Pages

Friday, July 31, 2009

Lawak hari Jumaat



Siapa mak bapak transformer??






scroll down



scroll lagi

sikit lagi..



Jawapan: TRANSPARENT!!!



Hahahaha


p/s: peace ok! hari Jumaat punya pasal..tak ada mood nak buat kerja

Wednesday, July 29, 2009

Bila bekerja dengan perempuan

Bila bercerita bekerja dengan perempuan, selalu orang akan kaitkan dengan perkataan:

1. cerewet


2. moody


3. pentingkan hal-hal kecil


4. mengikut aturan

Aku setuju. Memang sudah menjadi lumrah perempuan yang sangat mementingkan kesempurnaan. Kalau nak buat sesuatu, semua nak sempurna.

Contohnya aku, kalau aku lipat baju, aku akan pastikan baju yang dilipat kena susun sama. Ada sebab kenapa aku buat macam tu. Sebab utama, untuk memudahkan kita bila kita nak simpan baju. Nanti tak adalah senget sebelah ataupun jatuh bila nak angkat.

Jadi, jangan salah anggap kenapa kaum perempuan buat macam tu. Semuanya untuk memudahkan urusan kerja. Yang pasti, semua ini adalah untuk kebaikan semua juga.

p/s: dapat kerja orang yang handsome, lagi suka...hehehe

Monday, July 27, 2009

Mr. X

Baru-baru ni aku kena menghadiri seminar kat Holiday Villa Subang. Ikutkan hati aku memang malas nak join tapi ini adalah sebahagian daripada keperluan MBA aku ni. Ramai juga captain of industry datang sebagai speaker antaranya ialah Datuk Seri Shaz (Celcom), Director UMW dan a few name aku lupa namanya.

Ok..kali ni aku tak nak cerita pasal kandungan seminar sebab aku banyak habiskan masa dengan tidur. Mengantuk sangat sebab dah berapa malam dok tidur lambat je. Hehehe...sampai hari ni aku dok mengantuk lagi. Yang datang seminar ni bukan sahaja dari Kajang tapi ada dari Seremban dan Ipoh. Aku rasa pusat Kajang yang paling sikit bilangan student berbanding yang lain.

Untuk pengetahuan semua, yang datang ke seminar kali ni kena pakai baju formal. Sepanjang aku join kelas MBA ni, classmate pakai baju sempoi je tapi bila datang ke seminar sungguh jauh berbeza siap pakai coat lagi. Antara ramai-ramai classmate aku tu, ada sorang ni memang betul-betul menarik perhatian aku. Aku hampir-hampir jatuh hati kat dia. Auuw malu aku seh! .

Biarlah aku beri nama dia Mr. X. Mr. X ni kalau pergi kelas, memang serabai, rambut kusut masai dan pakai selipar je. Masa seminar tu, perrgghh handsome siuut!! Pakai baju kemeja, seluar slack, kasut kulit dan pakai tie. Cakap pulak..alahai soft spoken nya. Cair aku dibuatnya. Kalau dia solo lagi, aku nak je tackle dia. Hmm aku tak tau pulak Mr. X ni solo lagi atau tak sebab rata-rata classmate aku dah kahwin. Nak tanya?? Ish malu laaa...

Yeaah aku dah ada sumber inspirasi nak pergi kelas. Penting tu. Kalau dia ada, semangat sikit aku nak pergi kelas.

p/s: Jangan sampai aku ngigau Mr. X malam ni sudah..

Tuesday, July 21, 2009

Iklan dulu-dulu

Aku teringat iklan lama-lama yang pernah muncul kat TV dulu. Sure ada kenangan di sebalik iklan tu. Happy viewing!!!






Lepas iklan ni keluar, apa-apa je nak minta pendapat..mesti cakap betul tak? Betul.. Tak salah aku yang berlakon dalam iklan ni adalah abang Fara Fauzana. Kalau salah, sorry lah ye..















