Pages

Thursday, October 29, 2009

ANTM addicted

I am totally addicted to ANTM. Sekarang ni masuk musim ke 13. Istimewa musim kali ini adalah peserta yang mengambil bahagian adalah petite..ketinggian 5'7" ke bawah.

Setiap hari Khamis aku mesti check siapa yang akan keluar. Among my favourite would be Sundai, Nicole dan Jennifer. Harap dia orang akan masuk top 3. Cewaaah macam terer je.

Sundai

Jennifer


Nicole

Antara semua peserta, Sundai paling rendah. Cuma tinggi 5'3". Hehehe..lebih kurang tinggi aku je tapi dari bentuk fizikal memang out lah. Comel sangat lah akak ni.

Kat sini pun ada Model Search tapi setakat 2 musim je. Itu pun terus senyap..tak taulah nak sambung lagi atau tak.

p/s: berangan je

Tuesday, October 27, 2009

Kawan lama

Baru-baru ini aku menerima arahan untuk pergi ke Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia 2009: Media dan Budaya di Universiti Malaya selama 2 hari. Buat pertama kali aku drive sendiri ke sana. Kecut perut seh. Aku ni nampak je badan besar tapi sebenarnya pengecut. Muka nampak cool tapi hati berdebar-debar.

Serba sedikit mengenai persidangan ni, ia merangkumi hasil pembentangan dari pelbagai aspek termasuk isu di sebalik polemik media, dan konsep demokrasi dalam penulisan media.

Aku tak nak beri sebarang komen pasal persidangan ini. Sekadar teguran, urusan pentadbiran persidangan kurang memuaskan bermula daripada hal-hal pendaftaran, perjalanan pembentangan, makan minum dan semuanya. Harapnya kalau ada event lagi, urusetia dapat melakukan lebih baik pada masa akan datang.

Ok ok....cukup cerita pasal persidangan tu.

The good thing pada masa tu, aku jumpa balik kawan lama aku, Mohd Ya Latip. Agak lama aku tak jumpa Latip ni. Aku pun tak ingat bila kali terakhir jumpa dia. Rasa-rasa ada lebih 10 tahun tak jumpa. Serba sedikit pasal Latip ni, kami kenal melalui ruangan berkenalan di majalah Galaxie pada tahun 1995. Masa aku study kat ITM dulu.

Aku lah yang gatal letak nama kat majalah tu dan tak sangka dapat berkenalan dengan dia. Ramai juga yang hantar surat (masa tu emel belum lagi meluas pakai) kat aku tapi antara ramai tu, Latip yang paling rajin balas surat masa tu. Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang kita orang masih lagi keep in touch walaupun dah tak sekerap dulu.

Back to our story, aku sampai awal ke UM dan sambil-stambil lepak aku ternampak Latip. Aku memang boleh agak dia akan join persidangan ni sebab Latip kerja dengan Aswara. Sudah pasti mesti ada kena mengena dengan persidangan ini yang ada unsur media & budaya. Of courselah aku happy masa tu tapi aku tak nak over terus tegur dia. Malu akak ni. Rilek ok..biar Latip tegur aku dulu.

Bila tiba break pagi, Latip tegur aku. "Hai Mazuriah!" My respond? Sengaja buat terkejut tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu. Happy sangat!!!! So aku buatlah muka terkejut dan tegur dia balik. "Hai Latip!"

You should see my face. Plastik gila!!! Nampak sangat aku ni berlakon depan dia. Tak sempat nak bual lama sebab masa tu aku nak makan. Lapar siut. Mana nak sempat makan dah keluar rumah pukul 6.40am.

Next...part ni aku suka sangat.

Lepas lunch sementara nak tunggu speaker ready, Latip tegur aku.

Latip: kerja mana sekarang?

Aku: kerja kat ****. Sekarang ni kita 1 kementerian lah ya. Kerja kat Aswara kan?

Latip: mana awak tau saya kerja kat Aswara?

