Pages

Wednesday, August 12, 2009

Vacation plan

Sambung balik kepada promosi Airasia yang baru ni..aku dapat tau hari ni dah mula buka untuk penerbangan antarabangsa. Itulah...cepat sangat melatah. Aku ingat untuk domestik sahaja. Awal-awal lagi dah tarik muka masam bila tengok website promosi Airasia hari tu. Lain kali baca betul-betul. Mata kasi buka besar sikit.

Plan nak ke Jakarta & Bandung. Ini adalah plan yang sangat lama antara aku dengan kawan aku . Kita orang nak pergi berdua untuk SHOPPING!!!!!! Harga tiket aku tengok kat Airasia boleh dapat kurang daripada RM100 seorang KL-Jakarta-KL. Kalau tiket return KL-Bandung dalam RM113. Murahlah tu. Hal hotel dan transport, aku boleh uruskan. Cewaah macam travel agency pulak aku ni.

Plan kedua, kalau tak dapat ke sana mungkin aku nak ke Bali. Kenapa?? Aku dah terpengaruh dengan cerita kawan aku yang dah pernah ke sana. Tengok gambar dia kat sana, memang cantik.

Shopping tu tak sangat tapi kalau nak beli pun just nak beli cenderahati sahaja. Kalau nak shopping, kat mana-mana pun boleh even kat KL pun boleh kan? Untuk menikmati keindahan semulajadi bukannya selalu jumpa dan bukan semua tempat ada.

Aku dah check harga tiket return Bali dalam RM113++ sahaja. Murah kan?? Lepas tu Tune Hotel bakal dibuka kat Bali. Kebetulan ada promosi so kalau stay sana untuk 3 malam boleh dapat dalam RM30++ untuk katil single dan untuk katil queen dalam RM150++. Jumlah semua dalam RM200++ seorang. Tambah lagi dengan belanja makan, transport dan lain-lain..berapa la sangat.

Bukan selalu dapat peluang bercuti macam ni. Aku tak suka sangat kalau pergi bercuti dengan orang ramai. Banyak sangat kepala, banyaklah peelnya. At last apa yang kita nak tak dapat. Balik rumah...rasa tak puas hati je. Kita nak bercuti, nak happy..kasi tenangkan fikiran. Betul tak?

p/s: kedudukan kewangan ok tak??

No comments:

Post a Comment