Pages

Thursday, May 29, 2014

Fridge magnet giveaway


Ada fridge magnet lebih, ada sesiapa nak? Kalau ada, silalah emel : mazuriah@gmail.com. Siapa cepat, dia dapat. 

p/s: teruja beli magnet sampai terlebih beli. hehehe..

Tuesday, May 27, 2014

Bali snapshot

Masih di Bali. Esok baru balik Bangi. Aku bagi sikit snapshot di Bali. Bagi sikit dulu ok..tak bestlah nak cerita semua dulu. 


p/s: Bali was amazing

Tuesday, May 20, 2014

Jepun dalam kenangan

Ramai juga blogger yang baru bercuti ke Jepun. Ish tercabar aku rasanya. Ini yang kena kumpul duit banyak-banyak ke sana. Sebenarnya aku pernah ke Jepun tahun 2007 sebab masa tu kebetulan adik aku study sana. Alang-alang adik aku di sana bolehlah jalan-jalan sekali. 

Aku cuba nak cari balik gambar lama aku di Jepun dan dapatlah jumpa beberapa keping sahaja. Waah..akak rindu dengan Jepun. Jom tengok gambar yang sempat jumpa. (terlepas rindu aku kejap)




Terasa muda pula bila tengok gambar ni balik. Hahaha...

Jauh juga kita orang jalan. Bayangkan dari Beppu (tempat adik aku tinggal), kita orang jalan sampai ke Hiroshima. Masa di Jepun, aku sempatlah jalan-jalan sekitar Kyoto, Hiroshima dan Osaka. Habis lenjan badan aku dibuatnya. Penat seh! 

p/s: jom ke Jepun nak?

Sakit pula

Badan tak berapa sihat sebab itulah agak lama aku tak update blog. Sakit dan lenguh bahu, tangan terkehel dan rasa nak demam pula. Harap sakit tak lama sebab Sabtu ni aku nak ke Bali. 

Kena banyak minum air dan makan ubat untuk sihat kembali. Nak kerja pun macam dah tak ada mood sebab hati dah ada di Bali. Hehehe..

p/s: menghitung hari ke Bali

Tuesday, May 13, 2014

Day 5 - Miri

Punyalah lama aku nak habiskan cerita trip ke Brunei-Miri. Macamlah lama sangat aku ke sana kan. Ini baru 5 hari ke sana, kalau dibuatnya sampai 1 minggu atau 1 bulan rasanya lagi lama. Ok, kita sambung cerita kita. 

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir, tak banyak tempat aku pergi. Selesai sahaja makan pagi, kami terus check out. Trip partner aku keluar lagi dengan kawan dia manakala aku keluar dengan kawan aku. Walaupun aku dah makan pagi di hotel, masih ada ruang untuk aku makan lagi. Nak buat macamana makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan.


Teh 3 Lapis


Mee Kolok

Mee Jawa

Mee Pok

Memang terbaik makanan kat situ. Kalau ikutkan hati, aku siap nak minta bungkus tapi tak jadi takut dah basi bila sampai rumah. Sayang je kan. Tak tahu bila agaknya dapat makan lagi. 

Lepas makan, kawan aku bawa ke The Grand Old Lady yang terletak di Canada Hill. Katanya dulu kawasan ini adalah kawasan gali minyak dan sekarang telah dinaiktaraf menjadi tempat peninggalan bersejarah dan berharga untuk negara. Di sini juga terletaknya Muzium Petroleum dan kita boleh mengetahui lebih lanjut proses dan sejarah gali minyak. Jangan lupa ambil gambar pemandangan sebab kita boleh melihat pemandangan seluruh bandar Miri di situ. 

Pemandangan seluruh bandar Miri. 



Kawasan gali minyak, The Grand Old Lady. 

Muzium Petroleum. 

Memang tak lama aku di sini sebab panas sangat. Kawan aku terus bawa aku ke rumah kawan dia, Ani. Memandangkan flight aku pukul 3.50 petang, kami lepak-lepak dulu. Sempatlah aku solat dulu sebelum bertolak ke lapangan terbang. Sebelum ke lapangan terbang, singgah sekejap di Miri Luak Esplanade. Ramai yang datang ke sini datang untuk makan-makan. Aku pun tak lepas peluang untuk makan (makan lagi??) sambil menikmati keindahan pantai. 

Pantai di Miri Luak Esplanade 

Gerai-gerai makanan. 

Tak boleh nak lama-lama sebab partner trip aku dah sampai di lapangan terbang. Rasa bersalah pula sebab buat dia tertunggu-tunggu. Sorry ya. Nasib baik tak jauh ke lapangan terbang, cuma mengambil masa 5-10 minit untuk sampai. Fuuh lega. Alhamdulillah urusan check in berjalan dengan lancar. Lebih kurang dalam pukul 6 petang, sampailah kami ke LCCT. 

Terima kasih kepada kawan aku yang sudi bawa aku jalan-jalan sekitar bandar Miri. Tak lupa juga kepada trip partner aku, Ain yang sudi temankan aku sepanjang perjalanan kita ke Brunei-Miri. Tanpa mereka, tak mungkin perjalanan ini akan menjadi kenyataan. 

