Pages

Monday, August 31, 2009

Merdeka

Selamat hari merdeka yang ke 52!

Sambutan hari merdeka kali ini tak semeriah seperti tahun sebelum ini sempena menghormati bulan ramadhan yang mulia ini. Pada asalnya aku kena mengikuti perarakan merdeka (aku dipaksa ok) tapi last minit aku dapat tau yang opis aku tak perlu hantar wakil. Yeaah!

Sambutan hari merdeka kali ni dibuat di Dataran Parlimen. Sebelum ni konon nak buat kat Stadim Putra, Bukit Jalil. Lagipun dengan kes H1N1 yang berleluasa rasanya tak sesuai kalau nak buat tempat yang ramai orang. Sure lagi senang nak berjangkit H1N1 ni. Tak nak lah aku.

Kebetulan aku baru je habis exam MBA tadi. Komen aku? Hmmm aku jawab sebaik mungkin tapi antara 2 sabjek iaitu International Business dengan Leadership in Organization, aku lebih yakin jawab sabjek Leadership in Organization. Harap-harap aku dapat score!

Aku dapat tau yang classmate aku yang lain (bukan semua lah) main tiru. Eeiiiiii sabar je lah. Siap Mr. X pun main pass jawapan lagi tu. How dare you! Aku yang dok depan dok terkial-kial cari jawapan. Dia orang sedap sesuka hati bawa toyol! Tak aci!!!

Aku rasa mana yang ambil exam sure ada kes tiru-tiru ni. Bodohlah orang tu kalau kena cekup dek pengawas exam. Nak tiru pun, pandai-pandai lah kan?

Still aku tak puas hati...aku susah payah bersengkang mata dan stay up semata-mata dok ulangkaji. Sedangkan dia orang senang hati main tiru. Hasilnya masa dapat result exam, dia orang yang tiru selalu dapat markah tinggi. Aku ni?? Cuma dapat cukup makan je.

Biarlah...apa yang dapat aku simpulkan kat sini, berkat ke tak apa yang dia orang buat tu. 1 hari mereka akan dapat balasannya. Hmm.. pujuk hati sendiri sebenarnya. All the best kepada classmate aku. Sama-samalah kita tunggu result exam nanti.


p/s: tak boleh caya kat Mr. X ni..nak tiru pun share la sekali. hahahaha..

1 comment:

  1. yakin pada diri sendiri, takyah menipu ah makcik. Nanti kang dapat result yang baik tapi menipu then bangga kat diri sendiri, so what the point gantung ijazah hasil meniru? aku salute kau makcik, apa2 pun result yang penting hasil titik peluh sendiri kan. Chiayokk! chiayokk!! Merdeka! Merdeka!!

    ReplyDelete