Pages

Wednesday, March 31, 2010

Gambar lama

Kali ini aku nak kongsi gambar lama semoga dapat mengimbas kembali kenangan lama dan tetap menjadi ingatan sampai bila-bila. Cewaaah! 


Dulu aku rajin ambil gambar sampai banyak album gambar menjadi koleksi aku. Sekarang ini, jarang dah orang nak print gambar dan tak perlu lagi ke kedai gambar untuk minta diproses atau dikenali sebagai cuci gambar. 


Bersama-sama kawan bekerja di Royal Mint Wealth Management. 

Di Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi.

Bersama-sama kawan DIIA, ITM Shah Alam.

Aku dengan kawan baik, Lilly. 

p/s: testing scanner baru sebenarnya. waah lepas ini makin banyaklah gambar scan nanti. hehehe

Tuesday, March 30, 2010

Is he my Abang Long?

Hari ini aku ada jumpa artikel menarik kat yahoo mengenai Mr. Right aka Abang Long. Mari kita tengok sama ada aku dah jumpa Abang Long atau tak. Hehehe...

Dating Trait #1: He listens to you
The best way to know if Mr. Next is interested in (and worthyof) being a candidate for Mr. Right? He listens to you. You'll know he's listening when he shows genuine concern, consistently remembers things you've told him (your birthday, favorite food, best friend's name, etc.), and offers emotional support in honest and thoughtful ways.(ciri-ciri yang boleh cairkan aku)

Dating Trait #2: He connects with you easily
We've all been in those relationships that take W-O-R-K (and suck the life force out of us in the process). When a relationship works on its own, it feels effortless, easy, and fluid. You don't have to force anything, forgive anyone, or turn a blind eye to red flags or gut-twisters. Instead, you communicate and collaborate with comfort, compatibility, and undeniable chemistry. If and when you experience this kind of interaction, you are on to something really special.

Dating Trait #3: He wants the real you
So often, women feel the need to sacrifice some part of themselves to make a relationship work. In the right relationship, there's no need. You don't have to hide, tone down, or apologize for any aspect of you or your fabulous life. With the right partner, you're not only able to be yourself, but you're better able to be the best version of your most authentic self -- no compromises needed.

Dating Trait #4: He's trustworthy
A relationship without trust is doomed from the start. But a relationship with abundant trust? A fabulous foundation for real and lasting love! Built over time, trust is based on the simple belief system that your partner has your best interests at heart and will never intentionally hurt you (and vice versa). If and when you discover that Mr. Next is 100 percent trustworthy, you'll have no trouble giving your heart to him. In return, he'll most likely give you his heart and pave the way for a lasting, loving relationship to unfold.

Dating Trait #5: He enriches your life
In the wrong relationship, your partner tears you to emotional shreds, brings you down, and in general drains your energy. In the right relationship, he enriches your life, inspires you to be your best self, and brings a sense of peace and possibility to you. You'll know Mr. Next is enriching your life if and when he encourages and supports you professionally, personally, and spiritually. And when he does, he may just be Mr. Right!


Bagaimana? Aku rasa aku belum jumpa sesiapa yang dapat memenuhi ciri-ciri yang ada kat atas. Nak kata aku ni demanding, rasanya tak lah. Belum sampai seru lagi kot? Insya-Allah the time will come. Betul tak? 


Dulu makcik aku ada nak kenalkan seseorang kat aku tapi mamat ni slow nak mampus. Dahlah slow pemalu pula tu. Hmm out betul! Aku tau lah aku ni agak kasar sikit dan kadang-kadang out spoken. For sure mamat tu reject aku bila dapat tau the real me. Hahaha..aku ni sebenarnya nampak je macam kasar tapi hatinya mudah tersentuh. Auuw! Satu lagi, aku memang mudah cair bila jumpa lelaki yang soft spoken contohnya Mr. X. Dahlah..malu aku weh. (cover muka) 


p/s: mana nak cari Abang Long ni?

Monday, March 29, 2010

What? Dah dapat soalan?



Aku bengang betul dengan classmate aku. Baru-baru ini aku ada emel kat lecturer tanya pasal soalan final exam. Aku siap buat andaian agaknya lecturer dah lupa nak bagi soalan. 