Aku: eh saya main teka je. betul kan? (cover..cover..malu beb. aku ada google nama dia sebelum ni sebab tulah aku tau dia kerja kat situ. nampak sangat aku ni stalker)

Latip: oh ya? oklah saya pergi dulu. bagilah kad nama awak tu.

Sebelum dia pergi kita orang sempat tukar kad nama. Happy sangat. Sepanjang hari aku dok senyum je. Best..best. Hehehe....

Sayang..Latip tak dapat datang on the next day sebab dia ada hal. It's ok with me. Dapat jumpa kejap pun jadilah. Buat lepas rindu.

Siapa sangka dapat jumpa balik kawan lama. Seronok dapat jumpa. Kawan aku pernah cakap, "kawan aku ada di mana-mana. mesti jumpalah". Kawan yang baik dengan aku memanglah seronok jumpa balik. Kalau kawan yang tuuuuuuuuuut (censored sebab ada unsur mencarut), buat apa jumpa. Buang masa je.

p/s: kawan sejati susah nak jumpa

Sunday, October 25, 2009

Happy birthday to me!!

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday dear Mazuriah
Happy birthday to you

Terpaksa nyanyi lagu birthday seorang sebab tak ada teman nak nyanyi sama-sama. Lagipun tak boleh nyanyi kuat-kuat takut jiran belakang rumah dengar. Aku ni kan pemalu orangnya. Hahaha..

Yeaaahhh hari ini aku cukuplah umur aku yang ke-35. Akak ni dah tak muda lagi dik ooooii. Kalau aku dah lama kahwin sure ramai anak aku ni. Apa nak buat aku masih solo and available (sempat lagi promote diri sendiri).

Belum jumpa lagi Mr. Right tapi Mr. X ada aku jumpa. Itu pun Mr. X dah ada yang punya. Sekadar minat dari jauh. Alahai sedih bunyinya. Itupun dapat jumpa masa kelas. Oh ya! Aku lupa nak bagitau. Semester kali ni aku tak dapat 1 group assignment dengan Mr. X. Sedihlah...aku dah berangan nak 1 group lagi dengan dia.

Rileks..

Jangan sedih-sedih lagi. Hari ni kan birthday aku. Kenalah happy. Sepanjang hari ni aku dok buat kek carrot je sampai aku naik mabuk bau kek. Habis 1 badan aku ni bau kek. Makcik aku awal-awal lagi dah order kek dengan aku. Itu pasal aku bekerja keras untuk siapkan kek tu.

Aku buat kek ni cuma suka-suka je. Belum ada niat nak buat serius. Lagipun kalau nak jual betul-betul, kena ada peralatan yang sesuai. Setakat ada oven kecil, berapa biji kek dapat buat.

So apa plan aku seterusnya? Mencari Mr. Right secepat mungkin. Hahaha..lawak je lah aku ni. Aku tak nak bagi sebarang komen hal-hal jodoh ni. InsyaAllah kalau ada jodoh, ada lah tu. Berusaha dan terus berusaha. Betul tak?

Anyway, aku selalu berdoa semoga segala urusan aku akan dimudahkan dan dimurahkan rezeki.

p/s: macam tak percaya umur aku 35 tahun

Saturday, October 24, 2009

Kain ku...baju mu

Ada kisah sedih aku nak kongsi dengan pembaca blog aku.

Pagi tadi aku call tailor aku sebab katanya baju aku siap hari ini. Aku dah siap berangan nak pakai esok sebab ada kenduri kahwin kawan aku dan pada masa yang sama nak sambut birthday aku.

Dipendekkan cerita, memang baju itu dah siap tapi tailor tu salah buat. Instead of dia nak buatkan baju aku, dia telah buatkan untuk adik aku.

Masa hantar kain memang aku pergi sekali dengan adik aku. Agaknya dia kompius masa dia nak tuliskan tempahan tu.

Rezeki adik aku dapat 2 pasang baju baru hari ini. Nak buat macamana kan?

Masa aku dapat tau yang tailor tu salah buat, aku rasa nak menangis je. Sedih sangat sebab kain tu kawan aku yang belikan kat Jakarta! Upah aku tolong jualkan kain kawan aku dulu.

