Pages

Friday, July 2, 2010

Selamat belajar balik

Yeaah!! Esok mula semester baru selepas 2 bulan cuti. Cuti lama sangat sampai hampir lupa semester baru nak mula. Tak sabar nak jumpa balik classmate. Harapnya result exam kali ini, semuanya pass. Kalau boleh, biar sama-sama dapat grad. Insyaallah kalau semua ok, tahun depan dah boleh grad. Cepat je kan? Macam tak percaya pula. 

Kena mula baca buku balik.

Pengumuman! Aku dah dapat result exam Mr. X. Result exam dia lagi bagus daripada aku yang pasti. Ini result exam Mr. X:

Marketing Management: A

Corporate Finance: B+

Hebat kan? 

Ok..kita tukar cerita lain. 

Pagi tadi masa breakfast dengan kawan-kawan opis, kita orang bincang pasal pengalaman buat Master (ada yang part time ada yang full time). Bila dengar cerita dia orang, aku lebih banyak mendengar sebab daripada pengalaman mereka, rata-rata classmate tak berapa nak kerjasama dan tak aktif berbincang dengan lecturer masa kelas. 

Ini jauh berbeza apa yang berlaku kepada classmate aku. Mereka sangat bekerjasama dan bila dalam kelas, sangat aktif berbincang dengan lecturer. Ya..aku tahu tak semua akan dapat classmate seperti aku tapi apa yang aku dapat simpulkan, aku sangat bersyukur. Lebih-lebih lagi ada sumber inspirasi, Mr. X yang buatkan aku lebih bersemangat untuk teruskan MBA aku. Of course I like. 

Harap sabjek semester baru ini berjalan dengan lancar. Kepada classmate aku, kerjasama antara kita akan berterusan ya. 

p/s: tak sabar nak nak jumpa Mr. X. hehehehe

No comments:

Post a Comment