Pages

Sunday, November 30, 2014

Kajang #throwback

Aku ingin  membawa semua untuk mengimbas kembali kenangan pekan Kajang. Aku dapat gambar ini daripada whatsapp group kawan sekolah rendah. Tak salah aku, gambar ini diambil sekitar 1980-1990 an. Lama betul gambar ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi. 

Nak ikutkan dulu, pekan Kajang ini adalah sebuah pekan kecil sahaja. Tak banyak bangunan tinggi ada pada waktu itu. Selalunya kalau nak ke Kajang, rata-rata memilih untuk naik bas sama ada bas Fo Hup (warna hijau) atau bas Sum (warna merah). Nak buat macamana, memang bas banyak masa tu kalau nak dibandingkan dengan pengangkutan awam lain.

Bukan itu sahaja, nak beli barang dapur, peralatan sekolah, baju dan lain-lain boleh sahaja didapati di Kajang. Sebut sahaja nama kedai seperti Chip Lee, Sang Lee dan Ali Store, orang lama Kajang dan Bangi mesti tahu punya. Hehehe..

Memang banyak kenangan indah masa muda-muda dulu. Aku selalu lepak di kedai kayu yang terletak di belakang stesen bas. Sambil menunggu bas datang, sempat lagi makan mee goreng dan minum ABC. Bukan sahaja sedap, murah pula tu. Bestnya kalau dapat kembali masa zaman tu. Rasanya masa tu kita bebas nak ke mana-mana dan tak banyak kes kehilangan anak seperti sekarang. 

Mari aku tunjukkan gambar lama pekan Kajang. Siapa yang masih ingat, beritahu aku ya dan jangan lupa untuk komen sekali. 

Kenangan pergi Kajang naik bas Sum.


Round about dah bertukar menjadi flyover dan jambatan. 




Stesen Bas Fo Hup.  


Tempat ni dah jadi bangunan Plaza Metro Kajang.


Macam-macam jual di kedai kayu ni. Kat sini juga selalu makan mee goreng bila balik dari sekolah. 

p/s: nostalgia betul. 

Saturday, November 29, 2014

Karnival Upin & Ipin 2014

Ini adalah cerita yang berlaku pada minggu lepas. Aku tak sempat nak update sebab agak sibuk kebelakangan ini. Kali ini aku nak kongsi pengalaman aku ke Karnival Upin & Ipin pada 21-23 November baru-baru ini. 



Banyak cerita buruk aku dengar dan baca sepanjang karnival tu berlangsung walaupun sambutan memang di luar dugaan. Aspek logistik seperti parking kereta dan lokasi adalah tidak amat memuaskan. Aku dan keluarga adik aku pergi pada 23 November (Ahad) dan bila sampai ke PICC nak mencari parking kereta punyalah susah. Aku rasa mahu pusing banyak kali baru jumpa parking kereta. Itu pun bila dah dapat, kena pula naik bukit yang agak tinggi. Habis tonggek bontot akak dibuatnya. 

Ikutkan hati aku memang tak nak pergi tapi kasihan bila tengok anak saudara aku yang beriya-iya nak pergi. Tak sampai hati pula nak hampakan dia. 

Bila dah masuk ke perkarangan PICC, orang punyalah ramai!!! Kasihan tengok anak kecil yang kepanasan dan keletihan. 

Di Lobi PICC. 

Nak masuk tengok pertunjukan Upin & Ipin dan Ultraman, kena berhimpit dan berebut. Aduhai, taubat aku. Kalau ada lagi pertunjukan macam ni, aku tak nak pergi. 

Pertunjukan Ultraman. 

Pertunjukan Upin & Ipin. 

Aku tak stay lama-lama dalam dewan. Apa taknya aku bukannya dapat tengok apa-apa. Setakat dapat tengok bontot orang di hadapan aku. Dah mereka tak nak duduk, macamana aku nak tengok pertunjukan. Geram tau. 

Ini tak boleh jadi. Aku nak keluar. Satu hal pula aku nak keluar sebab ramai orang nak masuk tengok pertunjukan. Memang sesak. Adik aku dengan anak saudara aku yang masih di dalam. Biarlah..bagi peluang anak saudara aku tengok Upin & Ipin dan Ultraman. 