Uwaaaa!!!! Frust sangat!!!! Aku sekadar dapat tengok sahaja baju yang adik aku pakai. Hmmm sabar je lah.

p/s: next year aku nak ke Bandung-Jakarta, aku nak beli kain banyak-banyak!!!

Updates on result exam MBA

Aku dah tau result exam Mr. X. Nak tau dia dapat apa? Of course lah lagi hebat daripada aku. Dia dapat 1A dan 1A-. So CGPA dalam 3.84. Pandai kan? Jauh sangat nak dibandingkan dengan result exam aku yang cuma 3.34 sahaja.


Rata-rata classmate aku result boleh tahan juga siap ada yang dapat straight A's. Perrggh 4Flat! Ada juga yang dapat result tak berapa ok. Sabar je lah ya. Ini baru result first semester masih ada banyak masa lagi nak cover.


Bagi aku, aku amat bersyukur dengan result exam aku. Semua paper pass. Tak perlu lagi nak repeat.


Cukuplah aku dok repeat paper masa diploma dengan degree dulu. Dulu bolehlah repeat paper sebab full time. Sekarang mana ada masa lagi nak repeat. Sibuk dengan kerja, study dan kawan-kawan dan keluarga.


Tadi masuk balik kelas, ada beberapa muka baru. Dengar cerita intake baru ni tak ramai orang so terpaksa join dengan intake aku. Oklah tu, dapat kawan baru. Welcome..welcome!


Setakat ni kelas tadi berjalan dengan lancar. Walaupun agak pening masa mula-mula, rasanya dah ok bila tau sikit-sikit. Siapa yang ada background manufacturing and operation, ada kelebihan kat situlah.

Esok kelas cancel so dapatlah aku nak celebrate birthday aku yang ke dot dot...hahaha akak dah tua dik oooii!! Tahun ni umur aku 35 tahun. Muda lagi! Perasan...kalau zaman dulu sure dah ramai anak aku ni.

p/s: happy..happy..dapat jumpa Mr. X

Wednesday, October 21, 2009

Hutang

Ramai orang yang approach aku untuk tolong masalah kewangan. Daripada suruh masuk networking cosway, amway dan banyak lagi, you name it. Aku siap pergi dengar ceramah dan bukan itu sahaja siap dia orang buat ceramah kat rumah aku tapi tak berjaya membuka hati aku untuk masuk.

Alasan?
Aku tak yakin dengan plan dan ditambah pula kedudukan kewangan aku yang belum stabil.


Tadi aku jumpa kawan aku yang aku kenal kat kedai Yummies (cuba check balik entry aku yang sebelum ini) memberi penerangan untuk tambah pendapatan. Menarik actually sebab cara nak join memang senang. Cuma aktifkan diri kat Facebook (aku rasa ramai yang ada Facebook ni) dan lepas tu wang akan masuk.


Hajat hati memang nak masuk tapi aku tak punya wang yang cukup! Gaji bulan ini pun just cukup-cukup untuk menampung sampai gaji bulan depan. Savings? Hmm ada sikit je tu pun banyak yang keluar daripada masuk.


Inilah masalah yang selalu aku hadapi bila dapat gaji. First thing yang aku selalu buat, aku akan siap-siap asingkan duit aku untuk bayar hutang (kereta, kad kredit, study dan lain-lain). Ada berapa sangat yang tinggal untuk aku belanja 1 bulan. Setakat lepas belanja makan dan jalan-jalan sikit.


Aku tak minta untuk hidup mewah tapi sekadar dapat hidup selesa, tu sudah cukup baik. Kalau dapat jadi menantu Sultan Brunei, itu lain ceritalah. Kalau aku dapat, tidur bertilamkan duitlah nampaknya. Hehehe...


Kebetulan aku jumpa kawan aku semalam. Dia pun dok bincang pasal wang. Memang benar kita perlu wang tapi wang bukanlah segala-galanya. Apa yang dapat aku katakan, rezeki ada di mana-mana. Terpulanglah kepada diri sendiri bagaimana untuk mencarinya.


