Pages

Thursday, July 8, 2010

Lost in parking lot



Pagi tadi aku dapat arahan untuk pergi SME Congress 2010 bersama-sama dengan kawan aku, Na'ilah di Sunway Pyramid Convention Centre. Asalnya aku memang malas nak join sebab dapat arahan last minit daripada boss. Biasalah boss aku tu, suka sangat bagi arahan last minit.

Ok..aku malas nak cerita pasal congress tu. Apa yang aku nak sampaikan kat sini, aku sesat kat parking lot! Ceritanya masa aku parking pagi tadi, aku boleh tak ingat mana aku park. This is so not me. Selalunya aku akan ingat kat mana aku letak kereta. Entah macamana, aku terus masuk lift tanpa periksa terlebih dahulu tingkat mana, nombor lot parking dan zon mana. 

Puas aku cari kereta aku. Mana dia ya. 

Ok..aku mengaku  aku sebenarnya panik sebab aku tak jumpa Sunway Pyramid Convention Centre sebab apa yang aku tahu cuma Sunway Pyramid Shopping Mall. Dua tempat yang berbeza ya walaupun berada dalam satu bangunan yang sama. Aku main ikut orang masuk lift tanpa tanya terlebih dahulu kat mana Sunway Pyramid Convention Centre. Lama juga aku pusing-pusing, akhirnya jumpa juga. 

Lepas congress, aku cuba ingat balik kat mana aku letak kereta. Apa yang aku ingat aku letak kereta kat zon biru dan depan lift. Bayangkan kat Sunway Pyramid ada 7 tingkat parking lot. Aku turun naik dari tingkat 3-7. Mahu 1 jam lebih aku dok jalan cari kereta aku. Sampai jalan pun dah tak betul. Dalam hati, aku siap plan nak call insurans buat laporan kehilangan kereta. Cuak gila beb. Nak menangis pun ada. Macamana aku nak balik rumah nanti?

Lastly, aku terus buat laporan customer service yang aku tak jumpa kereta aku. Lepas aku bagi keterangan kereta aku, terus dia cari kereta. Alhamdulillah jumpa juga kereta aku. Rupa-rupanya aku letak kereta kat tingkat 2. Yang aku cari kat tingkat 3-7, mana nak jumpa. Letak kereta kat tempat lain, cari kat tempat lain. Padan muka! 

Sebagai pengajaran, jangan lupa letak kereta kat mana ok. Kalau boleh, ambil gambar nanti senang nak ingat. 

p/s: nasib baik jumpa balik kereta.

2 comments:

  1. kikikii... penah gak alami mcm tu kat midvalley.. then pi tanya pak guard parking, pak guard check melalui pass parking tu...dia leh detect guna pass tu...

    ReplyDelete
  2. Cerita sebelum lastly ni tak tulis ponggg. takpe, meh saya cerita kt sini.

    "Akhirnya saya mengambil keputusan tuntuk call kwn sy Na'ilah untuk mengadu akan hal ini. Rasa sebak di dada dah tak tertanggung lagi. rasa mahu menangis berjujuran air mata. Lalu, no Na'ilah ku dail... begini perbualannya: (N=Nailah, A=Aku)

    N: helo..
    A: helo, weh, aku x jumpa kereta...
    N: ha? x jumpa? serius? dari tadi tak jumpa?..(dalam hati ingt dia main2.. :P)
    A: a'a..x jumpa. aku dah pusing CP3, CP4, CP5, CP6, CP7...sume takde..(suara sambil menahan sebak..)
    N: ok2, xpe, akak pegi cari guard, ckp kt guard tu, akak x jumpa kereta. bagi no plat keta, then diorg akan carikan..
    A: ok2, aku pegi cari (suara masih sayu dan menahan sebak)

    5 minit kemudian...

    Teett..teettt...(msg di henpon Nailah berbunyi)

    "Baru report kat cust servis"

    ok, ada sedikit kelegaan di hati Na'ilah...lalu beliau pon mengreply

    "ok2, apa2 nnt bgtau la ye"

    Selang tak lama kemudian, dalam masa kurang seploh minit...telefon Nailah berbunyi. Begini perbulannya:

    N: haa akak, mcm mana? dah jumpa?
    A: dah...aku paking kt CP2. memangla aku tak jumpa, aku cari kat 3,4,5,6,7..skali rupanya kt 2

    ....rasa lawak x ingt mengelubungi perasaan dan tak mampu tuntuk menahan gelak lagi..lalu terhamburlah gelakkan padu dari Nailah (oppss...yer...mmg jahat gelakkan org, tp apakan daya, x mampu tahan dah niii..)

    N: alahaiii...kesiannya akak. nape la akak x kol saya awal2...sanggupla akak pegi cari dari tingkat 3-7 tu...sy dah siap smpai rumah buat apa2 yg patut dh..dh selamat dh golek2...hahaha :P
    A: mana la aku tau..aku lupe...jahat la ko gelak kt aku.. (ada sedikit nada sedih di situ :P)
    N: hahaha..xpe kak, pengalaman...alhamdulillah la dah jumpa..
    A: okla, aku nk balik dah ni. dah dlm keta
    N: ok2, bwk keta elok2..
    A: ok, thanks, babai
    N: babai..

    Begitu lah kejadian yang telah berlaku sebelum sampainya kepada perenggan ini...

    Lastly, aku terus buat laporan customer service yang aku tak jumpa kereta aku. Lepas aku bagi keterangan kereta aku, terus dia cari kereta. Alhamdulillah jumpa juga kereta aku. Rupa-rupanya aku letak kereta kat tingkat 2. Yang aku cari kat tingkat 3-7, mana nak jumpa. Letak kereta kat tempat lain, cari kat tempat lain. Padan muka!


    * hehehehe..jgn marah ek kak...xpe, len kali sy x tinggal akak dah. sy akan anta akak sampai kt keta ek.. :D

    ReplyDelete