Pages

Monday, October 18, 2010

Bayi Oktober

Aku suka dengan nombor. Kalau dulu aku suka hafal nombor telefon, nombor kad pengenalan dan tarikh hari lahir. Sekarang semenjak umur makin bertambah, skill hafal ini dah jarang pratikkan tapi ada beberapa nombor yang tak mungkin aku lupa antaranya tarikh lahir keluarga dan kawan-kawan.

Cerita pasal tarikh lahir, aku ingin ucapkan terima kasih kepada Facebook yang banyak membantu untuk beri ingatan pasal tarikh hari lahir kawan-kawan. Ada juga aku tak pernah ucapkan selamat hari lahir masa sekolah tapi bila ada kemudahan Facebook, bolehlah cover sikit. Bukan itu sahaja malah dapat jimatkan kos, masa dan tenaga. Sekurang-kurangnya nampaklah ada usaha yang aku masih ingatkan mereka. Betul tak? 

Ramai betul yang lahir dalam bulan Oktober dan termasuk aku. Hehehe..Aku dapat tahu ramai orang melayu lahir bulan Oktober. Kenapa ya? Di sini aku ingin berkongsi ciri-ciri orang yang lahir bulan Oktober: 
  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
  • Sopan terhadap pasangan. 
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
  • Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
  • Sukar menerima pandangan pasangan.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
  • Cemburu dan terlalu cemburu.
  • Romantik
  • Memahami pasangan.
Bagaimana? Ada yang betul? Hmmm...aku rasa betul lah tu kot. Bab sopan, aku macam tak percaya je. Sopan ke aku ni? Kena tanya orang lain untuk pastikan betul atau tak. 

p/s: artis Pablo Picasso sama tarikh lahir dengan aku.

No comments:

Post a Comment