Pages

Friday, November 29, 2019

Frozen 2



Bila dapat tahu ada sambungan cerita Frozen, rasa tak sabar nak tengok.  Ditambah pula dapat tiket free,  lagilah aku suka bagaikan orang mengantuk disorong bantal. 

Apa yang dapat aku ringkaskan Frozen 2 lagi mencabar jalan ceritanya dan lebih banyak lagu didendangkan daripada sebelum ini. 

Dalam cerita Frozen 2, Elsa dan Anna meneroka sejarah asal-usul keluarga mereka. Sepanjang perjalanan mereka, banyak dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Akhirnya Elsa mengetahui sejarah kuasa saktinya yang diperolehi daripada orang amat dikenali. Siapa rasanya? 

Esok aku nak tengok lagi dengan adik-adik sebab tak puas. Hahaha..

p/s: lagu Frozen 2 terngiang-ngiang sampai hari ini. 

Saturday, November 23, 2019

Short trip to Hatyai

Ini merupakan lawatan singkat dan perancangan last minit ke Hatyai. Bayangkan aku balik dari Shanghai,  kawan-kawan aku ajak ke Hatyai. Biar betul? 

Perjalanan ke Hatyai dengan menaiki ETS dari Kuala Lumpur Sentral dan terus ke Padang Besar.  Dari Padang Besar ambil van sewa dan terus ke Hatyai.  Nanti aku cerita secara terperinci ok.  

Yang best di Hatyai,  aku suka makanannya.  Memang meriah!!  Mari aku share sebahagian makanan yang sempat aku cuba.  





Sepanjang berada di Hatyai, aku memang puas hati.  Aktiviti aku hanya makan.  Dah makan,  balik hotel.  Kalau lama lagi di sana,  memang makin bulatlah.  

Thursday, October 24, 2019

Ni hao ma Shanghai


Baru sampai Shanghai pagi tadi.  Penat tak hilang lagi sebab tak cukup tidur. Nanti aku update trip ke Shanghai ya.  Bersabarlah ya kawan-kawan.  

p/s: kena belajar cakap Mandarin. 

Tuesday, October 8, 2019

Bulan Oktober sudah?

Lamanya tak update blog, tak sedar dah masuk bulan Oktober. Alamak minta maaf banyak-banyak ya. 

Bukannya tak nak update cuma tak sempat je. Ini pun curi-curi masa kerja nak update untuk tatapan semua. Nampak tak, aku sebenarnya sayang korang tau. 

Untuk bulan Oktober adalah bulan yang paling istimewa bagi aku. Nak tahu kenapa? Ia adalah bulan kelahiran aku dan maknanya semakin bertambahlah umur aku. Aku dah masuk 4 series dan tak lama lagi nak masuk 5 series. Hahaha! 

Ada yang tanya ke, lepas ni nak ke mana pula? Memang ada dan Insya-Allah aku akan ke China. Setakat ini, tunggu nak dapatkan visa. Doakanlah ya semua berjalan dengan lancar. Kalau ada rezeki, nanti aku belikan cenderahati. Ada yang nak? Sila angkat tangan!! 

Bunga buah pic baru berkembang di Guilin, China. 

Cerita untuk trip sebelum ini, aku akan cuba usaha untuk habiskan. Sabar ya. Memang banyak cerita yang masih belum aku kongsi di sini. Kalau nak tahu cerita terkini, boleh je follow IG: mazuriah1025. Senang sikit update di IG sebab lebih mudah dan ringkas. 

Ok, jumpa lagi. Take care! 

p/s: explore next Disneyland. 

Monday, May 13, 2019

Kad Raya - give away



Lamanya aku tak update blog kan? Tau-tau je dah masuk bulan Ramadhan. Bukan tak nak update blog tapi ada sahaja yang menghalang. 

Ok tak payah aku nak bebel panjang. Sempena bulan yang mulia ini, peruntukan 20 kad raya diberi kepada yang bertuah. Ada sesiapa yang nak kad raya? Caranya mudah sahaja. 

1. Follow blog mazuriah.blogspot.com 

2. Tinggalkan nama dan alamat di dalam komen bawah atau emel kepada mazuriah@gmail.com. 

Senang bukan? Pemberian kad raya berdasarkan siapa cepat, dia dapat. 

Tak lupa juga aku ingin ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Semoga amalan kita diberkati. 

p/s: pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. pantun wajib ada masa hantar kad raya masa sekolah. 

Monday, February 4, 2019

Happy Chinese New Year 2019

chinese new year 2019 greetings card
Selamat Tahun Baharu Cina 2019 dan tahun ini merupakan tahun babi. Katanya orang yang lahir pada tahun babi adalah seorang yang:
  • Penyayang
  • Peka
  • Optimis
  • Patuh
  • Jujur 
  • Senang menerima tetamu
Betul ke? Aku tak tahu sebab aku bukan lahir tahun babi. Hehehe..

Kepada yang menyambut, semoga bergembira, selamat bercuti dan berhati-hati semasa memandu. 

Kali ini aku tak ada plan nak ke mana-mana. Rasa malas pula dengan keadaan kaki terseliuh hari tu. Agaknya ada maksudnya lain sebenarnya yang suruh aku rehat je. Mungkin juga tanda-tanda dah tua! Konon tak nak mengaku. 

Ok, jumpa lagi. Masih berusaha untuk update trip yang tertangguh. Bersabarlah ya. 

p/s: suka sangat makan limau mandarin.