Pages

Sunday, August 23, 2009

Bulan Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ni masuk hari kedua kita berpuasa. Setakat ni aku masih boleh bertahan lagi. Esok dah mula kerja selepas 4 hari bercuti. Sure liatlah nak masuk kerja balik nanti. Lebih-labih lagi nak menghadap muka boss aku. Eeeeiii tak sukanya. Sepanjang cuti ni bukannya ada buat apa-apa. Dok rumah je lah jawabnya.

Untuk bulan Ramadhan, aku masuk kerja pukul 7.30am sampai 4.30pm. Nama je balik awal tapi aku tak pasti lah dapat balik awal ke tak. Kalau dibuatnya boss nak meeting dan bebel berjam-jam, apa lagi aku boleh buat? Layan je lah.

Selalunya untuk juadah buka puasa, masak yang simple-simple je. Nak beli kat bazar ramadhan, nampak je makan yang sedap rasa nak beli je semua. Bila tiba buka puasa, banyak yang tak habis sebab tak larat nak habiskan. Akhirnya makanan tu terus dimasukkan dalam tong sampah. Sayang kan? Kawal nafsu tu dik oooooii!!

Semalam adik aku bawa bubur lambuk Kampung Baru yang sangat famous tu. Bila aku makan, taklah sedap mana. Rasanya kalau aku yang buat, sure lagi sedap. Cewaah! Agaknya tak kena dengan selera aku kot?

Bagi aku bila tiba bulan Ramadhan, kenalah berjimat cermat. Kalau nak beli juadah buka puasa, jangan nak beli semua je. Ikut kemampuan diri sendiri. Aku taulah masa tu tengah lapar, semua nampak sedap..semua nak beli.

Anyway, semoga bulan Ramadhan kali ini akan mendapat keberkatan.

p/s: bersederhana selalu..

1 comment:

  1. saya setuju.. bubur lambuk kg. baru bagi tekak saya biasa2 aje.. takkan beratur panjang2 nak amik bubur tu.. tak kena dgn selera saya juga kot :)

    ReplyDelete