Pages

Thursday, February 5, 2009

Mamat Inspirasi

Sepanjang aku kerja kat sini, aku suka tengok mamat ni untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi aku nak pergi kerja. Kalau rasa down sangat, dapat tengok muka mamat tu pun jadi lah.

Dipendekkan cerita, kita orang tak pernah buat sebarang komunikasi bila jumpa..maksudnya tak pernah tegur, senyum atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya.

Waktu lunch tadi, masa aku tengah baca surat khabar, tiba-tiba mamat ni tegur aku.

Mamat: Tengah baca ke? (sambil tunjukkan surat khabar NST kat aku)

Aku: Tak lah


Mamat tu pun terus tinggalkan aku. Dalam hati aku rasa puas. Akhirnya aku dapat cakap dengan dia walaupun cuma beberapa patah perkataan sahaja.

p/s: aku sangat suka! :)

2 comments: