Pages

Wednesday, November 28, 2012

Kepada semua pengguna smartphone


Canggih macamanan telefon kita, jangan lupa orang di sekeliling.

p/s: teringat zaman kegemilangan penggunaan telefon awam

Thursday, November 22, 2012

Aku yang tersakiti - Judika

Semakin hari aku dengar lagu ini, semakin aku suka pula. Layan je lah ya.


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku


Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya

Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti

Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)


Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

p/s: layan lagu ni sambil memandu

Wednesday, November 21, 2012

Nissan Almera lagi

Balik dari kerja petang tadi..

Macam kenal je kereta ni. 

Alamak..Almera dah keluar di jalanraya. 

Tiba-tiba rasa tertekan. Bila aku nak dapat Almera ni???

p/s: cantiknya Almera. 

Naik kapal terbang

Pada satu hari...

Hadi: mummy, lama dah tak naik kapal terbang.

Mummy: minta dengan awong. cakap nak ke mana.

Aku: haa??? 

Aik..aku pula yang kena. Tunggulah Hadi. Nanti Awong cari duit lepas tu kita  sama-sama naik kapal terbang ya.

p/s: banyakkan doa. manalah tahu dapat rezeki lebih


Sunday, November 18, 2012

Dim sum buffet di Eden, KLIA

Ada tawaran Groupon makan dim sum buffet di Eden. KLIA dengan harga RM29 seorang. Dah lama aku beli baru pagi tadi aku berkesempatan untuk pergi. 

Murah tu cuma bayar RM29 dan makanlah sepuas hati. 

Perjalanan bermula pukul 10 pagi sebab aku booking makan dim sum pukul 11 pagi. Acara makan kali ini ramai sikit, ada 6 dewasa dan 3 kanak-kanak. Aku sanggup makan pagi sikit semata-mata nak simpan perut nak makan dim sum. 

Pilih dulu nak makan apa. 

Muka tak sabar nak makan dim sum. 

Nak tahu apa yang kami makan? Mari kita menjamu mata. 














Penuh mulut Hadi makan dim sum. 

Sebenarnya ada banyak lagi dim sum yang kami makan tapi aku tak sempat nak snap gambar. Makan adalah lebih penting daripada segala-galanya ya. Hehehe..

Round pertama order punyalah banyak sampaikan waitress pesan jangan order banyak-banyak dulu takut nanti dim sum dah sejuk. Kau bayangkan, mula-mula nak order 6 bekas untuk setiap hidangan tapi terus potong jadi 3-4 bekas. Nasib baik tak teruskan. Punyalah banyak nak makan. (orang tamaklah katakan)

Bila masa round kedua dan ketiga dah slow. Order pun semakin kurang menjadi 1 bekas. Ada antara kami sempat lagi jalan-jalan sekitar KLIA dulu untuk bagi ruang makan dim sum. Aku? Setia menunggu di meja sambil makan dim sum. 

Aku tengok meja sebelah pun dah slow makan. Dia orang lagi banyak nak habiskan dim sum. Ya lah..kalau tak habis makan dim sum kena bayar tau. 1 bekas tak makan, kena bayar RM10. Lagipun tak elok kita membazir. 

Muka kekenyangan. 

Komen aku? Aku boleh bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Secara keseluruhan rasa dim sum biasa-biasa sahaja. Servis di Eden, KLIA cepat jadi tak perlulah nak tunggu lama untuk dapatkan makanan. 

Bagi aku, kalau nak dibandingkan dim sum yang pernah aku makan dulu di Hotel Holiday Villa, Subang, kat situ lagi sedap. Yang tak bestnya masa tu aku terpaksa berebut nak makan sebab pergi masa hari cuti awam.

Makan mana lagi selepas ini? 

p/s: tunggu tawaran makan makanan Jepun pula. 

Friday, November 16, 2012

Sangkaan meleset

Gara-gara tahap keyakinan sangat tinggi, aku ingatkan boleh lepas tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Amik kau! Kena gosok dengan tiang. Aduh! 
(alasan baik untuk ambil almera?)


p/s: dah nampak duit terbang..