Tak lama lepas aku hantar emel, aku dapat emel daripada kawan aku beritahu yang dia dah dapat soalan final exam minggu lepas lagi. What the f**k?!! Kenapa dia orang tak beritahu aku awal-awal? Kalau aku dapat sesuatu, aku share semua kat classmate aku tau. Tak patut dia orang buat macam tu kat aku. 


Nasib baik aku sempat tanya sendiri. Kalau dibuatnya aku dok senyap dan buat de' je sampai ke sudah aku tak dapat soalan final exam. Eeeeiii geram betul! Dahlah final exam bulan depan. Preparation tak buat apa-apa lagi. 

Masa tengah marah, tiba-tiba aku dapat emel daripada Mr. X. Automatik terus sejuk hati aku dibuatnya bila dapat emel dia:

"sorry ler, camana nama u miss in the loop."

Hai...makin cair aku dibuatnya. Hahaha! Ini yang tambah semangat nak belajar betul-betul biar dapat grad sama-sama nanti. Cewaah! 

p/s: dugaan belajar

Isaura

Siapa masih ingat lagi cerita Isaura yang ditayangkan di TV3 sekitar tahun 1986? Telenovela berasal dari Brazil dan dialihbahasa kepada Bahasa Malaysia. Ia mengisahkan seorang hamba yang cantik dan jelita bernama Isaura menjadi rebutan oleh ramai pemuda. Rasanya telenovela ini memang masyhur seluruh dunia dan aku dapat tahu cerita ini dibuat semula pada tahun 2004 tapi tak ditayangkan di sini.

Standardlah telenovela memang banyak episod dan aku memang tak pernah miss tengok. Dulu ditayangkan sebelah petang, habis mengaji terus cepat-cepat balik duduk depan TV nak tengok cerita Isaura. 

Untuk mengimbas kembali cerita Isaura..aku sempat google image dan berjaya jumpa gambar pelakon utamanya.


Hero dan Heroin dalam cerita Isaura. 

Lagi best bila aku dapat jumpa lagu tema cerita Isaura. Nama lagunya ialah Masih Belum Tamat yang dinyanyikan oleh penyanyi kegemaran aku, Francissca Peter

Happy listening!




p/s: suka layan cerita lama

Friday, March 26, 2010

Kerja ooo kerja


Aku rasa minggu ini aku tak produktif langsung. Bukannya tak ada kerja tapi aku tak ada mood nak buat. Dahlah masuk lambat tapi balik nak awal. Sharp pukul 5 dah punch out. Macamana nak jadi pekerja contoh ni? Kalau tau dek Chairman..habis aku. 

Tak larat nak tengok muka boss lagi. Nasib baik ada susunan buku banyak dan tinggi yang boleh menghalang penglihatan aku ke tempat dia. Tak kuasa akak nak tengok muka dia! Oh please...

Nak tau apa impian aku? Of course nak cuti lama-lama tanpa gangguan daripada sesiapa terutamanya daripada boss! Hahaha. Nasib baik dia tak ada nombor handphone aku. Fuuh what a relief. Kalau dia nak pun, aku akan bagi tapi aku akan bagi nombor salah. Nasib lah kalau dia cuba nak call aku. 

p/s: kalau boss handsome macam Johnny Depp, sanggup buat apa sahaja

Thursday, March 25, 2010

Apa sudah jadi?

Aku dapat tahu ramai kat opis aku dah tender resign. Kalau tak salah aku ada dalam 6-7 orang (yang aku tahu. yang aku tak tahu pasti ada punya) akan tinggalkan opis dalam masa terdekat ini. Dahlah tu, mereka ini ada yang dah kerja sini lebih daripada 5 tahun malah ada pula yang berpangkat tinggi. 

Kalau mereka dapat rezeki lebih baik, memang patutlah mereka terima tapi kalau keluar sampai ramai sangat ini..tak rasa musykil ke? There's must be wrong somewhere. Betul tak? Memang ramai yang tak puas hati dengan hal-hal pentadbiran opis dan nak ikutkan banyak cerita sensasi yang berlaku kat opis aku ni. Kalau aku cerita, memang panas seh! Silap-silap kena tangkap terus dikenakan tindakan dispilin. Mampus aku! Hehehe..

