Pages

Monday, March 9, 2009

Monolog sendiri..

Pernah tak rasa kadang-kadang kita perlu masa untuk diri sendiri? Maksud aku..aku tak mahu diganggu, dihubungi atau apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan sebarang komunikasi antara aku dengan orang lain.

Balik semula pada kisah aku tadi, kadang-kadang orang selalu salah faham maksud aku. Kalau aku dah lama tak hantar berita, bukan maksudnya aku dah lupa atau sombong. It's just that I need my own time. I need to catch up the things that I like so much like cooking, travelling and hang up with my family. I miss so much that special moment.

Yeaah aku tau, orang boleh cakap aku ni bukan kaki sosial. Bayangkanlah..tiap kali aku balik kerja, aku cuma stay kat rumah. Kalau ada hal, barulah aku keluar. Itupun, berapa kali sangat pun, boleh dikira dengan jari. Well, that's me..this is my life.

Boring? I don't think so. I enjoy it actually. Bila ada masa luang, aku tengok balik gambar lama-lama..alahai cepatnya masa berlalu. Kalau boleh masa ni diperlahankan sekejap, berilah masa aku nak hargai semuanya. I think I need a space for myself where I can appreciate everything. Sayang kan..masa berlalu tu kita tak dapat semula. Nak menyesal pun, tak ada gunanya.

Apa yang boleh aku katakan di sini, hargailah setiap detik yang kita ada. Kalau rasa tak puas hati, fikirlah ada yang lebih malang daripada kita.

p/s: Kalau mak masih ada, aku nak cakap "I love you so much!"

1 comment:

  1. Makcik, sedih ada sedar pun ada gak aku baca monolog kau. mmg ada rasional nya. kdg2 aku pun camtu, wish can turn back time so kita boleh appreciate semua yang pernah berlaku, but what is over is over,yg penting life must go on....

    ReplyDelete