Pages

Saturday, February 27, 2010

Adegan menarik

Bila tengok balik gambar lama-lama, banyak juga gambar yang boleh mencuit hati. 

Kali ini aku nak kongsi sama-sama koleksi gambar buat tatapan semua. 

Happy viewing!






p/s: gambar membawa pelbagai kenangan

Selamat pengantin baru

Ada jemputan kenduri kahwin Wani di Shah Alam hari ini. Tahniah! Selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga berkekalan buat selama-lamanya. 

Warna baju pengantin sangat sweet..putih dan pink. I like! Kebetulan aku pakai baju ala ala pink..macam plan pula. Hehehe..


Senyum!!


Selamat pengantin baru Wani dan Firdaus

Kek kahwin pun warna pink. 


Bersama-sama pengapit pengantin. Konon nak ambil berkat lah tu. 

Minggu depan dah mula cuti sekolah. Sudah pasti lagi banyak jemputan kenduri kahwin nanti. Turn aku? Hmmm tak tau lagi. Insya-Allah kalau ada jodoh, tak ke mana. Betul tak?

p/s: mencari abang long

Friday, February 26, 2010

Reunion Party

Baiklah kawan-kawan, aku ingin beritahu projek yang aku uruskan sekarang. Aku dalam proses menjejak kasih kawan-kawan DIIA ITM Shah Alam, 1993-1995. Setakat ini dah 8 orang memberi jawapan positif untuk join reunion party. That is a good sign so far! 

Serba sedikit mengenai reunion party yang aku uruskan:

Tarikh: 28 Mac 2010

Tempat: Pizza Hut, Maju Junction, Kuala Lumpur

Masa: 3.30pm-5.30pm

Kepada kawan-kawan DIIA yang ada baca blog ini, aku harap dapat turut serta  untuk menghadiri reunion party. Selepas grad, mana jumpa dah. Kalau jumpa pun, bukan dapat jumpa semua. 

Aku berharap sangat dapat jumpa balik kawan lama. Boleh tanya khabar, gossip-gossip dan sudah pasti aktiviti makan-makan! Hehehe..

p/s: ada cerita sensasi tak nanti?

Tuesday, February 23, 2010

Kawan-kawan ITM

Tiba-tiba sahaja aku teringat kat kawan lama masa study kat ITM. Apa khabar dia orang ya? Aku dapat rasakan kawan-kawan ITM adalah paling rapat antara semua yang pernah aku study dulu. Mungkin sebabnya kebanyakan daripada kami sama-sama 1 kelas daripada semester 1 sampai habis.

Kali ini aku nak kongsi sama-sama gambar kenangan masa study DIIA di ITM  Shah Alam, Selangor pada tahun 1993-1995. Gambar sumbangan daripada Bobo. Thanks Bobo.

Gambar diambil bila dapat tau lecturer tak dapat datang. Lepas ambil gambar, semua terus balik.

Ambil gambar classmate selepas habis kelas.

Nak pergi dinner. Tengah tunggu bas. Nampak tak? Semua pakai lipstik merah gila!

Tengok persembahan kokurikulum kat KSSR.

p/s: rindu laa...

Projek baru

Aku ada projek baru nak buat dan baru sahaja berputik minggu lepas . Tak plan pun sebenarnya tapi aku yakin hasilnya memang bagus.

Nak tau apa dia projek tu? Kena tunggu dulu. Biar kasi confirm dulu. 

Kalau beritahu sekarang dan dibuatnya projek tu tak jadi, tak bestlah. 

p/s: surprise!

Monday, February 22, 2010

Pengalaman yang memalukan

Apa pengalaman yang paling memalukan dalam hidup korang? Aku ada banyak tapi peristiwa yang aku nak kongsi ini baru je berlaku dalam beberapa minggu yang lalu. Aduh malunya sambil cover muka kejap. 

Baru-baru ini aku jalan-jalan kat Kompleks PKNS, tiba-tiba nak buang air kecil. Terus aku cari toilet yang berhampiran. Bila sampai toilet, fullhouse pula. Terpaksalah aku tunggu giliran. Makin lama aku tunggu, makin tak tahan aku dibuatnya nak buang air kecil. 

Dalam hati sempat lagi aku menyumpah-nyumpah, "wooi! cepatlah. berak batu ke?" 

