Pages

Monday, August 9, 2010

Debaran masih sama

Tak sangka boleh jumpa balik selepas berpuluh-puluh tahun tak jumpa. Debaran mula-mula jumpa dulu masih terasa. Adakah cinta akan berputik semula?

Jangan ingat benda lain ok. Aku masih belum jumpa Abang Long lagi. Sengaja aku nak buat drama sekejap. Hahaha! Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Aku jumpa Rohaizi semalam kat pasar malam. Rohaizi adalah lelaki yang aku admire masa aku tingkatan 1. Kalau nak tahu lebih lanjut cerita Rohaizi sila rujuk kat sini

Sayang, aku tak sempat nak tegur dia sebab ramai orang kat kat pasar malam ditambah pula aku ni kan pemalu orangnya. Rupa dia? Sudah pasti aku masih ingat lagi muka dia walaupun sudah berubah.

Rohaizi taklah handsome macam Johnny Depp. Kalau handsome, sure aku pengsan depan dia. 

Masa bertembung dia semalam, rasa nak gugur jantung dibuatnya dan perasaan itu masih sama seperti jumpa masa di tingkatan 1 dulu. Hmm..tak tahu aku nak gambarkan bagaimana perasaan itu. 

Tapi apa yang aku mampu aku lakukan sekarang. Dia sudah menjadi milik orang lain dan biarlah aku memendam perasaan ini sampai bila-bila. Kalau buat novel, boleh kalah cerita Lagenda Budak Setan. Hahaha! Berangan je lah sesungguhnya berangan itu indah. Cewaaah! 

p/s: insyaallah kalau jumpa lagi, aku nak tegur dia. 

2 comments:

  1. hahahaaaaaa...... baca tajuk je trus dah leh agak dah misti kes terjumpa si rohaizi tuh!! Jumpa kat pasar sabtu ker??... huhhh mesti 'terkesima' sekejap bila terpandang saje wajahnya itu...kakakakaaaa.... rupenye dia masih dihatimu ekkk???? debaran itula buktinya!

    ReplyDelete
  2. jumpa kat pasar malam sabtu la mana lagi. auuwww malunya (siap cover muka)

    ReplyDelete