Pages

Wednesday, February 3, 2010

Wan

Tiada lagi aku dapat mendengar suaranya
Tiada lagi aku dapat melihat wajahnya
Dia sudah tiada lagi di dunia ini
Kerana Allah lebih sayangkan dia

Itulah yang berlaku petang semalam bila aku dapat sms daripada makcik aku. Wan sebelah arwah mak aku kat Negeri Sembilan meninggal dunia.

"Wan baru meninggal dunia pukul 5.30 petang. Balik segera"

Ya Allah. Tak dapat aku gambarkan bila aku dapat tahu Wan meninggal dunia. Tak salah aku, Wan tak pernah sakit teruk. Kalau sakit pun sekadar sakit lutut.

Untuk kepastian aku tanya balik makcik aku macamana Wan meninggal. Makcik aku beritahu:

"Wan demam dah 5 hari. Kejap ok kejap demam balik. Tadi Wan sakit dada. Beberapa minit lepas tu, Wan meninggal."

Siapa sangka ajal Wan dah tiba. Tiada siapa boleh tentukan ajalnya kerana ini semua ketentuan Allah.

Ya aku tahu, aku cucu yang degil dan nakal. Walaupun aku tak selalu sependapat dengan Wan, aku tau apa yang Wan ingin sampaikan ada sebabnya.

Wan selalu berpesan, "jangan solat lambat-lambat" walaupun aku tahu tak elok tangguhkan solat bila masuk waktu.

Wan selalu bercerita zaman mudanya yang hidupnya susah terutamanya masa zaman Jepun datang ke Tanah Melayu. Ingatan Wan masih kuat sebab Wan masih ingat lagi Bahasa Jepun yang pernah dia belajar dulu.

Perkara yang tak mungkin aku lupakan ialah rendang ayam Wan yang selalu menjadi rebutan bila tiba hari raya. Tak ada siapa boleh lawan rendang ayam Wan walaupun cuba buat banyak kali. Rasanya memang tak sama macam Wan buat. Wan tak akan lupa tinggalkan sedikit untuk anak dan cucunya yang belum sampai. Selalu juga aku ditegur sebab ambil sorok-sorok rendang ayam Wan. "Tinggal sikit untuk orang lain. Orang lain pun nak makan juga."

Wan memang tak pernah duduk diam kalau datang ke rumah aku. Ada sahaja yang hendak dibuat, sapu sampah, lipat baju dan mencuci pinggan mangkuk. Dah banyak kali aku pesan jangan buat apa-apa tapi Wan masih nak buat juga.

Kini Wan telah tiada. Wan telah pergi buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman.

p/s: al fatihah untuk Wan

3 comments:

  1. Salam takziah utk kak long sekeluarga!

    ReplyDelete
  2. Movies have always been the greatest source of entertainment in our lives. This Movie is an upcoming action spy comedy film.
    The Movie Download and Online Watching free everything for you...
    For More....
    Plz Visit :
    judwaa 2 songs
    spyder movie songs

    ReplyDelete