Pages

Sunday, May 17, 2009

Selamat pengantin baru

Aku tertarik dengan ayat yang ada dalam kad jemputan kahwin ini. Kad jemputan kahwin siapa tu, aku terpaksa rahsiakan dulu. Hehehe..

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah SAW. Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa kepada Allah agar dia akan terus menjadi milikmu...

Dipendekkan cerita, terimalah pasangan kita seadanya. Kepada pasangan Dayang Aidah dan Anas, semoga berbahagia selalu.


Pengantin baru Dayang Aidah dan Anas







Sempat bergambar dengan pengantin...masing-masing ambil berkat.









Suka tengok lengan baju Dayang..lawa




p/s: lepas ni siapa pula bakal menjadi pengantin baru???

No comments:

Post a Comment