Bila sampai giliran aku, aku memang dah tak tahan lagi. Memang dah habis hujung beb. Tak sempat nak buat apa-apa, aku sedar seluar aku dah basah. Selamat..aku dah buang hajat. 

Alamak!! Ada masalah lain yang timbul. Macamana aku nak keluar daripada toilet ni? Sure ramai orang tengok aku nanti dengan keadaan seluar aku dah basah kuyup. Hmm belasah je lah. Benda dah jadi. Takkan aku nak keluar tak pakai seluar. Lagi teruk! Habis kecoh 1 Bangi nanti. Hahaha..

Aku pun cepat-cepat keluar daripada toilet dan terus jalan ke arah parking kereta. Nasib baik dalam kereta ada plastik bolehlah cover kerusi. 

Sepanjang aku jalan menghala ke kereta, aku dapat rasakan semua orang dok pandang kat aku lebih-lebih lagi seluar aku yang basah kuyup.

p/s: malu seh!

Sunday, February 21, 2010

Corporate Finance

Mula-mula aku nak minta maaf banyak-banyak sebab aku lambat nak update blog kali ini. Banyak kerja nak kena buat di opis dan ditambah pula dengan kelas MBA baru sahaja bermula. 

Semalam dah mula kelas Corporate Finance. Dah tau dari awal sabjek ini susah, suka hati sahaja masuk lambat. Sabjek ini banyak betul pengiraan!! Kena tumpukan perhatian sepenuhnya. Nak kena tau pakai formula mana. Memang dalam final exam nanti akan diberi formula tapi kalau tak tau nak gunakan, susah beb.  

Dulu masa ITM pernah belajar sabjek Finance tapi result sekadar cukup makan sahaja. Hehehe..Otak dah berkarat bila nak ingat balik semula sabjek ini. Masa buat latihan, kena tengok betul-betul baru boleh faham. Dahlah pakai scientific calculator..memang terkial-kial nak tekan yang mana satu. 

Nak tau result Mr. X? Dia masih maintain result 3.83. Pandainya mamat ni. Jealous tau! Macamana dia study ya? Aku bertekad, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk naikkan result semester kali ini. So, kenalah study betul-betul..jangan dok study last minit. Betul tak?

p/s: masih berasap kepala aku ni

Tuesday, February 16, 2010

Hot sunny day!


Semenjak dua menjak asyik panas sahaja. Dengar cerita dijangkakan akan berlarutan panas sampai bulan Mac. Rasa nak pasang aircond satu rumah tapi bajet tak ada pula. Hehehe..


Bila nak hujan ni? Kalau hujan, aktiviti yang paling best adalah tidur! Dengar bunyi hujan jatuh kat atap rumah boleh buat aku leka dan terus tidur. Krruuh!!!

Nak tidur petang-petang pun, tak best. Panas sangat!! 1 hari dah berapa kali aku mandi je. Sambil aku taip blog, pasang kipas kuat-kuat kat sebelah. Kalau tak pasang, mahu basah 1 badan berpeluh dibuatnya. 

p/s: jemur kain kejap dah kering

Saturday, February 13, 2010

Nobody but you

Kuat betul penangan lagu Nobody but you daripada kumpulan Wonder Girls. Kalau siapa yang rajin search kat youtube, ramai betul cuba nak ikut Wonder Girls ni. Mari kita sama-sama tengok.





Ini yang tarian asal daripada Wonder Girls.





Orang lelaki pun ada yang minat juga. Jangan tak tau..





Bab intro buat aku tak tahan tu. Dahsyat adik ni..

p/s: tak pandai aku nak tiru Wonder Girls

Potong rambut

Semalam potong rambut pendek setelah 2 tahun aku simpan rambut. Plan asal nak simpan lama-lama tapi aku tewas. Semenjak dua menjak ni cuaca panas sangat sampai ke malam. Tak tahan aku nak layan rambut panjang ini.

Kebetulan aku lalu depan kedai potong rambut, terus aku buat keputusan untuk potong rambut. Masa kakak tu potong rambut, aku memang tak ada perasaan langsung. Rasa cepatlah kasi rambut pendek. Kalau boleh nak je buat botak. Hahaha..

Botak macam hero Prison Break..he is so handsome!!!

