Pages

Friday, October 16, 2009

Trip to Kuching - third day

Serikin

Hari ketiga di Kuching ke Serikin. Entah macamana dalam last minit aku boleh dapat idea nak ke sana. Orang kata, alang-alang sampai ke Kuching, harus ke Serikin.

Bandar Serikin taklah besar mana tapi ia adalah syurga beli-belah. Serba sedikit pasal bandar Serikin, ia terletak sempadan antara Kalimantan dan Malaysia. Kalau nak shopping di Serikin, kena datang Sabtu dan Ahad. Hari lain tak dibuka untuk menjual. Rata-rata yang menjual di Serikin daripada orang Indonesia.
Kalau kat sini, lebih kurang macam ala ala Bukit Kayu Hitam di Kedah. Banyak gerai yang jual macam-macam. Sebut je apa nak, semua ada kain telekung, tikar, mangkuk kristal, langsir dan banyak lagi! Cuma sediakan wang yang secukupnya untuk membeli.



Ke Serikin, aku ambil pakej 1 hari dengan bayaran RM250 termasuk kereta, driver dan minyak. Terima kasih kepada Lina yang sudi menjadi guide kami sepanjang hari dan sabar melayan kerenah kami. Trip ke Serikin bertolak pukul 8.30 pagi dari hotel dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 10.30 pagi. Awal-awal lagi dah pesan, makan banyak-banyak sebab nak kena jalan jauh! Apa lagi, aku kasi bantai makanlah.



Bila sampai Serikin, tak plan pun nak beli apa-apa sebab tak ada apa yang menarik perhatian aku. Dahlah pergi lepas raya, so temptation nak beli tu tak ada sangat sebab duit habis masa raya. Habis 1 round aku jalan tapi jalan dok lenggang kangkung lagi. Kalau ada beli pun cuma beli buah salak, udang kering dan ole-ole sikit balik opis.

Adik aku lah bagi idea, takkanlah tak beli apa-apa. Dahlah pergi jauh-jauh dan bayar mahal. Rasa rugi pulak tak beli. Ok ok...alang-alang kan?? Betul juga tu. Hmm beli apa ya? Terus aku nampak ramai orang jual tikar kat depan jalan masuk. Pakat dengan adik ipar beli tikar sama-sama.

Hasil tangkapan kami? Dapat 2 tikar saiz 7'x8' dengan harga RM200. Aku kira oklah tu. Itu dah habis aku tawar dengan cakap Sarawak celup. Bila dengar balik, aku ni cakap apa? Cakap Sarawak ke Siam? Bantailah labu! Malas nak beli yang besar sangat sebab takut tak muat nak letak kat rumah dan ditambah pula corak yang saiz besar tu tak berapa menarik perhatian aku.



Kilang pasu dan lada hitam



Lepas makan tengahari (aku tak ingat apa nama tempat tu), Lina bawa ke kilang pasu. Belilah 2-3 pasu termasuklah kawan aku pesan 1 pasu. Orang kedai tu dah biasa agaknya sebab siap bungkus dalam kotak masuk dalam kargo. Confirm tak pecah. Singgah kejap kat kedai lada hitam. Belilah sikit lada hitam dan lada putih. Aku ada nampak dalam kedai ada jual kacang ma yang selalu kawan aku, Lilly ceritakan kat aku dalam blog dia. Tak berani nak cuba...so aku tak belilah.

Kedai kek lapis Dayang Salhah



Aku dah lama survey pasal kek lapis Dayang Salhah ni. Makcik aku cakap, yang membuatkan kek lapis Dayang Salhah ni masyhur bukan sahaja rasanya sedap tapi marketing strategy yang bagus. Marketing strategy yang dipakai ialah, harga jualan kek lapis tidak mahal. Kalau mahal, siapa nak beli? Bayangkan 1 kek lapis besar tu, dipotong kecil buatkan pelanggan mudah untuk beli. Bila dah harga murah, banyak lagi pilihan yang boleh dibeli. Penting tu!

Sebelum nak buat keputusan nak beli kek lapis apa, ada sample kat ruang tamu. Makanlah sepuas hati..nak makan sample sahaja pun boleh. Manalah nak tahu kek mana yang sedap dan pilihan hati. Kan sayang je..bila kita dah beli tapi rasa tak kena selera. Betul tak?


Peringatan aku bukan nak ambil kesempatan nak promosi kek lapis Dayang Salhah tau.


Kedai depan Waterfront



Untuk beli ole-ole dibawa pulang, deretan kedai depan Waterfront memang banyak pilihan. Pilih apa sahaja yang berkenan di hati. Malas nak jalan jauh kita orang stop kat 1 kedai ni. Layanan diberi oleh tuan kedai tu memang first class. Pilih punya pilih..tak sedar kena bayar sampai RM490! Amik kau!

Aku dapat bayangkan sure senyum lebar sampai telinga tuan kedai tu bila dapat customer macam kita orang ni. Hehehehe..masyyuukkkk!!!!


Kampung Boyan


Kampung Boyan terletak di seberang Sungai Sarawak. Untuk sampai ke sana sama ada naik kereta atau bot tambang. Kalau nak naik kereta, jalan jauh tapi kalau naik bot tambang senang je. Tambang naik bot tambang cuma RM1 seorang. Kalau naik bot tambang sebelah siang cuma bayar 60 sen seorang.




Masa naik bot tambang, rasa diri aku ni macam giant! Apa taknya aku masuk sahaja, tenggelam dan habis goyang 1 bot! Kasihan pakcik yang bawa bot tu terpaksa tahan bot untuk mudahkan aku naik. Ampun ya!

Senyum tapi dalam hati takut


Kat Kampung Boyan ada jual macam-macam especially masakan laut. Aku tak larat nak makan sebab letih sangat berjalan seharian. Pikir nak tidur je. Hehehe..

Habis makan, aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan tidur!

Esoknya dah ready nak balik. Rasa kejap sangat kat Kuching.


p/s: I love Kuching..meeooww!

No comments:

Post a Comment