Plan aku biarlah aku stay dulu lagi 2-3 tahun. Insya-Allah masa tu MBA aku dah settle dan bolehlah aku cari peluang kerja lebih baik. Ini cuma plan aku sahaja. Belum pasti lagi sama ada aku akan buat atau tak. 

Aku bukan nak kata kerja kat sini tak bagus. Kemudahan? Memang banyak aku dapat, baik dari segi medical, computer loan, pembiayaan belajar dan banyak lagi. Selagi aku boleh bertahan, aku tahan.

p/s: cita-cita aku ingin membantu selagi mampu 

Tuesday, March 23, 2010

Corporate Finance Test


Baru-baru ini ada Corporate Finance test. Sabjek yang agak susah sebab banyak pakai pengiraan. Kalau miss 1 kelas, memang aku tak tau dah nak refer kat siapa. Sabjek ni memang kena betul-betul beri perhatian sepenuhnya walaupun kadang-kadang ada masa aku terlelap. Sampaikan kawan siap cuit aku, suruh bangun. Hahaha malu aku. 


Balik kepada cerita test tadi. Aku memang dah study tapi ada beberapa bab aku tak berapa mahir sangat. Jangan tak tau..Mr. X duduk sebelah aku masa test. Dalam hati rasa indahnya dunia. 

Masa aku tengah jawab test, tiba-tiba Mr. X bagi aku jawapan. Aku pun tak sangka Mr. X boleh buat macam tu. Agaknya tengok aku dok terkial-kial cari jawapan. Macamana ni? Perlukah aku ambil?  Tengok kiri kanan dulu..ok line clear. Cepat-cepat aku ambil jawapan Mr. X dan terus salin. Aku rasa rata-rata yang ambil test semua main tiru. Ada pula tu selamba salin bulat-bulat kawan kat belakang. Hmm..aku rasa lecturer tu pun faham yang kami semua ini bukannya teror sangat. Dia dulu pun student juga. Mesti dia pun tahu perangai dan kerenah student. 

Aku tak tahulah apa keputusan nanti. Harap semua ok. Aku rasa makin lama makin susah sabjek nak kena ambil dan makin singkat tempoh pengajian. Insya-Allah kalau semua ok, aku habis belajar tahun depan dan konvo di UUM pada tahun 2012. Yeaaah! Doakan untuk aku ya. 

p/s: rasa cepat masa berlalu. semester 3 dah nak habis. 

Thursday, March 18, 2010

3 kisah dalam 1 hari

Assalamualaikum semua. (first time aku bagi salam dalam blog) Mari kawan-kawan, aku nak bercerita apa yang berlaku hari ini. Macam-macam yang berlaku dari pagi sampai ke malam. Hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan kisah yang aku rasa patut dikongsi bersama-sama. Layan je lah ya..kali ini banyak pula aku cerita. 

Kisah pertama:

Hari ini aku sengaja amik EL sebab aku tak sempat nak apply cuti. Kebetulan aku ada hal nak uruskan kat kat KL sempena reunion party nak yang akan diadakan pada 28 Mac. Sayang..reunion party kali ini terpaksa ditangguhkan sebab ramai yang tak dapat datang. Hmm..nak buat macamana kan? Tak ada rezeki nak jumpa balik kawan lama. Insya-Allah bila ada masa kita akan jumpa. 

Sedih juga sebenarnya sebab plan dah lama. Untuk ubatkan hati yang sedih (sedih ke?), aku singgah Semua House sekejap. Nak tau apa aku buat? Aku beli kasut!! Hamik kau..aku terus beli 2 pasang kasut. Sebenarnya nak beli lagi tapi nasib baik kasut aku nak tu tak ada saiz. Memang aku beli kasut kat situ sahaja sampaikan adik yang jaga kedai tu dah kenal aku. Dah kaki aku ala ala princess dan tak semua kedai yang ada saiz kasut 12 macam aku ni. Hahaha!!!