Kepada kawan-kawan aku yang selalu komplen pasal duit tak cukup, sepatutnya kita patut bersyukur.


Target aku sekarang, aku nak free debts masa umur aku 40 tahun. So aku ada masa dalam 5 tahun untuk capai cita-cita aku. Lagi cepat, lagi bagus. Nak ikutkan memang banyak cita-cita aku sekarang tapi free debts adalah cita-cita utama aku!


Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud : ”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.


Betapa pentingnya agama menitikberatkan hal-hal hutang. Semoga segala urusan kita dimudahkan.


p/s: RM RM RM di mana

Result exam MBA

Rasa rindunya dah lama tak update blog. Nak kata aku sibuk sangat tu tak adalah sangat. Hari-hari dok ingatkan nak update blog tapi bila sampai rumah terus tidur. Letih sangat agaknya, aku pun baru je sembuh dari demam dan batuk. Penat balik dari Kuching tak hilang lagi. Hehehe..


Baru-baru ni aku ada check keputusan exam MBA. Alhamdulillah semua pass. Dapat 1A- dan 1B, CGPA dapat 3.34. Frust sikit sebab aku target A. Harap semester yang akan datang dapat result lagi bagus. Belajar MBA kali ini kena maintain CGPA 3.00. Kalau tak dapat nak maintain, susahlah jawabnya. Ingat lagi masa belajar dulu, nak dapat CGPA 3.00 memang susah! Agaknya aku banyak main. Padan muka!

Semester kali aku ambil sabjek Management Information System dengan Operations Technology Management. Hmm bunyi macam teknikal kan? Kelas dah start tapi aku tak dapat nak pergi hari tu sebab clash dengan trip ke Kuching. Next class pada hujung minggu ni. Rasa lama sangat aku tak masuk kelas. Sebenarnya rindu nak jumpa Mr. X. (malu sambil cover muka..auuww)

Macamana result exam dia orang lah agaknya. Sure gempak habislah. Aku dengar cerita batch sebelum ni ada yang dapat 4 flat! Rasa tercabar pulak. 

Result Mr. X? Aku akan berusaha untuk mendapatnya. So tunggu!!!!

p/s: looking forward this weekend...my birthday!

Friday, October 16, 2009

Trip to Kuching - third day

Serikin

Hari ketiga di Kuching ke Serikin. Entah macamana dalam last minit aku boleh dapat idea nak ke sana. Orang kata, alang-alang sampai ke Kuching, harus ke Serikin.

Bandar Serikin taklah besar mana tapi ia adalah syurga beli-belah. Serba sedikit pasal bandar Serikin, ia terletak sempadan antara Kalimantan dan Malaysia. Kalau nak shopping di Serikin, kena datang Sabtu dan Ahad. Hari lain tak dibuka untuk menjual. Rata-rata yang menjual di Serikin daripada orang Indonesia.
Kalau kat sini, lebih kurang macam ala ala Bukit Kayu Hitam di Kedah. Banyak gerai yang jual macam-macam. Sebut je apa nak, semua ada kain telekung, tikar, mangkuk kristal, langsir dan banyak lagi! Cuma sediakan wang yang secukupnya untuk membeli.



Ke Serikin, aku ambil pakej 1 hari dengan bayaran RM250 termasuk kereta, driver dan minyak. Terima kasih kepada Lina yang sudi menjadi guide kami sepanjang hari dan sabar melayan kerenah kami. Trip ke Serikin bertolak pukul 8.30 pagi dari hotel dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 10.30 pagi. Awal-awal lagi dah pesan, makan banyak-banyak sebab nak kena jalan jauh! Apa lagi, aku kasi bantai makanlah.