Thursday, November 15, 2012

Makan-makan di Homst's Prima Saujana

Sempena cuti Maal Hijrah hari ini, aku sempat singgah Restoran Cina Muslim di Homst Prima Saujana, Kajang. Alamat penuh kedai boleh rujuk di sini: 

HOMST's, Prima Saujana, Kajang (tak jauh daripada Giant Prima Saujana)
No. 47G & 48G, 
Jalan Prima Saujana 1/1A,
Seksyen 1, Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.
No. Tel: 03-8734 0760

 Nak tahu apa yang aku makan? Mari kita cuci mata. 

Fu zhou taufu soup

Kangkung belacan

Sechuan chicken

Salted egg soft shell crab

Komen aku? Sebenarnya aku agak kecewa sebab tak seperti yang digambarkan. Aku ada rujuk beberapa blog mengenai Homst's yang mengatakan makanan di sini sedap tapi bila aku cuba sendiri, makanannya biasa-biasa  sahaja. 

Kalau aku nak bagi bintang, aku boleh bagi 2 bintang daripada 5 bintang. Yang best  pasal kedai ini ialah servis memang bagus sebab dapat hantar makanan cepat. Portion makanan memang banyak sampaikan aku siap minta bungkus bawa balik. (aku makan berdua dengan adik aku) 

Sekiranya diberi pilihan untuk makan sekali lagi, mungkin aku tak pergi kecuali  kalau ada orang belanja. Hehehe dasar kedekut aku ni! 

p/s: ada cadangan lain makan kat mana lagi? 

Saturday, November 10, 2012

Bangkok trip-update

Lagi 2 bulan nak ke Bangkok. Cepat betul masa berlalu. Setakat ini segala perancangan berjalan dengan lancar. Plan perjalanan sepanjang berada di Bangkok pun dah buat. Sekurang-kurangnya dah tahu apa nak buat bila sampai sana nanti. 

Baru-baru ini aku ada nampak tawaran daripada StreetDeal.my mengenai Siam Niramit Show dan Siam Ocean World. 

Inilah dia tawaran Siam Niramit Show dan Siam Ocean World.

Siam Niramit Show:


This must-see spectacular show is performed on the gigantic stage listed in the Guinness World Records! The show features over 100 performers, lavish costumes and stunning set designs. Enhanced special effects and the world's most advanced technology are used to produce a very realistic, stimulating and inspiring experience.

Siam Ocean World:

Siam Ocean World stands as a landmark of aquatic excitement in the heart of Bangkok at Siam Paragon, the hub of world-class urban shopping and entertainment for discerning tourists. A voyage into the unseen wonders of the deep will let you come face-to-face with myriad of fascinating underwater animals from around the world whilst complimenting your endless discovery with the ever-changing range of everyday spectacular show and exciting activities. 


Harga? Untuk Siam Niramit Show (termasuk standard seat, dinner buffet & return transfer) ialah RM115 dan Siam Ocean World (termasuk 4D Theatre) ialah RM55. Alang-alang, aku terus ambil dua-dua dengan harga RM170. Hehehe..

Tak salah aku, tawaran ni masih ada lagi. Apa tunggu lagi? Cewaaah!

p/s: Bangkok, here i come! yeaah!!

Friday, November 9, 2012

Keyword: Langkawi


Ramai betul yang cari maklumat pasal Langkawi kat blog aku. Rasa-rasa boleh jadi duta Langkawi tak? Hehehe..

p/s: I love Langkawi

Tuesday, November 6, 2012

Biskut gula


Siapa pernah makan biskut gula? Masa sekolah dulu, biskut memang menjadi rebutan aku dengan adik-adik aku. Pantang kalau ke kedai, mesti beli biskut gula ni. 


Mari aku zoom sikit gambar biskut gula ni. Ingat? 

Aku ni dulu nakal, aku cuma makan yang gula je lepas tu letak balik yang biskut dalam bekas. Bila orang lain nak makan biskut ni, tengok-tengok tinggal biskut sahaja. Hahaha...

Susah nak cari biskut gula ni. Aku dapat ni pun kebetulan aku ke rumah kawan ada buat kenduri akikah baru-baru ni dan bagi setiap tetamu dengan 1 bekas biskut gula sebagai door gift. Terima kasih ya. Teringat semula zaman muda-muda dulu. 

p/s: makan biskut gula sambil buat kerja. tak sedar dah nak habis. alamak!

Monday, November 5, 2012

Nissan Almera

Minggu lepas Nissan telah melancarkan kereta baru, Nissan Almera. Memang cantik keretanya. Hati dah mula goyang rasa macam nak beli je tapi aku masih sayang lagi dengan kereta Myvi aku tu. Siapa tak sayang kereta Myvi aku yang banyak berjasa tu. 

