Pages

Thursday, June 17, 2010

Bandung-Jakarta Day 2

Sepanjang berada di Bandung, aku tinggal di Rumah Ebo. Suasananya sangat aman dan damai seperti tinggal di rumah sendiri. Kalau nak booked kat Rumah Ebo, kena cepat-cepat sebab bilik yang ada sangat terhad. Nasib baik aku dah booked awal-awal dari tahun lepas lagi. 

Ratenya pun taklah mahal mana. Cuma Rp264,000 (RM 97) untuk hari biasa dan Rp345,000 (RM127) untuk hujung minggu. 

Pemandangan depan bilik.

Ada taman di tengah-tengah rumah. 

Siap ada kolam ikan. 

Depan Rumah Ebo. 

Aktiviti seterusnya, ke Tangkuban Parahu. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam dari hotel. 

Mengikut sejarah, Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengenakan syarat kepada Sangkuriang untuk  membuat perahu dalam semalam. Usahanya gagal, Sangkuriang sangat marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.






Dengar cerita, di Tangkuban Parahu ini mempunyai gunung berapi yang masih aktif. Masa sampai sana, bau sulfur sangat kuat. 

Satu pesanan masa sampai di sana, terdapat ramai orang jual barang yang datang memujuk kita untuk membeli barang. Kalau tak berminat, beritahu sahaja yang kita tak berminat. Kalau mereka masih mendesak, tinggalkan mereka. 

Next destination, ke Ciater Hot Spring Water. Ada banyak kolam air panas dan kalau ada kesempatan boleh mandi di sana. Amat sesuai untuk legakan badan lenguh. 





Makan tengah hari di Kampung Daun memberi 1 pengalaman yang sangat indah. Dahlah tempatnya cantik dan makanan yang dihidangkan sangat sedap. Kalau dah habis makan, siap boleh baring-baring lagi tu. Hehehe..




Lepas makan di Kampung Daun, singgah sebentar di Ladang Strawberi. Kalau nak petik sendiri buah strawberi, kena bayar Rp20,000 (RM7.30). Dengan bayaran tersebut, dapat petik 10 biji plus 1 gelas jus strawberi. Aku tak nak petik cuma nak ambil gambar sahaja so kena bayar Rp15,000 (RM5.50) dan dapatlah aku 1 gelas jus strawberi. 




Tempat seterusnya ke Factory Outlets di Jalan Setiabudi. Aku pun tak berapa pasti berapa jam kita orang di sana. Sedar-sedar sahaja, hari dah gelap. Aku cuma beli wallet yang dah lama aku cari. Kawan-kawan aku yang lain, memang shopping gila sampai penuh tangan. 

Makan malam di Restoran masakan padang. Tak berapa ingat apa nama kedai tapi yang best masa makanan dihidangkan tak pakai dulang. Semua pinggan letak di tangan. Hebat kan? Memang menjadi kebiasaan makan masakan padang, lauk memang banyak dihidangkan tapi bayaran akan dikenakan mana yang kita ambil sahaja. Jadi jangan terkejut, kalau tiba-tiba banyak makanan dihidangkan. Bukan semuanya kita kena habiskan ya. 


Deretan makanan terhidang, pilih sahaja mana yang suka. 

p/s: sambung lagi aktiviti seterusnya pada hari ketiga. 

1 comment: