Pages

Thursday, August 12, 2010

Puasa hari kedua

Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua kita berpuasa. (alamak aku masih tak boleh nak puasa sebab dah nampak anak bulan raya dulu) So far ok tak? Hari pertama berpuasa aku cuma beli lauk di pasar ramadhan sebab tak ada lauk nak masak. Selalunya ayah yang selalu beli lauk tapi kali ini ayah tak ada sebab ayah pergi umrah. 

Aku pun tak tahu nak beli apa kat pasar ramadhan sebab semua makanan nampak sangat sedap. Kalau ikutkan hati, rasa nak beli je semua. Itu nafsu namanya kawan-kawan. Untuk hari pertama berbuka puasa, aku cuma beli lauk pajeri nenas dan sambal udang. Untuk pencuci mulut aku beli sedikit kuih. Nak tahu kuih kegemaran aku? Sudah pasti kuih koleh kacang. 

Suka makan kuih koleh kacang. Ada sesiapa tahu buat? 

Cerita pasal makanan di pasar ramadhan kali ni, aku dapat rasakan harga semakin naik. Bayangkan ayam golek dulu cuma RM13 seekor dan semalam aku tengok dah naik harga menjadi RM15 seekor! Dahlah saiz ayam semakin kecil ditambah pula dengan harga makin mahal. Memang tak patutlah. Itu belum tahu lagi rasa sedap atau tidak. 

Bagi aku, aku akan cuba untuk masak lauk untuk berbuka biarlah lauknya yang senang-senang. Yang pasti, rasanya sedap! Kali ini aku beli lauk kat pasar ramadhan sebab kes istimewa. Untuk pengetahuan semua, di kawasan rumah aku ni memang mewah dengan pasar ramadhan. Setakat yang aku tahu ada dalam 4-5 pasar ramadhan. Itu belum campur lagi yang aku tak tahu. Banyak kan? Cuma 1 sahaja pesanan aku, masa berbelanja, belanjalah secara berhemah. Jangan ikutkan nafsu. 

p/s: berbuka ikut sunnah nabi. 

No comments:

Post a Comment