Rasa ringan kepala aku ni bila rambut dah pendek. Tak payah pening kepala bersusah payah cari getah nak ikat rambut. Guess what? Aku nampak muda pula bila dah rambut pendek! Jangan jeles. Bagilah chance akak nak puji diri sendiri ya.

p/s: masa sekolah dulu selalu potong rambut ala ala kobis

Friday, February 12, 2010

Layan wayang

Bila kucing tak ada tikus lari bertempiaran.

Boss aku cuti hari ini. Bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ini.  Kebetulan hari ini hari Jumaat dan lunch hour panjang, mulalah datang idea nak buat sesuatu.

Ada kawan cadang tengok wayang. Memang sesuai sangat sebab aku pun dah lama tak tengok wayang. Tak salah aku, kali terakhir tengok wayang tajuk Wanted lakonan Angelina Jolie. Hmm lama sangat dah tu.

Mula-mula tak tahu nak tengok cerita apa. Lastly semua bersetuju untuk tengok cerita:

PERCY JACKSON AND THE LIGHTNING THIEF


Ini antara adegan menarik dalam cerita tersebut.


Komen aku? Memang best. Rasa nak tengok lagi. Sesiapa yang suka tengok cerita action dan dewa-dewa, cerita ini amat sesuai. Apa lagi yang boleh aku tambah? Kalau sesiapa tahu cerita mitos dewa-dewi zaman Greek, itu adalah 1 kelebihan sebab setiap dewa yang ditunjukkan ada diceritakan kelebihan dan   kekurangan tersendiri.

Tak boleh nak cerita lebih-lebih. Nanti hilang rasa "kick". Apa yang boleh aku katakan, tak rugi tengok cerita ini. Nak tengok ringakasan cerita, boleh klik kat sini.

p/s: seronok gak layan wayang especially bila boss tak ada

Gong Xi Fa Chai


Happy Chinese New Year to all my friends. Nak limau!!!

p/s: aummmmmmm

Wednesday, February 10, 2010

Result exam dah keluar

Semalam dapat call daripada ATC beritahu result exam dah keluar. Nak tau aku dapat berapa??

Jeng jeng.....

OPERATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT        B

MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM                    B+

GPA: 3.17
CGPA: 3.25

Turun sikit berbanding keputusan semester sebelum ni. Anyway still maintain 3.00. Sedih juga sebenarnya sebab target dapat A. Tak apa, semester ini aku nak score balik. Rasa boleh ke? Insya-Allah boleh! Yakin boleh!!!

Aku tak tahu lagi keputusan Mr. X. Dengar cerita dia masih score cuma tak pasti dapat berapa. Tunggu next kelas lagi 2 minggu. Hehehe..tak sabar rasanya.

p/s: ada siapa dapat 4 flat?

Tuesday, February 9, 2010

Best occupational category

Aku ada jumpa artikel pasal ujian warna yang boleh menentukan kerjaya yang sesuai dengan seseorang dan personaliti. Sesiapa nak cuba buat ujian warna, boleh klik kat link ini.  Inilah hasil keputusan ujian warna aku buat. Hahaha..macam tak percaya je sebab kerja ini memang aku buat selama ini.

You're an ORGANIZER

Keywords

Self-Control, Practical, Self-Contained, Orderly, Systematic, Precise, and Accurate


These conservative appearing, plotting-types enjoy organizing, data systems, accounting, detail, and accuracy. They often enjoy mathematics (spm pun dapat C6) and data management activities such as accounting and investment management. Persistence and patience allows them to do detailed paperwork, operate office machines, write business reports, and make charts and graphs.

ORGANIZER CAREERS

Suggested careers are Administrator, Secretary, Printer, Paralegal, Building Inspector, Bank Cashier, Private Secretary, Statistician, Operations Manager, Financial Analyst, Bookkeeper, Medical Records Technician, Developer of Business or Computer Systems, Clerical Worker, Proofreader, Accountant, Administrative Assistant, Banker, Certified Public Accountant, Credit Manager, Store Salesperson, Actuary, Dental Assistant, Business Education Teacher, Food Service Manager, IRS Agent, Budget Analyst, and Underwriter.



ORGANIZER WORKPLACES

Your very careful, conscientious, conservative nature gives others the confidence to trust you with handling money and material possessions. Structured organizations that have well-ordered chains of command work best for you.