Bila sampai Serikin, tak plan pun nak beli apa-apa sebab tak ada apa yang menarik perhatian aku. Dahlah pergi lepas raya, so temptation nak beli tu tak ada sangat sebab duit habis masa raya. Habis 1 round aku jalan tapi jalan dok lenggang kangkung lagi. Kalau ada beli pun cuma beli buah salak, udang kering dan ole-ole sikit balik opis.

Adik aku lah bagi idea, takkanlah tak beli apa-apa. Dahlah pergi jauh-jauh dan bayar mahal. Rasa rugi pulak tak beli. Ok ok...alang-alang kan?? Betul juga tu. Hmm beli apa ya? Terus aku nampak ramai orang jual tikar kat depan jalan masuk. Pakat dengan adik ipar beli tikar sama-sama.

Hasil tangkapan kami? Dapat 2 tikar saiz 7'x8' dengan harga RM200. Aku kira oklah tu. Itu dah habis aku tawar dengan cakap Sarawak celup. Bila dengar balik, aku ni cakap apa? Cakap Sarawak ke Siam? Bantailah labu! Malas nak beli yang besar sangat sebab takut tak muat nak letak kat rumah dan ditambah pula corak yang saiz besar tu tak berapa menarik perhatian aku.



Kilang pasu dan lada hitam



Lepas makan tengahari (aku tak ingat apa nama tempat tu), Lina bawa ke kilang pasu. Belilah 2-3 pasu termasuklah kawan aku pesan 1 pasu. Orang kedai tu dah biasa agaknya sebab siap bungkus dalam kotak masuk dalam kargo. Confirm tak pecah. Singgah kejap kat kedai lada hitam. Belilah sikit lada hitam dan lada putih. Aku ada nampak dalam kedai ada jual kacang ma yang selalu kawan aku, Lilly ceritakan kat aku dalam blog dia. Tak berani nak cuba...so aku tak belilah.

Kedai kek lapis Dayang Salhah



Aku dah lama survey pasal kek lapis Dayang Salhah ni. Makcik aku cakap, yang membuatkan kek lapis Dayang Salhah ni masyhur bukan sahaja rasanya sedap tapi marketing strategy yang bagus. Marketing strategy yang dipakai ialah, harga jualan kek lapis tidak mahal. Kalau mahal, siapa nak beli? Bayangkan 1 kek lapis besar tu, dipotong kecil buatkan pelanggan mudah untuk beli. Bila dah harga murah, banyak lagi pilihan yang boleh dibeli. Penting tu!

Sebelum nak buat keputusan nak beli kek lapis apa, ada sample kat ruang tamu. Makanlah sepuas hati..nak makan sample sahaja pun boleh. Manalah nak tahu kek mana yang sedap dan pilihan hati. Kan sayang je..bila kita dah beli tapi rasa tak kena selera. Betul tak?


Peringatan aku bukan nak ambil kesempatan nak promosi kek lapis Dayang Salhah tau.


Kedai depan Waterfront



Untuk beli ole-ole dibawa pulang, deretan kedai depan Waterfront memang banyak pilihan. Pilih apa sahaja yang berkenan di hati. Malas nak jalan jauh kita orang stop kat 1 kedai ni. Layanan diberi oleh tuan kedai tu memang first class. Pilih punya pilih..tak sedar kena bayar sampai RM490! Amik kau!

Aku dapat bayangkan sure senyum lebar sampai telinga tuan kedai tu bila dapat customer macam kita orang ni. Hehehehe..masyyuukkkk!!!!


Kampung Boyan


Kampung Boyan terletak di seberang Sungai Sarawak. Untuk sampai ke sana sama ada naik kereta atau bot tambang. Kalau nak naik kereta, jalan jauh tapi kalau naik bot tambang senang je. Tambang naik bot tambang cuma RM1 seorang. Kalau naik bot tambang sebelah siang cuma bayar 60 sen seorang.




Masa naik bot tambang, rasa diri aku ni macam giant! Apa taknya aku masuk sahaja, tenggelam dan habis goyang 1 bot! Kasihan pakcik yang bawa bot tu terpaksa tahan bot untuk mudahkan aku naik. Ampun ya!

