Pages

Saturday, February 21, 2009

Hasil tangkapan yang lumayan

Semalam aku ada appointment dengan doktor kat Hospital Putrajaya. Ingat lagi kes aku kena sakit mata dulu? Cuba refreshkan memori anda dengan blog aku sebelum ini. Good news mata aku dah ok. So doktor discharge aku dan tak perlu jumpa lagi doktor. Alhamdulillah. Masa doktor check mata aku, beliau telah titiskan ubat mata sampaikan penglihatan jadi kabur. Blur gila nak baca sms pun tak dapat. Anyway, doktor bagi MC sebab kalau aku pergi kerja pun bukannya aku nampak apa-apa. Mata aku akan kembali normal selepas 6 jam. Masa nak drive, memang aku bawa kereta slow-slow. Nasib baik aku masih nampak lampu isyarat. Kalau tak, mau nak kena accident.

Oleh sebab aku dapat MC, aku tak nak balik umah dulu sebab ayah tak tau aku ke hospital hari ni. Kalau aku balik, sure banyaklah jawapan aku perlu jawab nanti. Jadi, aku pakat dengan adik aku ke Mid Valley sempena Preview Sale Metrojaya.


Sampai ke Metrojaya, aku memang dah lama usha handbag baru cuma tak kesampaian. Entah macamana aku boleh terpikat dengan handbag Elle. Cantik tu memang cantik. Dalam hati.. hmm nak beli ke tak?? Adik aku dah jek jek aku...belilah..belilah. Cilako punya adik aku. Last-last aku termakan pujukan dan rayuan dia. Aku pun terus setuju dan amik lah. Sambil tu, adik aku dah berkenan dengan 1 wallet ni. Alang-alang nak bayar pakai kad kredit, (camna la aku nak bayar balik nanti?) aku pun bayarkan sekali untuk dia.




Handbag Elle



On the way nak balik, singgah jap kat Body Shop. Aku memang nak beli bedak sebab bedak aku dah abis. Sekali lagi aku kena pujukan mesra. Promoter yang layan aku tu, punyalah baik layan aku. Siap mekapkan aku pakai bedak, blusher dan lipstik. I can't resist it! So aku termakan layanan baik promoter tu. Aku pun belilah bedak, lipstik, blusher dan perfume. Sempat lagi adik aku selitkan barang dia suruh aku bayarkan untuk dia. Bertuah punya adik!! Ok fine...aku bayarkan. Tutup mata dan teruskan nilai murni untuk swipekan kad kredit aku.


Set perfume, lisptik dan blusher


Sepanjang perjalanan balik ke rumah, dok kira berapa jumlah aku belanja hari ni. Mana aku nak cekau duit? Aku pujuk diri aku..tak apa..hasil tangkapannya lumayan.

p/s: Hmm senyum je lah jawabnya. Tak tau nak cakap apa-apa lagi.

1 comment: