Semalam ada aktiviti kelas memanah yang dianjurkan oleh opis. Aku masuk konon berangan nak jadi the next Legolas dalam cerita Lord of the rings. Perasan kan? Hahaha...
Aku sebenarnya memang tak ada pengalaman memanah. Pegang anak panah dan busur pun tak pernah. Bila dah masuk, rasa seronok pula. Satu pengalaman yang berbeza. Lagipun aktiviti memanah ini adalah sunnah Nabi.
Dalam kelas memanah ini, diajar asas memanah terutamanya orang macam aku ni yang tak ada pengalaman langsung. Mari aku tunjukkan antara aktiviti yang dilakukan.
Belajar asas memanah dahulu.
Siap sedia.
Gaya dah ada tapi part perut tak boleh nak buat apa-apa.
Ok target elok-elok.
Lepas masuk kelas memanah ni, rasa nak sambung lagi. Untuk pengetahuan semua, kelas memanah diadakan di Pusat Equestrian, Putrajaya. Jadi, siapa nak masuk, boleh tengok website mereka. Good luck!
p/s: jangan kena panahan asmara sudah.
fuh...baru first time tp gaya cam dah pro heee
ReplyDeleteGaya tu penting. Kena atau tak, itu perkara kedua.
Deletebestnye kalau dapat peluang belajar memanah ni kan hihihi
ReplyDeletesalam kenal :)
Best
DeleteSekali cuba, nak lagi
ehehehe best tu.. CT penah la skali main panah ni.. tapi skali tu jela.. hahaha..
ReplyDeletebest woooo
Delete