Senyum tapi dalam hati takut


Kat Kampung Boyan ada jual macam-macam especially masakan laut. Aku tak larat nak makan sebab letih sangat berjalan seharian. Pikir nak tidur je. Hehehe..

Habis makan, aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan tidur!

Esoknya dah ready nak balik. Rasa kejap sangat kat Kuching.


p/s: I love Kuching..meeooww!

Wednesday, October 14, 2009

Trip to Kuching-second day

Minta maaf sebab lambat nak update blog. Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini sampaikan aku tak sempat nak update blog. Untuk tidak menghampakan harapan pembaca, aku nak teruskan cerita perjalanan ke Kuching baru-baru ni.

Semenggoh (pusat hidupan liar)

Hari kedua di Kuching mulakan dengan aktiviti ke Semenggoh. Tak plan nak ke san asalnya tapi makcik aku yang cadangkan ke sana. Kalau nak tengok orang utan secara live, boleh ke sana. Nasib baik hotel yang kita stay tu ada uruskan shuttle ke sana. Dia ambil RM35 seorang termasuk trip ke sana pergi balik dan tiket masuk.

Orang utan kat Semenggoh boleh dikategorikan separauh liar. Kebanyakan orang utan memang lahir kat Semenggoh. Kalau kita nak tengok orang utan, renjer yang bertugas beritahu supaya kita jangan terlalu dekat sebab mereka ini boleh serang manusia. Bahaya..ada banyak kes yang berlaku sampai mengakibatkan kecederaan teruk. Nak tengok pun, tak boleh bising-bising. Kalau nak cakap, kena cakap bisik-bisik.

Depan pintu masuk Semenggoh.

Posing lagi..

Nampak tak orang utan tengah gayut?

Close up orang utan.
Senarai orang utan yang ada kat Semenggoh. Tengok betul-betul ada yang lebih tua daripada aku.


Makan tengahari di Restoran Ayam Penyet
Tak jauh daripada hotel, ada kedai makan yang yang masyhur dengan nasi ayam penyet. Asal nasi ayam penyet adalah daripada Indonesia. Aku pernah cuba makan nasi ayam penyet kat Cyberjaya tapi kat Kuching lagi sedap. Lebih-lebih lagi ada orang belanja makan. Hehehe...

Muka kenyang. Peace!

Terima kasih En. Azhar. Belanja kami. Moga dimurahkan rezeki!

Ambil gambar ramai-ramai depan lobi hotel.
Kampung Budaya Sarawak
Lepas makan tengahari dengan En. Azhar, kita orang bergegas untuk trip ke Kampung Budaya Sarawak. Terletak jauh sikit dari bandar Kuching. Ambil masa dekat 1 jam perjalanan dari hotel ke Kampung Budaya. Tambang ke Kampung Budaya cuma RM75 termasuk tiket masuk.
Apa yang best kat sini, ditunjukkan kediaman suku kaum yang ada di Sarawak. Memang banyak tapi tak sempat nak explore semua sebab masa tak mengizinkan. Bayangkan kita orang sampai pukul 3 petang dan Kampung Budaya tutup pukul 4.45. Pukul 4 ada persembahan tarian dan pukul 5.15 dah nak balik.
Lalu jambatan gantung. Pengalaman sangat ngeri!

Posing depan Rumah Bidayuh.

Posing dengan makcik buat pua kumbu. Lebih kurang kalau kat sini macam nak buat songket. Nak siapkan 1 pasang kain pua kumbu ambil masa berbulan-bulan.
Buai laju-laju..apasal tak gerak ni???
Say cheese!!!

Alamak seksinya mamat sebelah aku ni. Perut kontrol bang...
Adik ipar aku cuba menyumpit. Susah wooo!!

Persembahan tarian yang ditunggu. Aku lupa nama tarian tu tapi mamat tu angkat lesung pakai gigi, hebat kan?

Yeaah..get ready nak angkat.

Berjaya angkat! Kalau aku yang angkat, mahu cabut gigi dibuatnya.