Selepas ini, ke mana kita?? Tunggu!

p/s: lega dah siap cerita trip Brunei-Miri. 

Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu. Walaupun emak telah meninggalkan kami sekeluarga lebih daripada 10 tahun yang lalu, jasa emak sentiasa di ingatan. 


Gambar masa umur 2 tahun rasanya. 

p/s: hargailah emak kita selagi dia masih ada. 



Saturday, May 10, 2014

Day 4 - Miri


Sepanjang aku berada di Miri, aku asyik makan sahaja. Terima kasih kepada kawan aku yang memang tahu yang aku ni suka makan. Terus terang aku memang suka makanan di Miri dan sampai hari ini aku masih teringat kelazatan makan di sana. Yummy! 

Selepas makan pagi di hotel, aku keluar dengan kawan aku manakala trip partner aku keluar dengan kawan dia. Tempat pertama kawan aku bawa adalah makan pagi memandangkan kawan aku tak makan pagi lagi. Nama kedai makanan tu adalah Ming Xin Cafe yang menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti dim sum, mee kolok, laksa Sarawak dan banyak lagi. Apa lagi, mari aku kongsi bersama-sama makanan aku. 

Dim sum.

Laksa Sarawak. 

Mee Kolok Special. 

Jangan tanya aku di mana lokasinya sebab aku memang ikut sahaja kawan aku. Kalau sesiapa nak tahu, boleh rujuk dengan kawan aku ok. 

Makan pun sudah, kawan aku terus bawa aku jalan-jalan sekitar Miri. Aku tak ingat berapa banyak shopping mall aku masuk tapi ada satu shopping mall, aku siap masuk mini movie 6D. Bolehlah nak layan untuk habiskan masa. Aku siap siap jerit-jerit lagi. Nasib baik cuma kami berdua sahaja dalam tempat tu. Kalau tak, malu wooo. 

Lepas tu kawan aku bawa sekitar Lutong yang terdapat pejabat Petronas dan Shell. Tak lupa juga kawan aku tunjukkan sekolah dan rumah lama dia masa kecil-kecil dulu. Masa ini aku hampir-hampir mengantuk, tahu-tahu sahaja aku dah ada di kawasan golf yang katanya terdapat satu kedai makan yang menjual mee jawa terbaik di Miri tapi aku tak singgah pun sekadar tengok je. 

Kemudian, masuk bandar Miri semula, kami singgah sekejap untuk makan cendol, rojak buah dan sotong tauhu. Tengok tu, makan lagi. Aku tak ingat nama kedai makan tu tapi memang ramai orang yang datang untuk makan situ. 

Cendol.

Rojak Buah.

Tauhu Sotong. 

Nak balik hotel terasa awal lagi. Pada mulanya kawan aku nak ajak karaoke tapi sayang tempat tu dah tutup. Terpaksalah tukar plan dan ambil keputusan untuk tengok wayang cerita Captain America 2 dengan Rio 2. Amik kau, sekali dua cerita aku tengok. Memang terbaiklah dua-dua movie tu walaupun aku bukanlah peminat Captain America. Sekali pandang, handsome pula Captain America ni. 

Oh Captain America, kau memang handsome lah. 

Habis tengok wayang, lapar pula. Kali ini kawan aku bawa makan nasi lelapan. Baru aku tahu kenapa ia dipanggil nasi lelapan. Nak tahu kenapa? Sebab ada lapan jenis makanan dihidangkan bersama-sama. Tak percaya? Jom tengok. 

Nampak tak? Ada lapan jenis kan? 

Memang masa aku balik ke hotel dengan perut yang sangat kenyang. Seharian aku asyik makan sahaja. Rasanya kalau aku stay lama lagi, pasti bertambah-tambah berat badan aku dibuatnya. 

p/s: makan dan jalan-jalan adalah aktiviti yang paling aku suka. 

Friday, May 9, 2014

Monday, May 5, 2014

Day 3 - Brunei-Miri

Sehari sebelum bertolak ke Miri aku dah berurusan dengan Brandon (orang yang uruskan kereta sewa di Brunei) untuk ambil aku di hotel pada pukul 8 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Miri. Kalau ikutkan perancangan awal, Brandon minta aku bertolak pukul 7 pagi tapi aku beritahu aku nak breakfast dulu. Rugilah aku dah bayar tapi tak makan. Bukan apa, hari Jumaat adalah hari cuti dan ramai orang Brunei nak ke Miri. Untuk mengelak kesesakan jalanraya, dicadangkan keluar awal. Bayaran dikenakan untuk ke Miri adalah $60 seorang. Memang ada perkhidmatan bas ke Miri tapi terhad dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke Miri. 