Semalam aku dengan adik aku ke showroom Nissan di Bangi. Harga? Hmmm..boleh tahan juga bermula daripada RM66,000 hingga RM79,000 (OTR). Kalau tambah aksesori lain, makin naiklah harganya. Sempat lagi aku test drive (adik aku yang drive sebenarnya. aku cuma duduk sebelah driver je). Apa yang aku dapat katakan, memang bestlah. (cuma kududukan kewangan yang tak best)

Jom kita layan gambar Nissan Almera. 

Inilah rupanya Nissan Almera.

Menggunakan kuasa 1.5liter four-cylinder.

Ruang duduk yang luas dan selesa. 

Dashboard kemas.  

Ruang simpan barang yang luas. Boleh isi banyak barang!!!

p/s: ada berani nak angkat ka? 

Thursday, November 1, 2012

Mana duit aku? (part 3)

Nak tahu cerita selanjutnya?

Ingat lagi tak janji tuan punya homestay nak bayar balik duit aku semalam? Boleh rujuk kat part 2. Perrghh drama betul.

Beberapa hari sebelum 31 Oktober, aku dah bagi gentle reminder pasal duit tu. So pagi 31 Oktober, aku ingatkan dia lagi supaya jangan lupa bank in RM150. Tak lama lepas tu dia boleh call aku dan minta balik nombor akaun bank aku sebab dia dah delete sms aku bagi hari tu. What?? Kau boleh delete sms aku? Aku bagi sms kat kau untuk simpan bukannya untuk delete. Masa tu mahu rasanya nak melompat kerusi aku dibuatnya. Kalaulah dia ada depan aku, mahu aku nak lempang muka dia. Geram betul!

Ok fine aku bagi balik sms nombor akaun bank dan maklumkan aku nak duit aku sebelum pukul 5.30pm. Argghh!! Aku dah tak kira, aku nak duit aku balik.

Pukul 5.15pm, aku call dia nak tahu status duit aku. Macam biasa, aku call banyak kali dan haram dia jawab. Akhirnya dia sms, "meeting. dah bank in saya sms petang ni." 

Aku tak tahu apa kerja dia ni. Memanjang meeting. Orang lain pun kerja juga tapi tak lah sampai sepanjang masa meeting.

Pukul 6 pm aku call. Tak angkat.
Pukul 7 pm aku call. Tak angkat.
Pukul 8 pm aku call. Tak angkat.
Pukul 9 pm aku call. Tak angkat.

Sampai nak habis bateri handphone aku dibuatnya. Apa taknya sekali aku call, mahu berpuluh-puluh kali aku call. Itu belum tambah lagi aku sms dia. Naik lenguh jari-jemari aku yang gebu dok sms dia. Dalam bilik, aku dah mula menjerit dan meroyan. Bab menyumpah tak usah kiralah. Dah berbakul-bakul aku menyumpah.

Akhirnya pukul 9.34pm dia sms, "dah bank in. thank you."

Aku terus check akaun bank aku, memang ada bukti dia bank in duit RM150. Baru lega hati. Dah dapat balik duit aku. Aku sms dia, "ok thanks." 

Secara kesimpulan, sebenarnya duit deposit tu tak sepatutnya pakai. Kalau tak, sure aku dah lama dapat balik duit aku tu. Aku pun tak faham kenapa dia ambil masa yang sangat lama untuk bank in. Hello! Bukannya susah pun nak bank in. Cimb Bank kan ada banyak. Malah di Changlun jauh nun di utara pun ada tau!

Nasihat kepada En. Zainal Shamsuddin (tuan punya homestay), janji mesti ditepati walau sesibuk mana pun kau. Sekali kau buat hal, sampai bila-bila orang tak akan lupa. Aku tak tahu macamana kau buat bisnes dan arrangement. Nak call pun susah. Ini kan pula nak jumpa kau. Kalau ini caranya, memang fail lah kau!!! Jangan haraplah aku nak recommend homestay kau tu.

Tuan punya homestay yang cilaka!
Contact person: Zainal Shamsuddin (016-9067340/019-2780397)
Alamat: 192 Jalan Teja 7, Taman Teja, Changlun, Kedah Darul Aman. 

p/s: ingatan kepada semua.