Suggested Organizer workplaces are large corporations, business offices, financial lending institutions, banks, insurance companies, accounting firms, and quality control and inspection departments.




2nd Best Occupational Category


You're a RESEARCHER


Keywords:

Independent, Self-Motivated, Reserved, Introspective, Analytical, and Curious.


These investigative types gather information, analyze and interpret data, and inquire to uncover new facts. They have a strong scientific orientation, enjoy academic or research environments and prefer self-reliant jobs. Dislikes are group projects, selling, and repetitive activities. (this is so true)

Section I: You and Your Team

This personality overview section highlights your natural workplace talents—the tasks you pursue with passion. You'll learn how your natural strengths complement those of your coworkers and how, joining forces, you can resolve on-the-job dilemmas.


Section II: Your Key To Success

Here you discover your capacity for dispelling disruption and maximizing profitability. Use this proven, beyond-self-perception advice to create a more positive career path free of detours.


Section III: Managing Strengths and Weaknesses

Your evaluation's highest and lowest scores result in this section's recommendations for staying on-track in your career and reversing wrong turns. In focusing on your talents and missteps, you'll re-stoke your energy and enthusiasm for managing costly mistakes.


Section IV: Leadership Power Moves

This final section identifies your "street sense," those power moves that turn obstacles into insignificant details. Here suggestions based on your color-ranked evaluations will guide you towards making the most of an interview or harnessing your fast-paced workday.

Jadi? Dah cuba jawab ujian tu? Bagus sebenarnya kalau kita cuba jawab. Boleh tahu kerjaya yang kita buat selama ini sesuai atau tak dengan kita. Bagi aku, selagi kerja itu halal dan membawa rezeki, itu dah cukup. Cewaah rendah diri pula aku.

p/s: all the best!

Aktiviti baru

Seronok juga buat aktiviti jalan-jalan lepas kerja. Kisahnya petang tadi kawan opis ajak jalan-jalan tepi tasik. Tasik tu pun bukannya jauh dari opis. Kalau naik kereta, boleh sampai dalam 5 minit. Mula-mula aku tak nak ikut sebab aku tak bawa baju dan kasut sukan. Setelah dipujuk, aku pun ikutlah.


Aku jalan-jalan pakai baju kurung dengan sandal. Jangan tak tau you! Nasib baik hari ini aku tak pakai high heels. Kalau tak, mau penat kaki. Jalan-jalan tadi pun tak habis jalan 1 pusingan kat tasik. Tasik tu besar gila beb. Manalah akak nak larat jalan. Faham-faham je lah aku ni dah tak muda lagi. Hehehe... Slow-slow dulu. Bila dah ok, baru boleh jalan-jalan 1 pusingan tasik. Betul tak?


Pemandangan kat tasik memang cantik. Sambil jalan, boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Manalah tau, boleh cuci mata sekali! Nakal! 

Aktiviti masuk gym baru je mula minggu lepas. Untuk pengetahuan semua, kat opis aku ada disediakan gym untuk staf. Bayangkan aku dah kerja 3 tahun, baru inilah aku berjinak-jinak nak join gym. Malunya!!!

Hari pertama aku masuk gym, tak tau nak guna yang mana satu dulu. As a beginner (rasanya bukan beginner lagi tapi lower than beginner sebab aku dah lama tak exercise!!), dimulakan dengan 20-30 minit jalan atas threadmill. Harap aku tak jadi macam dalam video bawah ini. Hehehe..



 p/s: hidup cergas dengan badan yang sihat

Monday, February 8, 2010

Group assignment part 2

Geramnya aku dengan mamat poyo ni. Suka hati je dia cakap aku ok bila mamat ni nak join kumpulan aku.

Hello!! Bukan itu maksud aku tau. Aku beritahu dia refer kat ahli kumpulan yang lain dulu baru aku boleh buat keputusan.

Aku tau kes ini pun sebab kawan aku yang forwardkan sms mamat poyo. Inilah sms yang dia bagi. 

assalamualaikum kepada encik xxx. saya dapat nombor anda semua daripada mazuriah. saya tak attend kelas marketing 2 hari ni sebab ingat nak drop the subject ni tapi baru pagi ini saya register. by then dah fixed 4 group assignment dan 2 group 5 student. since saya dah tertinggal dari grouping, saya nak minta kebenaran tuan-tuan (mazuriah said no problem). bolehkah saya masuk group anda memandangkan you ada 4 orang. kalau semua setuju harap sms ok. kalau tidak, no problem, saya tak kecil hati bukan salah tuan. saya akan menumpang kasih dengan group lain pulak. sekian.