Sementara tunggu pertunjukan habis, aku tunggu di luar sahaja dengan adik ipar aku. Dalam pukul 2 lebih, kami keluar dari PICC. 

Apa yang dapat aku ringkaskan, pengurusan karnival tidak memuaskan. Sepatutnya karnival macam ini, diadakan di kawasan yang lapang seperti di stadium, dewan atau padang. Kalau nak buat di PICC, setakat nak buat karnival yang kecil-kecilan tu bolehlah. Rata-rata yang pergi hari tu, memang tak berpuas hati. Harap untuk karnival akan datang, pihak pengurusan dapat pertimbangkan lokasi yang sesuai untuk diadakan. 

p/s: lokasi kena strategik. 

Thursday, November 13, 2014

Mokhtar Dahari




Cuba tengok Google.com hari ini. Ada gambar Mokhtar Dahari sempena hari lahirnya yang ke-61. Siapa tak kenal Mokhtar Dahari. Beliau adalah idola bola sepak yang terkenal pada zaman 1970an dan pernah mendapat anugerah pemain terbaik Asia. 

Aku kagum dengan Mokhtar Dahari sebab beliau adalah seorang yang setia. Bayangkan beliau telah mewakili pasukan bola sepak Selangor lebih daripada 15 tahun. Siapa lagi yang pernah mewakili satu pasukan yang sekian lama di Malaysia. 

Aku ingat lagi yang pasti setiap kali perlawanan yang melibatkan Mokhtar Dahari, aku tak akan lepaskan peluang untuk menyaksikannya. 

Pada tahun 1991, Mokhtar Dahari meninggalkan kita semua akibat penyakit yang dipanggil sebagai muscular dystrophy. Hingga sekarang, tiada siapa dapat menggantikan tempat dan menandingi kehebatan Mokhtar Dahari. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman. 

p/s: beliau memang Supermokh!

Monday, November 10, 2014

Air Asia - free seats


Ada yang tergoda tak? Aku terpaksa tangguh dulu. Apa taknya untuk tahun 2015 dah ada 3 trip. Siapa nak bercuti tahun depan, ini adalah peluang terbaik. 

Anyway, happy holiday!

p/s: kuatkan iman..kalau tak, mesti dah rembat.

Tuesday, November 4, 2014

Jumpa boyfriend lama

Ok, kali ini aku nak buka cerita lain. Bukan cerita pasal jalan-jalan. Boleh kan? 

Apa perasaan korang bila jumpa balik boyfriend lama? Baru-baru ini aku jumpa boyfriend lama kat kenduri kahwin. Rasa nak tegur tapi takut. Sampai ke hari ini, aku dok tanya kenapalah aku tak tegur dia. Ya aku tahu aku ni pemalu orangnya. Hahaha...

Petang tadi aku beranikan diri hantar message untuk memastikan betul atau tidak dia ada masa kenduri kahwin hari tu. Nak tahu apa jawapan dia? Memang betul dia ada!! 

OMG! Aku tak tahu nak ungkapkan perasaan aku sekarang. Kan dah melepas. Padan muka aku. 

Perkara yang lepas, biarkan je. Tak perlulah nak diingatkan kembali. Konon nak pujuk diri sendiri. Lagipun dia dah berkeluarga. (akak juga yang masih solo) Sekurang-kurangnya aku tahu status dia sekarang daripada sunyi sepi tanpa berita. Betul tak? 

Life must goes on. Apa lagi? Jom kita jalan-jalanlah. Ada sesiapa nak ikut? 

p/s: be happy. 

Saturday, November 1, 2014

Piala Malaysia 2014

Malam ini akan menentukan pemenang Piala Malaysia 2014 antara Pahang dengan JDT. Aku dapat rasakan Pahang sudah pasti ingin mengekalkan kemenangan tahun lepas manakala JDT tak kurang hebatnya berusaha untuk memenangi Piala Malaysia. Apa pendapat korang? Malam ini Piala Malaysia akan menjadi milik siapa? 

Adakah milik JDT?

Pahang akan mengekalkan kejuaraannya?

p/s: ayah koi orang Pahang, koi sokong Pahang lah.