Kisah kedua:

Dari KL aku terus ke Alamanda, Putrajaya. Aku tak larat nak stay lama-lama kat KL. Panas sangat. Lagipun aku dah tak tau nak buat apa lagi. Kalau masa muda dulu, rajin juga lepak kat KL ni tapi sekarang dah tak berapa sangat. Mungkin sebab tak ada kawan nak hang out. Dah dia orang pun  ada komitmen sendiri. Itu pasal susah nak jumpa. 

Tengok kat GSC ada cerita Alice in Wonderland. Layan je lah ceritanya lagipun kalau balik rumah bukannya ada orang. Masa aku nak beli tiket, tiket dah tinggal sikit. Seat yang ada pun cuma barisan depan. Nasib baik aku tengok seorang, senang nak sikit nak menyelit mana-mana. 



Watak-watak utama dalam Alice in Wonderland. 


Aku nak tengok Johnny Depp sebenarnya. Hehehe..

Komen aku? Jalan cerita biasa sahaja. Kalau nak bagi bintang, bolehlah aku bagi 2.5 daripada 5 bintang. Part yang best cuma digital effect yang canggih. 

Ini bukan cerita masa Alice mula-mula jatuh lubang dan terus ke Wonderland. Ini cerita sambungan daripada itu. Bagi aku, cerita ini tak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak tapi masa aku tengok tadi, ramai kanak-kanak yang tengok. Kebetulan pula sekarang dah musim cuti sekolah. 

Aku tak nak bagi komen lebih-lebih nanti tak surprise. Aku tahu ramai lagi yang belum tengok cerita ini. Betul tak??

Kisah ketiga:

Aku ajak adik dan adik ipar aku makan kat Restoran Saba', Cyberjaya. Lama dah aku tak makan sana. Makanan kat sini memang best. My favourite is Chicken Khabsah dan lemon juice. Kalau nak order, tak perlu lagi nak tengok menu. Terus order sahaja. Yang lain pun sedap juga. Bukan sahaja makanannya sedap, portion dia sangat besar. Kalau nak makan, biar betul-betul lapar baru dapat habis makan sepinggan. Harga bolehlah tahan. Kalau aku makan Chicken Khabsah dengan lemon juice, cuma RM11. Makan tengahari boleh kenyang sampai ke malam. 

Ok..sebenarnya bukan cerita pasal makanan yang aku nak kongsi ini. Masa aku tengah makan tadi, rupa-rupanya orang Imigresen datang buat serbuan. Kedai Saba' ini dimiliki oleh orang Arab tapi bawah nama isteri, warga Malaysia. Nak buat bisnes kalau letak bawah nama orang Arab, lecehlah. 

Orang Imigresen dapat laporan yang pekerja kat kedai Saba' ni ramai warga asing tapi aku tak tahulah yang dia orang ni layak kerja atau tak. Habis pekerja warga asing kena tangkap dan digari, dari tukang masak, pelayan dan penghantar makanan. Nasib baik masa kita orang sampai, sempat makan.

Aku sempat tanya kat pekerja tempatan dan dia beritahu bahawa tuan punya kedai baru pergi umrah semalam selama sebulan dan segala maklumat dan visa pekerja ada dalam simpanan tuan punya kedai. 

Kebetulan pula kan?? Masa tuan punya kedai pergi umrah ada pula orang Imigresen datang. Hmm...macam ada orang nak buat jahat je. Sebenarnya restoran Saba' ni kecil je masa mula-mula buka. Makin lama, makin ramai yang datang sampaikan terpaksa sambung kat kedai sebelah. Nak tau? Kedai sebelah tu sebenarnya kedai mamak. Pernah tak tengok kedai mamak bankrap? Jarang sangat berlaku kan? Hebat betul penangan Restoran Saba' ini. 

Aku tak taulah angkara siapa tapi dah rezeki mereka. Take it as a challenge. Tak perlu nak dengki sebenarnya. Lagipun apa yang kita dapat? Tambah dosa tu adalah. 

p/s: sekali sekala buat EL ok juga kan?

