Pages

Thursday, July 22, 2010

Sesat lagi

Aduhai..apa nak jadi dengan aku ni? Asyik sesat je ni. Semalam aku pergi kursus kat Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur. Aku dah siap Googlemap lagi tu nak cari lokasi hotel. Nak kata aku pandai sangat tu taklah tapi bila aku nampak Hotel Ritz Carlton dekat dengan Hotel Dorsett, sedikit sebanyak aku boleh agaklah kat mana. 

Pukul 7.20 pagi aku bertolak dari rumah dengan harapan aku boleh sampai sana sebelum pukul 9 pagi. Ya..aku tahu jalan ke Kuala Lumpur sangat sesak pada waktu itu. Nasib baik aku tak kerja lagi kat Kuala Lumpur. Cukuplah! 

Pukul 8.30 pagi aku dah ada depan Hotel Dorsett tapi aku tak nampak kelibat Hotel Ritz Carlton. Aku yakin sangat Hotel Ritz Carlton mesti ada berdekatan dengan Hotel Dorsett. Tak boleh jadi ini. So aku jalan terus dan berusaha untuk patah balik ke tempat tadi. Faham-fahamlah kalau dah masuk Kuala Lumpur, nak patah balik bukannya dekat-dekat. Banyak jalan tutup jadi terpaksalah aku pusing jalan jauh. 

Aku pun tak pasti jalan mana aku masuk, sedar-sedar aku dah masuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Jalan Pudu. Mahu 2-3 kali aku pusing balik jalan depan Hotel Dorsett tu. Masih tak puas hati lagi sebab tak jumpa Hotel Ritz Carlton. 

Bukannya jauh pun Hotel Dorsett dengan Hotel Ritz Carlton. 

Entah macamana aku ternampak ada jalan kecil betul-betul sebelah Hotel Dorsett. Cubalah masuk manalah tahu boleh jumpa. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Kenapalah aku tak terfikir nak masuk jalan tu? Nak tahu pukul berapa aku sampai? Aku sampai pukul 10 pagi. Hahaha..sejam lebih aku cari sampai tangki minyak kereta dah tinggal separuh. 

Jumpa juga akhirnya.  

Hati aku terubat bila aku dapat layanan istimewa daripada pekerja Hotel Ritz Carlton. Makan dan minum best! Yang paling aku suka, toilet hotel. Siap ada losyen tu. Tiap kali aku masuk toilet, mesti nak sapu losyen. Hmm..wangi pula tu. I like!

p/s: aku tengok harga bilik untuk semalam, paling murah dalam RM580. 

1 comment:

  1. ohooo rate dia stendet rate Mines Wellness hotel (formerly known as Mines Beach Resort)...

    ReplyDelete