Pages

Sunday, October 20, 2013

Besar

Jumpa ikan tapah besar di Pasar Tani Maeps semalam. Inilah kali pertama aku tengok ikan tapah dan saiznya sangat besar! Kalau masak gulai ikan ni, mahu boleh hidang orang sekampung. Siapa pernah makan ikan tapah? Apa rasanya ya? 

Inilah rupanya ikan tapah. Besar gila. 


Tiba-tiba hari ini aku nak teringin nak makan biskut coklat chip. Nak beli, mesti harga mahal lebih-lebih lagi jenama Famos Amos yang enak itu. Berapa ya harga sekarang? Dah lama aku tak beli. 

Dengan semangat waja, aku cari resepi biskut coklat chip. Kebetulan bahan-bahan yang diperlukan semuanya dah ada. Apa lagi, aku terus buatlah dan ini hasilnya. 

Amik kau, makan sebiji pun dah kenyang. 

Banyak lagi biskut coklat chip ni sebab aku makan 1-2 keping je. Tak larat aku nak habiskan semuanya. Ini namanya nafsu konon nak makan macam-macam. Siapa nak habiskan ni? 

p/s: sesuailah dengan aku yang saiznya besar. hehehe..

4 comments:

  1. erkk.. mmg besar gila ikan tapah tu huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar sangat! cuba tengok ikan talapia sebelah tu. jauh beza betul.

      Delete
  2. Sebahagian besar orang perak tak boleh makan...cerita dulu-dulu,,,,besar bangat,,,,,sila baca lanjut tentang entri saya akan Bali...Tak siap-siap menulis lagi...Moga anda mendapat manfaat dari tulisan saya akan Bali,

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tau pula ikan ni tak boleh makan.
      tak sabar nak tunggu cerita pasal Bali. :)

      Delete