Iklan tak logik betul..pakai baju cantik-cantik dan pergi tempat grand, cuma makan Maggi Mee. Baik makan kat rumah aku. Pilihlah nak perasa apa. Hehehe..






Kalau nak orang laki bagi bunga, semburlah minyak wangi sampai 1 botol. Tak boleh langsung pakai teori tu..






Memang suka minum air Joy dari dulu lagi. Kalau pergi kedai, air Joy 1 ya!!!! My favourite Joy Mangga.








Kelakar tengok iklan ni..

p/s: Nampak sangat aku ni suka sangat tengok TV

I'm just being me..

Ada beberapa kawan aku tanya kat aku..kenapa tak nak bagitau yang aku ada blog. Bukannya aku tak nak bagitau cuma aku belum sedia nak kongsi kat semua orang. Ok...jawapan yang sangat lemah.

Dah nama pun blog, sepatutnya menjadi tatapan orang ramai untuk baca. Betul tak? Tak salah pun kalau orang lain nak baca.

I admit, I'm a bit reserved. Ada perkara boleh dikongsi dan ada ada perkara cuma aku seorang je yang tau. Aku juga bukanlah yang out spoken yang boleh luahkan apa sahaja dan pasti tak adalah sampai nak main laser orang.

Bagi aku, aku lebih suka diamkan diri. Be observed. Daripada situ, kita akan tau bagaimana kita nak tackle atau handle satu keadaan atau seseorang. Aku rasa, sebab alasan tu lah, orang lebih suka meluahkan perasaan kat aku. Terimalah kenyataan, aku ni adalah tempat mengadu orang.

How do I cope with my life? I've my own way. Aku bersyukur, aku punya kawan dan famili yang sentiasa menyokong aku. Di sini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku. Cewaah macam nak bagi speech masa menang award je. Layan je lah ye...

Teringat masa Halle Berry bagi ucapan masa menang award best actress..penuh perasaan.

p/s: tak kenal maka tak cinta

Friday, July 17, 2009

Testing laptop baru..

Nak testing pakai laptop baru. So far semua ok. Aku beli laptop last week tapi baru hari berkesempatan nak cuba. Harga? Adalah dalam RM3K. Ini ni pun sebab dapat peruntukan komputer. Nak tunggu aku beli sendiri, nampak gaya lama lah lama lagi.

Sebelum ni, aku dok pakai laptop adik aku je lah. Nak kena pulak kena amik turn kalau nak pakai laptop dia. Sekarang dah ada laptop baru boleh lah pakai senang sikit.

Aku ingat lagi, komputer pertama aku. Tak salah aku masa tu tahun 1997. Masa tu komputer dianggap barang mewah so tak ramailah yang ada komputer ni. Nak pasang internet apa lagi..memang jarang sangat orang yang pasang. Aku dulu masa pasang internet, banyakkan masa untuk chatting sampaikan bil telefon naik gila. Arwah mak aku pun selalu bising tapi biasalah aku, mana nak dengar sangat masa tu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hehehe...

Aku beli laptop ni untuk memudahkan aku buat cari maklumat lebih-lebih lagi sekarang tengah buat MBA. Sambil-sambil boleh layan FB, keep in touch kawan lama. Penting tu!!!

p/s: teringat promosi kat radio..Celik IT

Saturday, July 11, 2009

Smokey eyes

Sekarang aku sudah syok tengok Michelle Phan ajar teknik make up. Nampak senang tapi tak tau lah aku boleh buat macam dia buat tu. Kalau rajin, cuba search nama dia kat youtube.com lepas tu tengok lah ada beberapa teknik make up yang dia ajar. Antara banyak-banyak teknik yang diajar, aku suka sangat yang smokey eyes tu.







