itu cuma angan-angan tapi tak salah kan? Manalah tahu, angan-angan aku boleh jadi kenyataan. Cewaaah! 

Nak beli dengan hasil jualan kek carrot aku belum pasti dapat beli harga tiket RM299 (nak harga tiket mahal je). Manalah tahu, tiba-tiba dapat rezeki jatuh ke riba bolehlah aku beli tiket. Hehehe... 


Apa kata, kalau Fran baca blog aku dan bersimpati dengan keadaan aku terus bagi tiket free. Tambah sayang aku kat kakak aku tu. I love you forever and ever Fran! 

p/s: suka sangat berangan-angan. mana tahu jadi kenyataan! 

Sunday, January 30, 2011

Hujan lagi


Hujan dari pagi tadi. Aku tak tahu nak buat apa. Nak keluar pun tak seronok. Aktiviti paling best waktu hujan adalah TIDUR!


p/s: aku dah puas guling-guling atas katil. pejam celik pejam celik..aik hujan lagi?

Thursday, January 27, 2011

Aman Shah

Siapa kenal penyanyi Aman Shah? Sila angkat tangan kalau siapa kenal. Ok..mari aku tunjukkan gambar dia masa muda.


Artis yang terkenal dengan muka yang banyak tahi lalat. Pada satu masa dulu, memang menjadi pujaan dara! Semua orang suka dengan dia. Ibarat Justin Bieber ala-ala Malaysia gitu. Hehehe..

Antara lagu popular yang aku suka ialah adikku pandai menari dan lagu ini telah diberi nafas baru oleh Alif (peserta One In A Million).



Berbalik cerita Aman Shah, petang tadi aku terserempak dia kat Bangi. Ingat nak tegur dia tadi tapi malu. Entah tiba-tiba lidah aku boleh jadi kelu tak terkata-kata. Aku mampu berkata-kata dalam hati sahaja, "Aman Shah tu!! Handsome ok". 

p/s: ramai juga artis dok kat bangi. 

Tuesday, January 25, 2011

Aku sudah jatuh hati

Aku dah lama jatuh hati dengan dia. Kali pertama aku jumpa, aku terus tak boleh lupakan dia. Adakah itu tanda-tanda aku sudah jatuh hati? Katakan tidak walaupun aku cuba menafikannya. 

Tolonglah aku. Aku dalam dilemma, tak tahu nak pilih yang mana satu sebenarnya. Haruskah aku pilih:



 Kenwood yang klasik dan elegant?

Kitchen Aid yang moden dan warnanya ceria? 

Kalau ada rezeki lebih, memang aku nak dua-dua. Bestnya kalau aku mampu memilikinya. InsyaAllah..satu hari nanti, kau akan jadi milik aku. 

p/s: jangan terpedaya dengan tajuk blog. hehehe...

Monday, January 24, 2011

Kenapa call lagi?

On the way nak balik rumah, tiba-tiba telefon berbunyi. 

Aku: hello

XX: hello. ini ******* ka?

Aku: ya. ini siapa ya?

XX: ini XX. you kerja kat Giant kan?

Aku: haiya..saya sudah lama berhenti lah. sudah 5 tahun. 

XX: sorry ya. 

Ish dia orang ni. Kenapalah call aku lagi? Aku dah lama keluar daripada Giant dari tahun 2006. Cadang nak tukar nombor telefon tapi sayang pula. 

p/s: nombor telefon yang ada ini penting. kenangan banyak woo!

Saturday, January 22, 2011

Assignment tak siap lagi!


Tiba-tiba rasa tertekan. Semester kali ini dahlah sabjek susah dan ditambah pula dengan assignment yang banyak. Esok pula, lecturer nak buat mock exam. Satu benda tak study lagi ini. Arrgghh!! Boleh ke aku buat ni? 

Aku tak mengharap apa-apa untuk semester ini. Dapat pass pun jadilah. Aku tak nak repeat paper ok. 

p/s: dengar cerita next semester punya sabjek lagi susah wooo!!

Tuesday, January 18, 2011

Plan perjalanan Kota Kinabalu

Atas persetejuan ahli Rombongan Cik Kiah, inilah hasil plan perjalanan ke Kota Kinabalu setakat ini. Nak dapatkan plan perancangan ini, bukannya senang. Banyak kali juga kena tukar mengikut kehendak dan kesesuaian ahli rombongan. Penting tu. 

