Pages

Sunday, January 17, 2010

Abang Long


Sejak dua menjak ni aku dok baca blog persiapan nak kahwin. Hah!!?? Aku nak kahwin? Eh tak..jangan nak buat gossip ok. Harap maklum, calon Abang Long belum ada lagi tapi sekarang aku dalam proses mencari. Ramai pula kawan aku nak kahwin tahun ini, serba sikit aku kena tempias sikit. Dia orang sibuk buat persiapan, aku pula yang teruja. Hahaha...over lah aku ni.

Untuk mencari Abang Long ingat senang? Cewaaah macamlah aku ni artis kan? Dari bentuk fizikal, kalau boleh aku nak cari lelaki yang lebih tinggi daripada aku. Ya aku sedar aku kureng tinggi, tinggi aku cuma 5'2" sahaja. Aku suka sangat lelaki yang botak. They are so damn sexy! Cuba tengok Sean Connery, Redzuan Hashim dan artis yang seangkatan dengannya, seksi gila ok.

Cerita pasal tarikh kahwin, ramai dah book 10-10-10. Kiranya itu tarikh cantiklah. Aku? Mungkin nak ambil 11-11-11. Hahaha..aku memang poyo tahap gaban peringkat maha dewa sakti (apa punya ayat aku ambil ni?). Sebenarnya ada cerita di sebalik nombor tu. Hari tu, aku borak-borak dengan kawan opis pasal tarikh kahwin.

kawan: ramai betul orang dah ambil tarikh 10-10-10 ni.

aku: ye la.

kawan: apa kata kalau akak nak kahwin, ambil 11-11-11. rasanya tarikh tu belum ada ambil lagi.

aku: betul tu. sempat lagi kalau nak ambil tarikh tu.

kawan: saya dah check tarikh tu. 11-11-11 tu hari jumaat. hari jumaat tu buat acara nikah. kenduri hari esok.

aku: ok juga tu tapi calon tak ada!!!

Plan cantik punya. Tarikh nikah pun dah ok. Yang tinggal sekarang calon Abang Long. Rasanya boleh tak kalau aku declare Master Plan Abang Long 11-11-11?? Macam desperate je aku ni. Sebelum ni, aku tak pernah mengalami perasaan macam ni. Apasal ni? Ya aku tau hal nikah kahwin bukan hal main-main. Disebabkan ramai kawan dan sepupu aku dah kahwin, aku pun terasa nak ikut? Kalau zaman dulu bolehlah mak ayah aturkan perkahwinan anak mereka. Sekarang mana ada orang buat macam tu lagi. Kalau ada pun jarang sangat berlaku.

Doakan aku semoga ditemukan jodoh. Mr. X dan yang lain-lain hanyalah sumber inspirasi sahaja. Bukannya betul-betul pun. Itu sekadar penghias dan penyeri kehidupan aku. Kalau tak ada semua itu, tak cerialah. Hidup kena enjoy!

p/s: kena mandi bunga kot?

No comments:

Post a Comment