Pages

Wednesday, May 13, 2009

Should I..should I not???

Baru-baru ni aku terpaksa membuat keputusan yang agak besar. Apa-apa pun, bukan pasal jodoh ok. I want to make it clear before any speculations happen. Ceritanya macam ni, kawan aku ada offer aku untuk sambung belajar buat MBA. Aku memang plan lama nak buat tapi bukan dalam masa terdekat. Tawaran kawan aku tu memang menarik sebab bila lagi aku nak dapat peluang untuk sambung belajar. Dah ada peluang depan mata, apa lagi nak tunggu kan?

Bukannya aku tak nak ambil peluang tu..banyak perkara aku fikirkan sama ada patut aku terima tawaran tu atau tak. Sediakah aku untuk belajar balik? Sediakah aku untuk menampung dari segi kewangan? Dapatkah aku membahagikan masa belajar, kerja dan keluarga? Itu baru sikit je..banyak lagi sebenarnya aku nak kongsi tapi tak payahlah..hehehe

Rata-rata suruh aku ambil tawaran tu. Bila lagi nak dapat peluang macam ni kan? Tak cuba mana nak tau. Insyaallah kalau semua berjalan dengan lancar, dalam bulan Jun (tinggal beberapa hari lagi ni), dah boleh mula kelas. Aku terpaksa cuci balik otak aku yang dah berkarat ni. Lama dah aku tak belajar balik. Aku ingat lagi bila aku nak buat degree dulu. FYI, aku buat degree selepas beberapa tahun aku kerja. Bukannya buat degree direct lepas diploma. My first year was terrible. Aku kena culture shock! Bayangkan aku dah biasa kelas dalam English tapi bila buat degree, kena belajar dalam Bahasa Malaysia. Anyway, aku berjaya juga lah dapat ijazah walaupun resultnya tak lah sehebat mana.

Doakanlah aku semoga aku dapat harungi dugaan untuk belajar semula. Aku ambil MBA ni pun sebab aku fikir aku nak improve my career. I want to live in a better life.

p/s: MBA..married but available?? hahaha...

No comments:

Post a Comment