Pages

Wednesday, February 18, 2009

Bila boss tak ada

Waktu yang paling aku suka bila boss tak ada. Bukannya aku tak suka dia tapi kalau dia ada memang tak senang hati aku dibuatnya. Kalau sekali kena ngadap dia, siaplah berjam-jam jawabnya. Aku tak paham dengan dia, dia ni tak penat ke cakap lama-lama. Aku cakap 5 minit tu pun rasa macam dah lama sangat. Bak kata kawan aku, boss tu kesunyian. Kawan dia cuma anjing-anjing kat rumah dia tu. Kasihan gak orang macam tu tapi apa yang boleh aku lakukan? Aku tak rela menjadi teman mengadu. Oooh cukuplah..sebelum ni aku pernah menghadapi masalah tempat mengadu. Betul..kawan-kawan aku cukup suka mengadu kat aku. Agaknya kat dahi aku ni ada cop "tempat mengadu".

Selalunya bila boss tak ada antara aktiviti aku lakukan:

1. Telefon kawan atau adik
2. Surfing layan Facebook lah
3. Jalan-jalan ke pantry buat air dan cari biskut (minta dengan tea lady)
4. Pergi breakfast atau lunch atau kedua-duanya lama-lama
5. Kacau kawan sebelah meja
6. Balik awal (tepat pukul 5)

Kalau boleh, lagi lama boss tak ada, lagi bagus. Aku ingat lagi masa boss aku amik cuti lama masa CNY, aku dapat rasakan hidup ini bagaikan syurga!!!!!!!!

Masalah tugasan bukanlah isu utama cuma kehadiran dia kat department, buatkan aku tak keruan. Kalau nampak muka dia pagi-pagi, semua dok mengeluh je. Arrrrgghh she's in.

Aku rasa ramai di antara kita menghadapi masalah dengan boss. Kalau sesiapa yang dapat boss yang sporting, memang untung lah. Setakat ni, aku boleh lagi bertahan dengan boss sekarang atau yang sebelum ni. Belum sampai lagi peringkat aku nak bunuh dia orang walaupun sebenarnya memang ada impian nak buat macam tu. Hahaha..kalau betul-betul tu, something wrong somewhere I guess.

Anyway, the end of the day, boss kitalah yang buat appraisal pasal kita. Masa ni lah baru tau tinggi rendah langit kita dengan boss. Kalau dapat bonus sikit atau banyak atau mungkin tak ada langsung, jangan salahkan boss lah.

p/s: boss ok hari ni???? Wink wink!!

2 comments:

  1. aku lagi dasyat, belakang aku ialah bilik bos aku yg taknah tutup pintu. so ari2 bos aku ngadap buntut aku. cangih tak? hahahaa!!! sib bos aku ni takda banyak songeh. young and hensem! aku slalu tempat mgadu if pc dia prob atau kena suh tulis sms ngan big bos kat HQ.

    ReplyDelete
  2. untunglah kau makcik dapat boss macam tu.

    ReplyDelete