Sebenarnya aku ada alasan kukuh tak nak terima dia. Lecturer ada beritahu dalam kelas kami ada 5 kumpulan yang terdiri 2 kumpulan mempunyai 5 ahli dan 3 kumpulan mempunyai 4 ahli. Disebabkan kumpulan yang ada 5 ahli dah cukup (ada 2 kumpulan), tak perlulah nak masuk kumpulan aku (kumpulan aku ada 4 ahli). Kalau nak masuk kumpulan aku, maknanya ada kumpulan cuma ada 3 ahli. Tak adil lah pembahagian ahli kumpulan macam tu. Carilah kumpulan lain yang tak cukup ahli.

Ish mamat ni. Kalau tak sabar, aku nak je lempang muka dia. Kenapalah kau tak faham lagi? Nak kata tak pandai, sekarang ni ambil MBA.

p/s: sama-sama buat kerja ok

Group assignment

Semalam dah mula semester baru. Bad news aku masih belum dapat lagi result exam. Hmm..nampak gaya kena tunggu lagi sampai diberitahu. Bila tanya kat lecturer, lecturer pula tak berani nak reveal . Cuba cungkil lagi manalah tau boleh tau sikit-sikit. Lecturer ni memang kebal betul. Ramai dok merayu banyak kali tapi dia tetap tak nak beritahu juga. Hai...bertambahlah aku risau. Lastly lecturer bertahu juga tapi itu pun sekadar beritahu yang kita orang semua ok.

OK? What do you mean by OK? Semua pass? Rata-rata classmate aku masih tak puas hati lagi termasuklah aku. Memang betul..penantian itu satu penyeksaan.

Semester kali ni sabjek yang kena ambil adalah:
1. Marketing Management
2. Corporate Finance

So far, sabjek marketing aku boleh faham sebab pernah ambil masa Diploma dulu. Just refresh my memory back. Kepada classmate aku yang technical background seperti engineering (Mr. X pun engineering background), kena extra work sikit. Nasib baiklah lecturer kali ini, memang best. Cakap pun memang sempoi!

Seperti biasa..awal-awal lagi dah assign buat assignment. Tak dapat nak sama-sama dengan Mr. X lagi. Hai..nak buat macamana, tak ada rezeki lah nampaknya. Sabar lah ya.

Anyway, kali ini aku nak cerita pasal seorang classmate aku. Rasa dulu aku pernah cerita sikit pasal dia. Cuba ingat balik..mamat ala ala poyo ni. Assignment kali ini, aku dah ada kumpulan sebenarnya tapi mamat ni nak juga sama-sama 1 kumpulan dengan aku.

Mengikut pengalaman last semester, aku terpaksa 1 kumpulan dengan dia sebab masa tu aku tak dapat hadir kelas (aku ke Kuching masa tu). Jadi dia dah pilih aku untuk masuk kumpulan dia masa tu.

Aku rasa aku tak selesa bekerja dengan dia. Bukan aku nak cakap dia tak buat kerja tapi aku tak boleh. Ish macamana ya?

Bila dia beritahu aku yang dia nak sama-sama 1 kumpulan dengan aku, aku tak berani nak cakap NO. Terpaksalah aku pakai ayat sopan santun, "saya tak berani nak cakap boleh atau tidak. baik awak tanya ahli kumpulan saya yang lain. kalau dia kata ok, saya ok. kalau tak, saya nak buat macamana. betul tak?"

Lepas tu, aku terus call kawan 1 kumpulan aku dan beritahu jangan terima mamat ni masuk kumpulan aku. Alasan?  Aku tak nak dia masuk kumpulan aku. Lagipun aku dah sama-sama dengan kumpulan sedia ada semenjak semester 1. Aku tahu apa kelebihan dan kekurangan yang ada dalam kumpulan ini.

Salah ke tindakan aku? What do you think?

p/s: harap semunya ok

Friday, February 5, 2010

Relax ok

Agak lama aku tak update blog aku. Untuk pengetahuan semua, keadaan aku kat sini ok. 

