Pages

Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu dirobohkan

Malam ini Penjara Pudu akan dirobohkan setelah berkhidmat lebih daripada 100 tahun. Sayang kan? 

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian. Penjara Pudu tidak lagi digunakan pada tahun 1996 apabila Penjara Sungai Buloh siap didirikan. Semua ahli penjara dipindahkan ke situ secara berperingkat-peringkat. 

Siapa masih ingat lagi lukisan mural yang dilukis sepanjang tembok Penjara Pudu? Tak salah aku, dikatakan lukisan mural paling panjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter. 

Apa yang mampu kita boleh buat? Kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

p/s: selamat tinggal Penjara Pudu.

2 comments:

  1. rasanya tak patut dirobohkan sbb ia merupakan sebahagian dari sejarah malaysia... semua yg lama nak dimusnahkan... semua nak baru... nak buat projek apa ek situ?

    ReplyDelete
  2. nak buat jalan bawah tanah. konon nak elak kesesakan jalanraya.

    ReplyDelete