Acara terakhir..menari sama-sama dengan penari Kampung Budaya. Nampak tak Sara menari?

Menari dengan makcik dari Australia.

Sempat berkenalan dengan makcik Australia. Jumpa sama-sama naik 1 van ke Semenggoh dan jumpa balik kat Kampung Budaya Sarawak.
Burung apa ni?
Ambil gambar ramai-ramai depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak.

Makan malam di Top Spot
Penat berjalan seharian, makan malam di Top Spot. Kalau dari hotel cuma jalan kaki lebih kurang 10-15 minit sahaja untuk sampai. Ramai yang cakap kat sini memang terkenal dengan masakan laut. So ingat nak cubalah makan and my prediction is ok. Aku boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Cuma ada sikit masinlah. Agaknya tukang masak tu nak kahwin. Inilah makanan yang kami makan pada malam tu. Perrghh kenyang aku dibuatnya!
Sayur campur
Udang goreng tepung


Udang galah masak sweet sour

Ketam masak cili
Aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan tidur! Hehehe..rasa macam ular. Hari seterusnya trip ke Serikin. Tunggu sambungan kisah aku ke sana.
p/s: makan je..best best :)

Wednesday, October 7, 2009

Trip to Kuching-first day

Ini adalah trip kedua ke Kuching. Kali pertama aku ke sana pada tahun 2004. Selepas 5 tahun berlalu, ada banyak perbezaan berlaku. Apa yang boleh aku katakan, bandar Kuching semakin lawa.
Bersama-sama Sara mercu tanda bandar Kuching...apa lagi kalau bukan kucing..meow!!
Tak banyak aktiviti dilakukan pada hari pertama sampai. Sekadar jalan-jalan depan Waterfront dan makan petang kat kedai Moly's place. Sempat makan laksa sarawak lagi tu. Sedap! Aku pun dah lama tak makan laksa sarawak. Bezanya antara laksa lain yang pernah aku rasa, sekali makan macam kari. Kalau ada kesempatan, cubalah rasa.
Di Kuching aku stay kat Hotel Holiday Inn atau nama barunya ialah Hotel Margarita. Aku tak pasti bila pula namanya ditukar. Nanti aku check balik ya! The good part stay kat hotel ni, memang dekat nak cari makan, nak cari ole-ole dan macam-macam lagi. So aku cadangkan stay kat hotel ni. (sempat lagi buat promosi, hehehe)
Part yang tak berapa best, masa aku sampai sana, hotel ni tengah renovation. Kawasan lobi agak sempit dan kelam kabut sikit. Dengar cerita renovation akan siap sepenuhnya pada tahun depan. Sure gempaklah nanti!

Sebelah malam pula, jumpa makcik aku yang stay kat Kuching. Memang rezeki aku, makcik aku belanja makan. Waahh!! Apa lagi..makan la sepuas-puasnya. Dahlah lapar, makan sedap pulak tu. Sorry aku tak sempat nak ambil gambar, lupa nak bawa kamera sekali.
Selesai makan, makcik aku pusing-pusing bandar Kuching. Puas jalan, balik hotel..apa lagi tidurlah!
p/s: sambung lagi untuk hari kedua

Monday, October 5, 2009

I'm back!

Semalam baru balik dari Kuching. Aku akan update trip ke kuching secepat mungkin. What else I can say? The trip was great!!!!


Rasa berbaloi tunggu 1 tahun untuk pergi. Sempat lagi aku sambar tikar Sarawak dan kek lapis yang masyhur itu. Bila masuk opis, sudah kering kontang. So nasihat aku, jangan lupa sediakan keperluan kewangan bila masuk opis semula. Lunch hari ini aku makan buah rambutan (kawan bawa) dan kuih raya. Padan muka!


Kepada Hj. Salleh dan Lina yang uruskan trip aku kat Kuching, aku ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak. Buat susah-susah je balutkan tikar aku tu. Oh ya..tikar Sarawak yang aku beli dah siap letak kat ruang tamu. Hehehe..


p/s: makan kat Kuching sangat best!