Lebih kurang pukul 8.30 pagi baru bergerak selepas urusan serahan kunci kereta sewa, minyak dan deposit. Aku ingat aku nak tidur je dalam kereta tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Driver yang bawa kami tu rajin pula bercerita. Aku pun layan je lah. Lupa pula, nama driver tu aku panggil dia Jall. Memang banyak cerita Jall kongsi sepanjang perjalanan dari Bandar Seri Begawan ke Miri. Antara yang menarik perhatian aku,

Jall: berapa Brandon caj untuk kereta sewa dan hantar ke Miri?

Aku: kereta sewa dia caj $55 sehari dan untuk ke Miri dia caj $60 seorang. kenapa?

Jall:  kenapa tak minta murah lagi untuk kereta sewa? 

Aku: dah minta banyak kali tapi dia yang tak nak bagi.

Jall: dia bayar aku $25 untuk ke Miri tapi aku tak kisah lagipun aku tak berkira. 

Aku: (terkejut) sikitnya dia bagi. yang lebih tu, dia ambil lah? 

Jall: aah tapi kalau lain kali kalau nak ke Brunei, boleh call aku. nanti aku uruskan semuanya. 

Aku: bagus juga tu. nanti saya call Jall lah lain kali. 

Tengok tu. Punyalah banyak Brandon ambil. Bengang juga sebenarnya dahlah janji kereta lain dapat kereta lain. Ditambah pula bila aku dapat tahu yang dia caj mahal ke Miri. Ok, kepada sesiapa yang berminat ke Brunei, boleh contact Jall ya. Ini no telefon dia: 

Jall Brunei +6737219725

Sepanjang perjalanan ke Miri, aku siap tanya berapa harga kereta dan rumah di Brunei. Memang murah harga di Brunei. Patutlah aku tengok rata-rata orang Brunei beli kereta besar. Memang jaranglah aku nampak kereta saiz kecil apa lagi kereta Proton. Geram aku pula aku tengok kereta Audi kat sana. Cantik gila!! 

Dalam pukul 10.15 pagi (punyalah laju Jall bawa kereta. dia bawa dalam 120-140km/j) sampailah kami ke sempadan nak masuk ke Miri. Nasib baik masa tu, kereta tak banyak lagi. Kalau aku keluar lambat, mungkin lagi banyak. Urusan imigresen pun tak susah dan tak perlu keluar dari kereta. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tak salah aku, kena bayar tol dua kali. Satu di Brunei dengan bayaran $3 dan satu di Miri dengan bayaran RM10. Memang aku tak bayarlah sebab semuanya Jall yang uruskan. Aku cuma tengok je. Hehehe..

Sungai Tujuh, Miri. 

Beratur nak masuk Miri. 

Selesai urusan imigresen, nak cari pula hotel yang aku dah booked awal-awal lagi. Masalahnya Jall tak tahu di mana lokasi hotel yang aku ambil. Nasib baik ada Waze, itu pun sesat juga nak mencari. Akhirnya jumpa juga hotel aku tu. Di Miri, aku tinggal di Hotel Pacific Orient. Ini pun kawan aku yang cadangkan sebab dekat dengan tempat makan dan shopping. 

Hotel Pacific Orient, Miri. 

Nasib baik bilik dah sedia ada jadi aku pun rehatkan diri dulu. Ganti balik tidur sebab tadi aku bangun awal. Lepas zohor, aku dan kawan aku cari tempat makan sebab dah lapar. Aku tengok depan hotel ada kedai makan jadi kita makan dulu. Lepas makan, aku nampak ada pusat kraftangan betul-betul sebelah kedai makan. Singgah sekejap untuk beli sedikit cenderamata. 

Pusat Kraftangan, Miri. 

Mari pilih-pilih. 


Aku tak berani nak beli topeng tu. 

Lepas tu, jalan-jalan sekejap di Mall yang ada di situ. Memandangkan duit Brunei aku ada lagi, aku ingat nak tukar siap-siap kepada RM. Nak simpan pun, tak tahu bila lagi aku nak ke Brunei. Tak salah aku, $100 dapat RM256. Rugi sikitlah tapi aku memang nak pakai RM nak buat belanja nanti. So aku tukar dalam $90 dan dapatlah aku sebanyak RM230.40. Cukuplah tu. Puas jalan-jalan, balik semula ke hotel sebab petang tu kawan aku datang nak ambil kami ke rumah dia. 

Dalam pukul 5.30 petang, kawan aku sampai dan bawa kami ke pasar malam untuk beli makanan sedikit. Aku bab makan, memang suka sangat. Tengok makanan di pasar malam memang menggiurkan.  

Ikan bakar. 

Ayam bakar. 

Singgah rumah kawan aku untuk makan malam. Aku makan sampai nak pecah perut dibuatnya. Apa taknya ada ayam bakar, ikan bakar, cencaluk, sambal belacan dan banyak lagi. Bertambah aku makan dibuatnya. Terima kasih ya makcik. Ikutkan kawan aku nak bawa tengok wayang tapi aku dah mengantuk sangat jadi terpaksa cancel. Lepas makan, kawan aku hantar balik ke hotel. Aku terasa macam ular sawa yang kekenyangan. Sampai bilik, aku mandi dan terus tidur. 

Sambung lagi perjalanan di Miri pula. 

p/s: asyik makan je kan?