Pages

Saturday, March 6, 2010

Bonus!

Semalam dapat emel daripada HR beritahu bonus dah masuk. Alhamdulillah. 

Memang sesuai sangat-sangat! Dahlah tengah kering kontang sekarang ini gara-gara gaji bulan lepas masuk awal sebab nak sambut CNY. Hari-hari aku dok kira bila gaji nak masuk balik ni. Aku dah terfikir macamana nak bayar hutang kad kredit, insurans dan banyak lagi. 

Cerita di sebalik bonus ini..banyak betul spekulasi yang aku dengar. Ada yang cakap dapat 1 bulan sahaja malah ada yang tak dapat langsung! Aku malas nak bagi komen sebab bagi aku..rezeki ada di mana-mana walaupun dalam hati aku memang berharap sangat dapatlah bonus. Hehehe..

Bila dapat bonus, gembira tak terkata dibuatnya. Yahooo!! Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku tengok kawan-kawan kat opis senyum lebar sampai ke telinga bila dapat tahu pasal bonus. 

Bila dah dapat bonus, nak tahu apa plan aku? 

1. Tukar tayar Myvi aku sebab tayar dah botak. (sambil-sambil tu boleh berangan lagi nak tukar sport rim)

2. Bayar segala hutang yang ada.

3. Simpan duit untuk belanja trip Bandung-Jakarta. 

4. Baki duit simpan dalam Tabung Haji. 

p/s: Alhamdulillah

2 comments:

  1. tambahan, hadiah kawin saya jgn dilupa... Ekeke...

    ReplyDelete
  2. insyaallah nizam. hadiah kahwin akan masuk dalam senarai ya.

    ReplyDelete