Pages

Sunday, April 12, 2009

Girl's thing...cuma kaum perempuan yang mengerti!

Aku dah lama tak keluar dengan kawan-kawan dan buat perkara yang aku suka seperti makan (penting tu), tengok wayang, karaoke dan window shopping. Semua aktiviti yang digemari oleh perempuan..the girl's thing! Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku menikmati saat-saat indah macam tu. Hmmm adakah aku terlalu tua? Terlalu sibuk? Lupakan sahaja semua alasan tu. Yang pasti pada 13 April, hari Isnin aku akan lakukan segala aktiviti yang dah lama aku tak buat. Cuti aku pun dah approved. Apa lagi..kita enjoy lah. Kalau tak dapat nak buat semua tapi sekurang-kurangnya aku dapat melakukan sebahagian daripadanya. Tak sabar rasanya waktu tu.

Kisahnya bermula 2-3 minggu lepas bila kawan aku tanya bila nak ambil cuti. Masa tu aku tak berani nak janji apa-apa sebab tengah sibuk sangat. Kebetulan dapat berita ada kawan aku nak balik tak lama lagi so aku tak dapat nak bagi jawapan bila. Bila aku fikir semula, aku memang dah lama tak ambil cuti. Jadi aku rasa inilah masa yang sesuai aku nak take a break daripada mengadap boss, kerja dan apa-apa yang boleh merunsingkan kepala aku.

Yes..tarikh 13 April dipilih dan plan aktiviti girl's thing:

1. beli nasi lemak kat pasar dan makan sarapan pagi sama-sama

2. karaoke sepuas hati (amik kau..nak jadi Ella pun boleh)

3. shopping or maybe window shopping

4. borak-borak dan hot gossip

5. tengok wayang (optional kalau ada masa)

Itu cuma plan. Kalau ada sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

p/s: I am desprately need a break...have a Kit Kat!

3 comments: