Pages

Friday, August 26, 2011

Mood raya

Rasa malas nak kerja hari ini sebab sekarang aku tengah mood nak sambut raya. Ramai juga kawan opis dah mula cuti hari ini. Aku? Aku mula cuti esok sampai 6 September. Amik kau! Lama gila aku cuti tahun ini. 11 hari cuti! Asalnya nak cuti sampai 4 September tapi adik aku cakap, ambillah lagi sebab cuti tahunan ada banyak. 

Entah macamana, pagi tadi boss besar aku suruh buat kerja pula. Hai...rasa nak marah je macamlah tak boleh nak tunggu lepas raya. Banyak songeh betul! Dalam hati dah berbakul-bakul menyumpah. Eiiiii..kurang pahala puasa aku. 

Ok..aku malaslah nak cerita pasak kerja. Kalau sambung lagi, boleh bikin hati ini panas je. 

Cerita pasal sambutan hari raya, selalunya aku dan adik beradik aku masak biasa-biasa sahaja. Untuk tahun ini, aku tak pasti lagi nak masak apa. Macam tahun lepas masak rendang daging style Negeri Sembilan. Tahun ni sama kot? Siapa nak rasa, jemputlah datang ke rumah. 

Untuk semua, diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jangan lupa masuk kerja balik selepas bercuti lama. Maaf zahir dan batin. 

p/s: jangan main mercun ya.

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin

Kalau balik kampung, memandu berhati-hati semoga selamat sampai ke destinasi. 

Semoga kita mendapat keberkatan dan berbahagia pada hari yang mulia. 


p/s: beraya kat bangi, temerloh & kuala pilah. 

Monday, August 22, 2011

Dapat duit raya

Pagi tadi ada perjumpaan staff di opis. Aku rasa rata-rata staff dah tahu apa tujuan perjumpaan ini diadakan.

Apa lagi kalau bukan perjumpaan nak beritahu dapat duit raya!! Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Makcik kayo!! 


Dengan duit raya tu, bolehlah buat belanja masa raya nanti. Aku dah hantar baju raya untuk ditempah sejak bulan Mei lagi. Rasanya mesti nyonya dok tertunggu-tunggu bila aku nak ambil baju aku tu. "Sorry nyonya. Duit tak cukup lagi. Bila duit dah cukup, saya datang ambil lah. Nyonya jangan marah ya."

Persiapan hari raya untuk tahun ini, buat ala kadar je. Untuk tahun ini juga, aku dan adik-adik aku buat kuih raya sama-sama. Agak lama kita orang tak buat kuih raya sama-sama. Sempatlah kita orang buat 3 jenis kuih iaitu:

1. biskut cornflakes
2. biskut butter
3. biskut coklat cip

Buat kuih sendiri bukan sahaja jimat duit malah sedap rasanya. Bayangkan perbelanjaan untuk  buat kuih raya semua tu dianggarkan dalam RM150. Banyak pula tu dapat jadi bolehlah aku bahagi sama rata dengan adik aku. Kalau beli dengan harga tu, dapat berapa biji je. 


Memanglah penat nak buat kuih tapi aku puas. Puas sebab dapat rasa hasil tangan aku sendiri. Tak perlu nak buat banyak sekaligus. Buatlah 1 hari 1 jenis dalam 1-2 adunan. Lama-lama nanti, bertambahlah bilangan kuih tu. 


p/s: nampak gaya kuih dah makin sikit. sempat ke nak hidang masa raya nanti?

Saturday, August 13, 2011

Kad raya percuma

Sebagai tanda penghargaan kepada semua pembaca blog aku, aku telah sediakan beberapa keping kad raya. Sebenarnya tadi aku dapat kad raya opis tapi aku tak tahu nak bagi kepada siapa. Lagipun sekarang ini, orang lebih suka hantar sms je. Mudah, cepat sampai dan tak perlu keluarkan sebarang modal. 

Bagi aku, aku masih nak mengekalkan tradisi lama..aku masih nak hantar kad raya. Apa lagi? Siapa cepat, dia dapat. Cuma ada 7 keping sahaja! Tak kira di mana korang berada, insyaAllah aku pastikan kad raya itu akan sampai dengan selamat ke tangan penerimanya. 

Sila hantar maklumat seperti nama dan alamat kepada mazuriah@gmail.com.  Jangan lupa tuliskan tajuk emel: Nak kad raya! untuk memudahkan proses penghantaran kad raya. 

