Pages

Sunday, October 24, 2010

Aku malaslah nak layan kau

Pernah tak korang mengalami masalah macam ni? Ada kawan jumpa kau dan tegur kau tapi korang malas nak layan dia. Macamana korang nak beritahu kawan tu yang kau malas nak layan tapi dengan cara berhemah dan tanpa melukakan perasaan dia? 

Ceritanya macam ni..petang tadi aku ke pasar malam. Tiba-tiba sahaja kawan aku ni tegur aku. Aku memang selalu jumpa dia kat pasar malam tapi kalau boleh aku cuba elak nak jumpa dia. Dahlah tadi masa dia tegur aku, aku tengah syok beli yong tau foo (my favourite food), keluar pula ayat yang tak best daripada dia, "cukup ke yong tau foo tu?" Aku tahu dia nak beramah mesra dengan aku tapi cara dia tegur aku tak kena gaya betul. Aku nak je sound dia balik, "kalau tak cukup, kau nak bayarkan ke?" tapi biasalah aku tak kesampaian nak ucapkan. 

Jangan ganggu aku lagi ok..

Rasa geram pun ada sebenarnya kat kawan aku ni. Selalu aku boleh elak nak tembung dia tapi kali ini aku tak berjaya. Adik aku siap cakap, kalau jumpa kawan tu, sound balik kat dia, "lain kali kalau jumpa, kau jangan tegur aku. aku malas nak layan kau." Ok tak ayat tu? 

Ada berani? Aku nak buat sebenarnya. Sure best kan? Nak buat macamana, aku takut nak buat. Takut tak tercakap je. Oh ya..aku baru je delete dia daripada senarai kawan Facebook aku. Sorry beb..you're no longer my friend anymore. 

p/s: talk to the hands. 

4 comments:

  1. Sape tu kak long nad?? wa kenal ke? classmate ke?

    ReplyDelete
  2. kenal sangat & pernah sama-sama 1 kelas

    ReplyDelete
  3. pssstt...sape??? awat hang nyampah sgt dgn dia?? *very very da curios*

    ReplyDelete
  4. hehehe nanti i story ok? kita private message ya.

    ReplyDelete