Pages

Sunday, March 15, 2009

Idea oo idea

Hari ni aku tak ada idea nak tulis blog. Untuk pengetahuan semua, ini adalah cubaan yang ke-7 untuk update blog kali ni. Aku dah taip 2-3 perenggan lepas tu aku delete. Aku cuba lagi tapi berjaya taip 2-3 baris. Aku pun delete lagi. Hmm..kenapa idea tak datang ni?

Aku memang jarang menghadapi masalah macam ni. Selalunya ada je idea aku nak tulis lebih-lebih lagi kalau aku nak cerita pasal boss. Hahaha! Ada je cerita aku nak tulis. Agaknya idea ni pergi main nyorok-nyorok?? Idea ooo idea di mana kau?? Marilah sini..

Kisah 1:

Masih ingat tak kisah kawan aku yang kena pecat tu? Cuba imbas kembali post aku tajuk You're Fired. Alhamdulillah dia dah dapat kerja baru dan bermula kerja awal bulan Mac. Good for her! Itu pun sebab ex boss dia yang tolong dia dapatkan kerja. So nasihat kepada kawan aku tu, dah dapat kerja baru, kerjalah elok-elok. Jangan lepaskan peluang kali ni.


Kisah 2:

Cerita aku yang seterusnya..tadi aku pergi kenduri kahwin ayah sedara aku. Yang menariknya, ini adalah perkahwinan kali ketiga. Aku tak berani nak komen apa-apa sebab sebagai lelaki Islam, berhak untuk kahwin sampai 4. Fakta menarik mengenai isteri-isterinya, ayah sedara aku kenal semuanya semasa dia study kat UPM dulu. Hebat kan? Apa yang aku harapkan, laksanakanlah tugas sebagai seorang suami yang adil dan saksama.

Waah idea sudah datang. That's good..ok ok tarik nafas dulu.

Kisah 3:

Aku memang suka layan anak saudara aku, Sara dan Hadi. Kalau lama tak jumpa dia orang, rasa rindu sangat. Sanggup datang rumah adik aku kat Putrajaya semata-mata nak jumpa. Adik aku cakap, perangai Hadi sama dengan aku. Contohnya ialah kita orang suka buka peti sejuk tanpa sebarang sebab. Cara jalan yang sama. Guess what? Aku yang bagi nama Hadi tu.

Apa lagi ye? Hehehe..harap semua bergembira membaca 3 kisah ringkas tu. Sorry sangat-sangat..aku memang kekeringan idea. Percayalah..perkara ini memang jarang berlaku.

p/s: Have fun!

2 comments:

  1. /me sembunyi idea makcik bwh bantal. huhuhuhu.... ampun makcik!!! :p

    ReplyDelete
  2. patutlah aku tak jumpa
    pulangkan balik woooi

    ReplyDelete