Urusan booking pengangkutan dan tempat tinggal dah ok. Bolehlah tarik nafas lega kejap. Fuuuhh! 

Mari kita tengok sama-sama plan perjalanan aku kali ini. Masih terbuka untuk sebarang cadangan atau komen. Kalau sesiapa ada nak ke Kota Kinabalu, boleh juga ambil plan aku ni sebagai rujukan. Sharing is caring. Tak ada isu copyright di sini. Hehehe...

Hari pertama 
Bertolak ke Kota Kinabalu 
Check in Marina Court Resort
Aktiviti bebas

Hari kedua
Jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu:
-Pasar tamu Gaya Street
-Marine Park
-Tuanku Abdul Rahman Park (island hopping: Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan sebagainya)
-Jalan-jalan sekitar pasar Filipina cari mutiara dan  kristal

Hari ketiga
Check out Marina Court Resort
Terus ke Kundasang
Nabalu (beli cenderamata)
Kinabalu Park (ambil gambar Gunung Kinabalu)
Hot Spring, Ranau
Check in Kundasang Homestay 

Hari keempat
Check out Kundasang Homestay 
Last minit shopping:
Ikan masin, ikan bilis, frozen seafood
Bertolak ke LCCT 

Plan perjalanan aku ini juga mengikut kemampuan ahli rombongan. Aku boleh bajet seorang tak lebih daripada RM500. Kalau nak ambil agen pelancongan pun boleh juga tapi aku rasa biar kami explore sendiri. Baru adventure sikit. 

p/s: dalam proses kumpul duit

Sunday, January 16, 2011

Banyak kerja laaa

Agak sibuk kebelakangan ini. Minta maaf tak dapat nak update selalu blog. Semua benda nak buat pada masa yang sama. Nak siapkan assignment, final exam tak lama lagi dan ditambah pula kerja kat opis yang tak pernah nak habis. Hmmm sabar je lah ya. 

Rasa tak puas kalau tak dapat nak update blog. Rasa rindu pula rasanya. Cewaaahh! 

Sambil-sambil tu, aku sempat lagi  lompat-lompat baca blog orang lain untuk dapatkan ilham. Alangkah bagusnya kalau ilham datang selalu, bolehlah aku kongsi cerita kan? Kalau dah ilham tak datang, cubalah macam-macam sampai berdarah hantuk kepala kat dinding. Mesti tak dapat punya! Percayalah. 

Oh ya! Lupa nak beritahu. Minggu lepas ada staff baru masuk department aku. Setakat ini, belum ada apa-apa masalah yang timbul. Hmm..masih baru lagi. Belum kenal sepenuhnya. Boss pun dah beri amanat-amanat penting apa yang perlu buat. Frust sebab kali ini boss beri amanat tak lama. Cuma 1 jam setengah je. Kalau sebelum ini, sampai 2-3 jam! Amik kau! 

Jun? Aku rasa Jun makin dipinggirkan dan tiada siapa nak pedulikan dia lagi. Tak kuasa akak nak layan kau. Lagipun aku senang tanpa gangguan daripada dia. Syoooohh..dok jauh-jauh ok. 

Arggghh!! Esok hari Isnin. Hari yang paling aku tak suka. Rasa malas nak masuk kerja. 

p/s: cari semangat nak masuk kerja esok!

Friday, January 14, 2011

Konsert Francissca Peter


Fuyoo!! Fran buat konsert kat Istana Budaya pada 5-6 Februari. Aku nak sangat pergi sebenarnya sebab aku kan peminat dia dari dulu lagi. Tengok harga tiket paling murah RM99. Hmmm dapatlah seat yang jauh dan atas tu...nampak Fran pun kecil je. 

Kalau dapat pergi tengok konsert Fran, best juga. Bukan selalu Fran nak buat konsert solo beb! Ini pun dapat selepas 33 tahun berkecimpung dalam dunia seni. 