Tuesday, March 16, 2010

Bila telur bercakap

Boleh bayangkan tak kalau telur boleh cakap. Apa yang mereka akan cakap? Layan je la video bila telur bercakap. 



p/s: suka makan telur dengan kicap

Sunday, March 14, 2010

Baju baru

Petang tadi singgah tailor aku untuk ambil baju yang dihantar semenjak dari tahun 2009 lagi. Punyalah lama tailor aku simpan sebab setiap kali aku singgah nak ambil baju pasti jawapan yang sama akan diberi, "alamak baju adik tak siap lagi. datang lagi minggu depan ya." 


Aku pun dah tak ingat berapa kali aku dok ulang alik tanya pasal baju aku tu dan Alhamdulillah akhirnya baju aku tu siap juga. Kalau tak salah, kain untuk baju aku beli kain kat kawan aku masa dia bercuti di India pada tahun 2008 dan untuk kain, adik aku beli kat Bandung. Very international!! 

Bila sampai rumah, aku terus cuba dan aku sangat frust. Tak muatlah especially part peha dan lengan! Aku dah gemuk. Aku dah siap berangan nak pakai esok tapi sayang segala harapan hancur dan punah semuanya.  



Inilah baju yang tak dapat nak pakai. 

Nak minta tailor alter baju, rasa sayang pula. Tak ada cara lain selain daripada kena kasi diet. Sebagai pemberi semangat untuk aku diet, adik aku siap pesan "nak pakai baju kena jaga makan". 


Masalahnya aku ni tak kuat semangat. Mudah cair kalau nampak makanan yang sedap-sedap. Patutlah badan ini ni naik bagai dipam-pam! Hehehe..


p/s: berhenti makan sebelum kenyang

Thursday, March 11, 2010

Aku panik

Terasa sangat semester kali ini cepat betul masa berlalu. Pagi tadi aku check kalendar, tengok-tengok bulan depan dah final exam. Aku siap check sekali lagi untuk pastikan mata aku tak salah tengok. Memang betul. 


Aaarrrrggghh!! I'm so panic. Satu benda tak prepare apa-apa lagi..baik nak final exam atau nak buat final assignment. 

Ada sesiapa boleh tolong aku? 

p/s: hati dah mula berdebar-debar 

Monday, March 8, 2010

Family gathering

Baru-baru ini ada acara kenduri kahwin sepupu, masa inilah aku dapat kumpul dan berjumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa. Bukan senang nak jumpa sekali ramai macam ini. Seronok bila dapat jumpa semula, boleh tanya khabar dan of course hot gossip ya. 

Masa kenduri kahwin macam ini juga, pasti ada yang akan tanya giliran siapa pula yang akan menjamu nasi minyak nanti. Dengar cerita, sepupu aku kat kampung akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun. Alhamdulillah bertambah seorang lagi yang akan membina istana bahagia. Cewaah!

Aku? Aku tak nak cakap apa-apa. Ayat biasa aku yang pasti akan keluar, "bagi peluang yang sampai seru dulu. insyaallah bila sampai, nanti beritahu lah." Malas aku nak beri komen lebih lanjut. Aku rasa dia orang pun tak nak dah tanya lagi kat aku hal-hal kahwin ini sebab jawapan yang diberi pasti sama. Hehehe...


Sudah berlatih jadi pengantin ke Sara dan Hadi?



Teka siapa gadis di sebalik kipas ini?



Ohhh..Sara rupanya. 


My cousins, aunty and uncle. (masih ramai lagi sebenarnya tapi ini yang sempat ambil)



Jangan buat gossip ok. This is my uncle, Pak Lang. 


Yeaah we're rock baby!


Tetamu cilik bersama-sama pengantin baru, Ain dan Kapten Muin. 

p/s: kalau arwah wan ada, pasti dialah orang paling gembira.

Sunday, March 7, 2010

Kenduri kahwin lagi - Ain & Kapt. Muin

Semalam ada kenduri kahwin sepupu aku kat Taman Tenaga, Kajang. Kebetulan kelas MBA postpone minggu depan, dapatlah aku datang ke kenduri. 

