Pages

Monday, July 27, 2009

Mr. X

Baru-baru ni aku kena menghadiri seminar kat Holiday Villa Subang. Ikutkan hati aku memang malas nak join tapi ini adalah sebahagian daripada keperluan MBA aku ni. Ramai juga captain of industry datang sebagai speaker antaranya ialah Datuk Seri Shaz (Celcom), Director UMW dan a few name aku lupa namanya.

Ok..kali ni aku tak nak cerita pasal kandungan seminar sebab aku banyak habiskan masa dengan tidur. Mengantuk sangat sebab dah berapa malam dok tidur lambat je. Hehehe...sampai hari ni aku dok mengantuk lagi. Yang datang seminar ni bukan sahaja dari Kajang tapi ada dari Seremban dan Ipoh. Aku rasa pusat Kajang yang paling sikit bilangan student berbanding yang lain.

Untuk pengetahuan semua, yang datang ke seminar kali ni kena pakai baju formal. Sepanjang aku join kelas MBA ni, classmate pakai baju sempoi je tapi bila datang ke seminar sungguh jauh berbeza siap pakai coat lagi. Antara ramai-ramai classmate aku tu, ada sorang ni memang betul-betul menarik perhatian aku. Aku hampir-hampir jatuh hati kat dia. Auuw malu aku seh! .

Biarlah aku beri nama dia Mr. X. Mr. X ni kalau pergi kelas, memang serabai, rambut kusut masai dan pakai selipar je. Masa seminar tu, perrgghh handsome siuut!! Pakai baju kemeja, seluar slack, kasut kulit dan pakai tie. Cakap pulak..alahai soft spoken nya. Cair aku dibuatnya. Kalau dia solo lagi, aku nak je tackle dia. Hmm aku tak tau pulak Mr. X ni solo lagi atau tak sebab rata-rata classmate aku dah kahwin. Nak tanya?? Ish malu laaa...

Yeaah aku dah ada sumber inspirasi nak pergi kelas. Penting tu. Kalau dia ada, semangat sikit aku nak pergi kelas.

p/s: Jangan sampai aku ngigau Mr. X malam ni sudah..

2 comments:

  1. ceh!! sempat lagi lak tu! btw, kirim salam kat mr x ya, pastu eksen2 lah kau tanya dia dah kawin ke blum? *wink*wink*

    ReplyDelete
  2. aku malu laaa
    (dalam hati mau!!!)
    hahahaha

    ReplyDelete