Pages

Sunday, May 16, 2010

Selamat hari guru


Selamat menyambut hari guru kepada semua cikgu di Malaysia. Walaupun aku pernah gagal exam KPLI sebanyak 2 kali, itu tidak mematahkan semangat aku menghargai segala jasa dan bakti cikgu-cikgu curahkan kepada anak muridnya. 

Tugas sebagai cikgu sekarang semakin mencabar berbanding zaman aku sekolah dulu. Kalau zaman aku sekolah dulu, memang tak berani nak melawan cakap. Apa yang cikgu suruh buat, semua kena patuh. 

Aku ingat lagi ada seorang cikgu masa darjah 4. Nama dia Cikgu Khalid ajar geografi. Cikgu Khalid ini memang terkenal dengan muka yang sangat garang dan setiap kali dia masuk kelas, kecut perut dibuatnya. Masa dia mengajar, suara dia memang kuat. Kalau dia suruh buat kerja, janganlah sesiapa cuba untuk tak buat. Peristiwa yang tak mungkin aku dapat lupa bila dapat tahu Cikgu Khalid lalu dekat kelas kita orang. "woi, cikgu khalid datang!". Kelas yang bising tiba-tiba sahaja boleh jadi senyap. Takut punya pasal. Hehehe..

Aku tak ada cikgu favourite sepanjang aku belajar dulu sebab aku ni bukanlah Teacher's Pet. Ya lah..aku ni kan pemalu. Auww! Apa pun, tiap kali aku bertembung dengan cikgu-cikgu aku, sekurang-kurangnya aku akan tegur dan bertanya khabar kepada mereka. 

Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua cikgu yang pernah ajar aku di:

1. Sek. Ren. Keb. Taman Seaport 
2. Sek Ren. Keb. Bandar Baru Bangi 
3. Sek. Men. Bandar Baru Bangi 
4. ITM Shah Alam
5. UKM 
6. UUM

p/s: jasa cikgu tidak ternilai harganya.

1 comment:

  1. hahaha...tiba2 tingat cikgu khalid! Huhh mmg seriau betol kalo cikgu khalid masuk kelas..saya dulu dia ajar Math. Masa sek men plak dgn cikgu zakiah..hahaha.... ingat tak kita sekelas kene denda berjemur luar kelas sbb bising beno?? *Ting.2P1*

    ReplyDelete