Gara-gara konon nak jadi Tyra Banks lah..nak make up macam dia. Dahlah memang ikut program America's Next Top Model dari musim 1 sampai musim 12. Aku ni tak lah rajin nak make up tapi sekali angin nak make up datang, habis semua aku pakai. Daripada eye shadow, blusher, maskara, lipstik dan semuanya.




p/s: kalau dah nama perempuan..mana boleh pisahkan dengan make up

Friday, July 10, 2009

Learn how to say no

Bayangkan dalam 1 situasi majlis keraian dan anda bersama-sama kawan sedang berbual-bual. Tiba-tiba anda nampak seseorang yang anda kurang senang menuju ke arah anda dan mahu bersama-sama anda. Adakah anda?
a. Layan orang tu seperti biasa
b. Senyum sahaja
c. Minta kebenaran untuk ke tempat lain
d. Terus terang kepada orang tu, saya tak nak awak

Aku rasa kebanyakan akan jawab a dan mungkin ada jawab b. Aku nak sangat cuba jawab d. Selamba kan? Aku dapat bayangkan ayat-ayat akan keluar "aku tak nak kau bersama-sama dengan aku. kau pergi tempat lain ya." Tapi biasalah aku, aku tak berani nak cakap. Akirnya aku yang merana..menyumpah orang tu tak tentu pasal.

Teringat aku masa aku ambil training Franklin Covey tahun lepas. Ada 1 topik yang sangat menarik perhatian aku iaitu learn how to say no. Bab ni aku memang lemah dan selalu buatkan aku rasa bersalah nak sebut no.

Ada beberapa kes yang selalu aku hadapi.Di sini aku nak bagi 1 kes contoh untuk tatapan umum.

kawan: aku ada beli kain. ok tak dengan aku?
aku: mari sini aku nak tengok. (dalam hati tak la lawa mana)
kawan: ok tak? aku beli mahal ni kat dubai.

aku: hmmmmm ok. (apa aku nak jawab ni)
kawan: kalau aku buat sekali dengan manik-manik, ok tak?
aku: ok sangat. (oh no..it look so heavy)
kawan: ok thanks. aku dah agak..i can count on you.

aku: you're welcome. (sengih je la..jangan lah dia pakai depan aku nanti)

Bukannya aku tak nak berterus terang tapi aku tak sampai hati. Dahla beli kain mahal, jauh pulak tu. Takkan lah aku nak hampakan dia dan terus cakap "tak lawa lah. warna kain pun tak sesuai dengan kulit kau". It sound too harsh. So macamana aku nak cakap kat kawan aku tu yang aku tak setuju dengan pilihan kain dan pada masa yang sama aku tak nak sakitkan hati dia? Any idea? Yeaah aku tau..aku bukanlah orang yang pandai cakap berlapik. Aku kena tau teknik cakap. Biar semua orang akan berpuas hati. Aku tak akan rasa bersalah dan kawan aku tak akan rasa sedih. It's a win-win situation.

p/s: aku masih belajar...

Thursday, July 9, 2009

Lewat lagi

Dalam minggu ni aku asyik lewat je. Tiap kali aku nak punch tag, ingatkan sampai on time tapui rupanya tak. Hari Isnin aku punch pukul 8.04am, hari Selasa aku punch 8.03am, hari Rabu aku punch 8.02am dan hari ni aku punch pukul 8.04am.

Dahlah tadi dapat emel daripada boss yang COO komen HOD tak tegas pasal kedatangan staff.

Staff found coming in late – AC/COO was at the door checking out. In his onw words if the HoD do not act he will act on the HoD.

Alahai...kalau masuk lambat, aku cover balik lah. Bagi aku, yang penting kerja siap on time.

Imbas balik..
6.15am - bangun tidur (celik mata baru..belum bangin lagi)
6.20am - gosok baju
6.30am - siapkan breakfast
6.45am - siap-siap untuk pergi kerja
7.20am - keluar dari rumah

Perjalanan ke opis tak lah jauh mana. Kalau ikutkan kelajuan aku drive (80-100km/jam) ni, boleh sampai dalam 30 minit lagi tu. So boleh bajet dalam 7.50am-7.55am boleh sampai opis.