Cerita menarik pasal kenduri kahwin sepupu kali ini, suami dia kerja askar. Jadi upacara majlis ada lain sikit sebab ada unsur-unsur etika askar yang ditonjolkan. Sudah pasti ada acara jalan bawah pedang!!!! I like. Aku masih ingat lagi masa aku sekolah dulu, mak dia kahwin buat macam tu juga sebab ayah dia pun kerja askar. Bila dapat peluang tengok majlis perkahwinan macam ini membuatkan aku sangat teruja. 

Kepada sepupu aku, Ain dan suami, aku ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia dan berkekalan ke akhir hayat. Ok?


Mari kita saksikan gambar menarik sepanjang majlis perkahwinan sepupu aku.





Dimulakan dengan iringan pemain bagpipe.


Siap sedia untuk lalu bawah pedang.


Ok..ready ya.


Acara jalan bawah pedang. 



Tanda hormat kepada kawan seperjuangan.


Duduk elok-elok atas pelamin ya. 


Kek pengantin (sponsored by caterer)


Acara potong kek..siap ada pedang. 

p/s: masa kecil-kecil dulu selalu main kahwin-kahwin

Saturday, March 6, 2010

Bonus!

Semalam dapat emel daripada HR beritahu bonus dah masuk. Alhamdulillah. 

Memang sesuai sangat-sangat! Dahlah tengah kering kontang sekarang ini gara-gara gaji bulan lepas masuk awal sebab nak sambut CNY. Hari-hari aku dok kira bila gaji nak masuk balik ni. Aku dah terfikir macamana nak bayar hutang kad kredit, insurans dan banyak lagi. 

Cerita di sebalik bonus ini..banyak betul spekulasi yang aku dengar. Ada yang cakap dapat 1 bulan sahaja malah ada yang tak dapat langsung! Aku malas nak bagi komen sebab bagi aku..rezeki ada di mana-mana walaupun dalam hati aku memang berharap sangat dapatlah bonus. Hehehe..

Bila dapat bonus, gembira tak terkata dibuatnya. Yahooo!! Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku tengok kawan-kawan kat opis senyum lebar sampai ke telinga bila dapat tahu pasal bonus. 

Bila dah dapat bonus, nak tahu apa plan aku? 

1. Tukar tayar Myvi aku sebab tayar dah botak. (sambil-sambil tu boleh berangan lagi nak tukar sport rim)

2. Bayar segala hutang yang ada.

3. Simpan duit untuk belanja trip Bandung-Jakarta. 

4. Baki duit simpan dalam Tabung Haji. 

p/s: Alhamdulillah

Friday, March 5, 2010

Itinerary Bandung-Jakarta part 2




Mari aku update itinerary Bandung-Jakarta kali ini. Ada sedikit perubahan berbanding itinerary yang sebelum ini. Aku tambahkan 1 malam di Jakarta dan kurangkan 1 malam di Bandung. 

Alasan? Aku nak explore Jakarta more! Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, rata-rata beritahu aku yang jalan-jalan kat Jakarta lagi best. Lagipun aku dah 2 kali ke Bandung jadi keinginan nak ke sana, biasa-biasa sahaja. Sekadar nak temankan kawan-kawan aku jalan ke sana sebab dia orang kali  pertama ke Bandung. 

Kat sini aku nak kongsi bersama-sama itinerary baru aku:

DAY 1 (THURSDAY, 10/06/2010)  BANDUNG
- Arrive at Husein Sastranegara International Airport Bandung
- Check In Hotel (Bandung)

DAY 2 (FRIDAY 11/06/2010) BANDUNG
- BREAKFAST at Hotel
- Visiting Tangkuban Perahu, (viewing Ratu crater and Domas crater) 
- Tea plantation and take a rest at Ciater Hot Spring Water
- LUNCH at Kampung Daun
- Shopping at Factory Outlets in Jalan Dago (Grande, Blossom, Episode, Jetset, Victoria, Glamour, Donatello, etc)
- Shopping at Rumah Mode (Setiaubudhi Street) 
- DINNER at Dapur Sangkuriang 
- Back to Hotel

DAY 3 (SATURDAY 12/06/2010) BANDUNG
- BREAKFAST at Hotel
- Shopping at Pasar Baru Trade Centre
- LUNCH
- Shopping at Toko Tiga (Original Levi’s Jeans)
- Proceed to Riau Street Factory Outlets(heritage, Summit, Stamp, Terminal Tas, Cascade, etc) - DINNER at local restaurant
- Back to Hotel