Sedih? Tipulah kalau aku cakap tak sedih. Kalau dikenang kembali, mau menitik mata aku ni. Jalan terbaik, sedekahkan al-Fatihah dan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman. Allah lebih sayang kan arwah wan. Masa dia meninggal dunia pun memang senang. Alhamdulillah segala urusan dari mula berjalan dengan lancar. 

Sekarang ni, kerja kat opis bukan main banyak lagi. Semua kerja nak kena buat sampaikan aku tak tau nak buat yang mana dulu. Nak siapkan report lah, Blue Ocean Strategy presentation, conference dan banyak lagi. On top of that, kelas aku dah nak mula esok. Arrgghh tension pula rasanya. 

Dahlah result exam tak dapat lagi. Katanya hari ini nak keluar tapi tadi aku call ATC, dia orang pun tak dapat lagi. Hmm...macamana ni? Risau aku dibuatnya. Harap sangat semua paper last semester lepas. 

Rasa macam nak ambil cuti. Nasib baik cuti aku 17 Februari dah approved. Yes!! Ikutkan aku cuti 5 hari termasuk Sabtu, Ahad dan CNY. Kira oklah tu. Tak pasti lagi apa nak buat cuti lama-lama ni. Selalunya apa yang aku plan awal-awal, semua tak jadi. Contoh terbaik, plan bercuti tahun lepas ke Melaka sampai sekarang tak buat lagi. Hahaha! 

Adakah plan ke Melaka akan menjadi kenyataan?

So tunggggguuuu ok! Aku akan update aktiviti cuti aku nanti. 

p/s: i need a break  

Wednesday, February 3, 2010

Wan

Tiada lagi aku dapat mendengar suaranya
Tiada lagi aku dapat melihat wajahnya
Dia sudah tiada lagi di dunia ini
Kerana Allah lebih sayangkan dia

Itulah yang berlaku petang semalam bila aku dapat sms daripada makcik aku. Wan sebelah arwah mak aku kat Negeri Sembilan meninggal dunia.

"Wan baru meninggal dunia pukul 5.30 petang. Balik segera"

Ya Allah. Tak dapat aku gambarkan bila aku dapat tahu Wan meninggal dunia. Tak salah aku, Wan tak pernah sakit teruk. Kalau sakit pun sekadar sakit lutut.

Untuk kepastian aku tanya balik makcik aku macamana Wan meninggal. Makcik aku beritahu:

"Wan demam dah 5 hari. Kejap ok kejap demam balik. Tadi Wan sakit dada. Beberapa minit lepas tu, Wan meninggal."

Siapa sangka ajal Wan dah tiba. Tiada siapa boleh tentukan ajalnya kerana ini semua ketentuan Allah.

Ya aku tahu, aku cucu yang degil dan nakal. Walaupun aku tak selalu sependapat dengan Wan, aku tau apa yang Wan ingin sampaikan ada sebabnya.

Wan selalu berpesan, "jangan solat lambat-lambat" walaupun aku tahu tak elok tangguhkan solat bila masuk waktu.

Wan selalu bercerita zaman mudanya yang hidupnya susah terutamanya masa zaman Jepun datang ke Tanah Melayu. Ingatan Wan masih kuat sebab Wan masih ingat lagi Bahasa Jepun yang pernah dia belajar dulu.

Perkara yang tak mungkin aku lupakan ialah rendang ayam Wan yang selalu menjadi rebutan bila tiba hari raya. Tak ada siapa boleh lawan rendang ayam Wan walaupun cuba buat banyak kali. Rasanya memang tak sama macam Wan buat. Wan tak akan lupa tinggalkan sedikit untuk anak dan cucunya yang belum sampai. Selalu juga aku ditegur sebab ambil sorok-sorok rendang ayam Wan. "Tinggal sikit untuk orang lain. Orang lain pun nak makan juga."

Wan memang tak pernah duduk diam kalau datang ke rumah aku. Ada sahaja yang hendak dibuat, sapu sampah, lipat baju dan mencuci pinggan mangkuk. Dah banyak kali aku pesan jangan buat apa-apa tapi Wan masih nak buat juga.

Kini Wan telah tiada. Wan telah pergi buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman.

p/s: al fatihah untuk Wan