Pages

Tuesday, January 19, 2010

Memburu beg part 2

Operasi memburu beg bermula tadi lepas balik dari opis. Aku terus ke Parkson Alamanda dengan tujuan nak survey beg. Sebelum aku ke sana, aku dah dapat maklumat yang kat Parkson tengah sale sempena CNY. Harga dan design beg kat Pakson pun boleh tahan dan paling penting within my budget.

Thanks sis!

Sampai kat Parkson, aku dok pusing-pusing kat tempat beg. Hati dah berkenan kat beberapa beg. Harga? Boleh lah tahan. Tahan je hati ni bila tengok. Nak buat macamana gaji tak masuk lagi. Aku dah tekad kalau boleh tak nak gores dan menang (swipe kad kredit). Staff  yang jaga beg pun memang layan aku dengan baik. Apa yang aku tanya semua dia layan.

Kalau tak kuat iman, aku nak je beli terus tadi. Lepas tu baru aku teringat ada 1 kedai lagi jual beg yang kebetulan tengah sale. Ingat nak ke sana kejap sambil-sambil tu boleh bandingkan harga. Bila tengok staff tu layan aku dengan baik, tak sampai hati aku nak blah macam tu je. Hanya ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.


Bila aku sampai kedai beg tu, aku tengok tak ada siapa pun nak layan aku. Nak kata ramai orang, aku seorang je yang ada masa tu. Hello!!! Tak ada siapa nampak aku ke? Aku kompius..takkan lah aku yang badan besar ni dia orang tak nampak. Dah 2 kali aku pusing kat kedai tu tapi tak ada siapa nak layan aku. Kenapa?? Kau ingat aku tak mampu nak beli ke?

Aku cukup pantang kalau tak ada siapa nak layan aku kalau aku masuk kedai. Kalau lah dia orang boleh layan aku dengan baik, mana tau aku boleh beli masa tu juga. Daripada tak plan nak beli beg, boleh tukar fikiran nak beli. Mana lah tau aku boleh recommend kat kawan-kawan suruh pergi kedai tu beli beg. Sayang betul..kan dah rugi seorang potential customer yang sangat berharga. Eiiii geram betul aku.


Muka geram aku...grrrrrrrr

Ya aku tau..aku ke sana sekadar nak survey beg tapi kalau ada customer masuk, kena layan. Jangan dibiarkan macam tu. Betul tak?

Sorry beb. Jangan harap aku nak masuk kedai tu lagi. Walaupun kedai tu boleh jual beg dengan harga lebih murah tapi layanan tak ada, tak kuasa aku nak beli kat situ ok. Biarlah harga mahal tapi layan baik..aku tak kisah. Kalau dapat orang macam aku, aku akan pasti ke sana lagi. Percayalah. Once kau dah buat hal dengan aku, aku akan banned sampai bila-bila.

p/s: hati keras

No comments:

Post a Comment