DAY 4 (SUNDAY, 13/06/2010) BANDUNG           
- BREAKFAST at hotel
- Check-Out Hotel (Bandung)
- Proceed to Jakarta (3 hours)
- Check-In Hotel upon arrival in Jakarta
- Shopping at Tanah Abang Jakarta (aku akan shopping sakan kat sini)
- LUNCH/DINNER
- Back to Hotel

DAY 5 (MONDAY,  14/06/2010) BANDUNG/JAKARTA
- Shopping at ITC Mangga Dua Trade Centre Jakarta (cari beg kat sini)
- Lunch at local restaurant
- Shopping at Taman Anggerik (Mall)
- Dinner at local restaurant
- Back to Hotel

DAY 6 (TUESDAY, 15/06/2009) JAKARTA 
- BREAKFAST at Hotel
- Check Out Hotel (Jakarta)
- Visiting Merdeka Square, Monas Monument Jakarta
- Proceed to Jakarta Airport 
- Depart from Soekarno Hatta International Airport JAKARTA 
- End of Tour 

Urusan hotel dan transport dah settle. Aku tak nak beri komen dulu pasal itu. Bila aku balik dari trip nanti, aku akan beri komen. Doakan semua berjalan dengan lancar. 

Ada 1 benda tak buat lagi. Aku belum renew passport. Insya-Allah dalam masa terdekat aku akan buat. Aku just ambil yang RM100 je sebab aku rasa aku bukannya selalu jalan luar negara. Buat mana yang mampu sahaja. Betul tak? 

p/s: kena berbelanja secara berhemah 

Tuesday, March 2, 2010

Ada lagi 3 bulan

Trip ke Bandung-Jakarta tinggal lagi 3 bulan lebih  sahaja. Cepat betul masa berlalu.

Persediaan hotel dan pengangkutan di sana dah settle. Ya aku tahu..masih ada masa lagi nak survey tapi aku rasa pakej yang aku dapat boleh dikatakan memuaskan. Lagipun tak perlulah nak tinggal kat hotel mewah-mewah sangat. Cukuplah dapat lepas tidur dan mandi. Sudah pasti bukannya ada bilik sepanjang masa. Sibuk shopping lah katakan. Hehehe..


Ada perubahan tentang tentative yang aku tunjukkan hari itu. Tentative baru yang aku dapat ini, aku akan tambahkan 1 malam di Jakarta dan kurangkan 1 malam di Bandung. Biar kasi adil dan saksama. Cewaah. 


Next entry, aku akan cuba letakkan tentative baru untuk rujukan semua. Ish dah tak sabar rasanya nak ke sana. Hmmm..tak tau berapa banyak duit aku kena bawa untuk belanja di sana. Aku dok berkira-kira berapa pasang kain nak beli ini. Alang-alang beli, buat sekali untuk pakai raya kan?


p/s: dah tak sabar nak ke Bandung-Jakarta

Monday, March 1, 2010

Sang kancil dengan monyet

Siapa ingat lagi cerita kartun Sang Kancil? Rasanya budak sekarang ramai tak tahu cerita kartun ini. 


Masa sekolah dulu, itulah kartun kegemaran aku. Aku siap tunggu depan TV semata-mata nak tunggu cerita kartun ini keluar. 

Cerita Sang Kancil ini ada banyak version tapi antara semua, aku paling suka cerita Sang Kancil dengan Monyet.

Ayat yang tak mungkin boleh dilupakan:

"kita tak boleh makan buah tu monyet"
"aku tak peduli, aku tak peduli. aku nak juga"

Selalunya aku akan pakai ayat ini bila aku berdepan dengan orang degil tak nak dengar cakap. So bila kita refer orang tu sebagai monyet sure bengang kan? So nak tak nak..kena ikut cakap aku. Hehehe..


Kepada sesiapa yang ingin mengimbas kembali kenangan lama kartun Sang Kancil ini, bolehlah kita tengok sama-sama ok. 





p/s: suka tengok masa asap keluar dari telinga monyet