Bila dah dapat kad raya nanti, bolehlah gantung kat dinding atau susun kat meja atau apa-apa sahaja. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Nak lagi best, bolehlah hantar kat aku gambar bersama-sama dengan kad raya aku tu nanti. Ada berani? 

p/s: tahun ini ada ke kad raya untuk aku?

Friday, August 12, 2011

Jadual semester baru

Tadi aku dapat jadual semester baru. Masa dapat jadual tu, aku berharap sangat jangalah clash dengan tarikh trip ke Kota Kinabalu. 

Dup dup....




Dup dup....




Dup dup....

Hah..Oh my Gucci (siap buat muka macam Fazura dalam cerita pisau cukur)?! Ada kelas pula 15-16 Oktober! Takkanlah aku nak batalkan trip Kota Kinabalu? Aku dah lama plan dari tahun lepas lagi dan segala persiapan dah siap.

Alamak...macamana ni?

Walau apa pun, trip Kota Kinabalu akan diteruskan juga. Tugas aku sekarang, aku kena beritahu lecturer pasal trip aku ni. Harap lecturer faham dengan keadaan aku. Nak ole-ole dari Kota Kinabalu? Beritahu nak apa, Insya-Allah aku boleh belikan nanti. Cewaah!


p/s: bukannya selalu nak ponteng kelas

Thursday, August 11, 2011

Putu piring update

Hari ini dah masuk puasa yang ke sebelas dan akhirnya aku dapat juga makan putu piring. Yeaah! Dalam perjalanan aku balik kerja, aku jumpa gerai jual putu piring.Selalu juga lalu gerai tu tapi yang tak bestnya gerai tu bukannya setiap hari ada. Rasanya hari bertuah aku, bila aku nampak gerai putu piring, aku terus berhenti dan order, "putu piring bagi RM2 ya." 

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, senyum je. Apa taknya, hajat hati nak makan putu piring dah tercapai.

Bila nak dekat buka puasa, tak sangka pula adik bongsu aku pun beli putu piring. Nampak gaya aku jadi mabuk putu piring. Amik kau! Nak sangat nak makan putu piring. Hehehe...

p/s: suka sangat :)

Sunday, August 7, 2011

Aktiviti tidur

Entah kenapa rasa macam kena dadah je. Apa taknya, lepas sahur tidur je sampai pukul 10 pagi. Bangun dari tidur, rasa berat je mata nak buka. 

Lepas zohor, aku tidur lagi. Sedar-sedar dah pukul 5 lebih. Ini tak boleh jadi. Tak boleh layan sangat tidur ni. Aku paksa bangun dan terus pergi dapur  untuk siapkan juadah berbuka puasa. Lagipun, tidur lama-lama tak elok dan boleh mengurangkan pahala puasa. 


Menu juadah berbuka puasa untuk hari ini ialah:
1. Ayam black pepper
2. Ikan patin goreng
3. Gulai rebung
4. Kuih onde-onde

Untuk makluman semua, bukannya semua aku yang masak. Hehehe..aku cuma goreng ikan dan masak nasi. Sungguh tak mencabar langsung! Sorry tak sempat nak ambil gambar dulu. Mungkin lain kali, aku akan cuba ambil gambar juadah berbuka puasa nanti. 

Oh ya! Aku masih belum dapat makan kuih putu piring aku lagi. Hmmm..semalam adik aku singgah pasar ramadhan, tak nampak sesiapa pun yang jual kuih tu. Esok aku akan cuba cari lagi dan harap-harap aku dapat jumpa. 

p/s: misi memburu kuih putu piring bermula..

Friday, August 5, 2011

Putu Piring

Siapa sangka kan...hari ini dah masuk hari kelima kita berpuasa. Tak lupa juga aku ingin ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa kepada semua. 

Sepanjang bulan Ramadhan, aku teringin sangat nak makan kuih putu piring. Masa hari biasa, tak pernah pula nak makan kuih putu piring. Semalam singgah pasar ramadhan, tak jumpa pula. Pulang rumah dengan hati kecewa. 


Sedapnya..suka sangat kalau letak banyak gula merah. Hehehe..

Petang ni, rasa kena cari juga. Tak salah aku, aku ada nampak orang jual kuih putu piring ni kat tepi jalan dalam perjalanan aku balik kerja. Hmmm...nak cuba belilah. 

p/s: masa bulan ramadhan, mulalah nak makan macam-macam.