Masa tengok AJL 25 baru-baru ini, Fran nyanyi Sekadar di Pinggirian, mengimbas kembali kenangan masa muda-muda dulu. Cewaaah!! Suara Fran tak berubah langsung. 

p/s: ada sesiapa nak pergi konsert Fran tak? aku nak ikut sekali. 

Friday, January 7, 2011

Berkat hari Jumaat

Pagi tadi ada perhimpunan bulanan dan Chairman telah mengumumkan bonus dah masuk ke dalam akaun. Alhamdulillah. 


Bolehlah aku nak bayar hutang. Kalau tak, terpaksalah aku tunggu gaji masuk hujung bulan ini. Rasa macam lama sangat nak tunggu gaji masuk. Duit yang ada boleh belanja cukup-cukup je. Nak beli apa-apa, kena fikir banyak-banyak kali..nak beli atau tak. 

Lepas perhimpunan, disediakan makan tengahari. Makan free beb. Waaah!! Hari ini memang jimat. Tak perlu keluar duit belanja. Memang berkat hari Jumaat. Alhamdulillah. 

p/s: kalau macam ni selalu, alangkah indahnya hidup. 

Update Rombongan Cik Kiah

Alhamdulillah setakat ini plan Rombongan Cik Kiah berjalan dengan lancar. Aku dah call person in charge untuk urusan pengangkutan dan tempat tinggal di Kota Kinabalu. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan aku, Fendi yang telah memberi maklumat yang sangat berguna untuk trip ke Kota Kinabalu. Maklumat kau sangat bagus! Ada lagi beberapa perkara nak kena uruskan dan rasanya boleh settle dalam masa terdekat. Ini adalah perkara penting supaya tak jadi kelam-kabut. 

Plan perjalanan sepanjang berada di Kota Kinabalu pun dah siap. Ikut plan aku, insyaAllah akan jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu, Kinabalu Park, Kundasang dan Ranau. Ahli-ahli rombongan pun dah kata ok jadi bolehlah aku teruskan dengan perancangan aku. Nanti aku akan kongsi sama-sama plan perjalanan aku di Kota Kinabalu. 

Doakan semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar. 

p/s: apa yang best nak beli di Kota Kinabalu?

Wednesday, January 5, 2011

Pengalaman darjah 1

Dah masuk hari ketiga bekerja pada tahun 2011. Agak susah juga nak sesuaikan diri untuk kerja semula selepas cuti panjang. Jangan tak tahu pada hari Isnin, aku boleh sampai awal semata-mata tak nak elak kesesakan jalanraya. Pada hari yang sama, hari pertama alam persekolahan. Saat paling sibuk bagi mak dan ayah untuk hantar anak ke sekolah terutamanya kalau anak pertama kali masuk sekolah. 

Teringat lagi masa aku mula-mula masuk darjah 1 (berpuluh-puluh tahun yang lalu) di Sekolah Taman Seaport. Malam sebelum tu, tak boleh nak tidur sebab teruja sangat nak masuk sekolah. Baju, kasut, beg dan buku teks dah siap awal-awal. Tunggu masa je nak pakai dan bawa ke sekolah. 

Hari pertama sekolah, masing-masing bau kedai..apa taknya serba-serbi barulah katakan. Hehehe. Dapat pula kawan-kawan baru, seronok sangat! Ada geng nak main masa rehat nanti. Rasanya masa aku sekolah dulu, ingat nak main je. Aku siap sanggup sampai sekolah awal pukul 6.45 pagi (masa tu aku bersekolah sessi pagi) semata-mata nak main dengan kawan-kawan. Permainan masa tu, sekadar mainan yang simple-simple sahaja contohnya lompat getah, batu seremban, main kejar-kejar dan tutup botol minuman. Sangat berbeza dengan permainan budak-budak sekarang. 

Bila dengar kawan-kawan aku bercerita pasal pengalaman hantar anak sekolah, ada yang menangis tak nak berpisah dengan mak ayah, cikgu kelas garang sangat dan macam-macam lagi. Agaknya macamana dengan aku nanti ya? Sara pun nak masuk darjah 1 tahun depan. Rasa cepat masa berlalu dan ya aku sedar aku dah tua ok. 

p/s: rasa nak jumpa balik kawan-kawan masa darjah 1 dulu. agak-agak mana dia orang rasanya.