Agaknya jam kat punch kad tag dia buat cepat kot? Hahaha still tak nak ngaku salah sendiri!!!

p/s: ok lah...lain kali aku sampai awal sikit...sikit je tau!

Sunday, July 5, 2009

Aku dah gumuk

Aku lemah betul bila ada orang cakap, "aku dah gemuklah.." walaupun secara hakikatnya daripada bentuk fizikal tak lah nampak gemuk. Kalau aku dengar je dia orang cakap macam tu, aku akan sound balik, "habis aku ni apa? anak gajah?" 

Ya aku tau..ada orang sangat mementingkan keterampilan diri tapi bagi aku yang memang dari dulu yang berbadan besar, aku terima hakikat seadanya. Pernah beberapa kali aku cuba untuk kuruskan badan tapi semuanya hampa belaka. Ok..ada sekali dalam sejarah aku berjaya turunkan beberapa kg tapi itu semua hanya sementara. Nak turunkan berat badan memang perlu displin yang kuat. Kena tabah untuk menghadapi dugaan dan cabaran lebih-lebih lagi kepada godaan makanan yang sedap dan enak. Ya...aku mengaku aku memang tak kuat..kalau nampak makanan yang sedap, rasanya nak makan semuanya. Aku tak nak jadi macam model yang kurus sampai boleh nampak tulang. Rasa macam rangka tulang yang berjalan dan bukannya orang.

Ada beberapa artis yang dianggap plus size (ukuran baju saiz XL ke atas) boleh berjaya dalam kerjaya mereka. Malah kalau kena gaya cara pemakaian, mereka boleh nampak bergaya. Contoh terbaik di Malaysia adalah Adibah Noor.

Gambar diambil masa Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama DiGi, 2008.


Orang bersaiz besar juga ada perasaan. Walaupun nampak je badan besar, hatinya cukup sensitif. Yeaah you can make fun on us. Kalau dah over, nak aje aku slam dunk orang tu. Hah rasakan penangan kami! 1 fakta yang mesti diterima, sebenarnya kami sangat comel. Rasa macam nak peluk teddy bear je. 1 lagi fakta menarik, orang yang badan comel ni selalu nampak muda! Jangan cemburu!!!!

p/s: as long you are happy with your body..live with it

Friday, July 3, 2009

Kerja ooo kerja

Sambil buat evalaution sempat lagi nak update blog. Kalau boss tau ni, mampus aku. Mata aku dah berpinar-pinar tengok nombor sahaja. Jangan salah key in sudah. Hahahaha..

Bila aku nak balik rumah, aku tak tau lah. Rasa macam lama lagi aje ni. Nampak gaya dekat 1 bulan ni dok balik lambat je lah jawabnya.

Dalam evaluation committee ni cuma ada 3 perempuan je. Bunga-bunga yang mekar dan kembang (yang kembang aku lah tu) menyerikan suasana keadaan kat sini. Apa taknya, masing-masing tarik muka ketat nak siapkan kerja, nak lah kena happy-happy. Kalau tension buat kerja, tak best lah. Betul tak??

Ok ok..aku nak siapkan kerja. Aku lupa nak update kan blog trip ke Langkawi. So sabarlah ya.

p/s: shhh jangan ada sesiapa bagitau boss ok

Wednesday, July 1, 2009

Stress out!

Jam pukul 6.47 pm (ikut jam kat PC aku ni) tapi aku masih lagi kat opis. Letih sangat rasanya hari ni. Aku tak tau macamana aku nak handle semua kerja ni.

Kalau boleh potong badan ni nak buat kerja, rasa aku nak potong banyak-banyak. 1 nak siapkan report, 1 nak siapkan assignment MBA, 1 nak jadi evaluation committee dan banyak lagi. Nasib baik aku tak berlaki lagi. Kalau tak, dia pun nak tuntut juga daripada aku. Hahaha...

p/s: cheer up baby!