Pages

Wednesday, October 13, 2010

Post sekali harung

Selalunya bila aku kekeringan idea nak tulis blog, aku akan layan lagu Francissca Peter dulu. Best wooo layan lagu Fran ni. Untuk pengetahuan semua, aku mula suka Fran semenjak dia berduet dengan Roy lagi. Boleh dikatakan aku tahu semua lagu Fran. Hehehe...

Ok aku tahu aku dah lama tak update blog. Kawan aku pun dah mula tanya bila lagi nak update blog. Nantilah..belum dapat ilham lagi. Aku tengok sekarang dah mula jarang aku update blog. Kerja kat opis makin banyak, melayan kerenah boss  dan banyak lagi. Waaah Junaidah dah mula tunjuk toncang. Amboi banyak cantik muka kau. Baru kerja beberapa bulan dah tunjuk belang. Aku perasan Junaidah suka sangat menyampuk cakap kalau aku tengah borak dengan kawan. Nak je aku sound, "ada aku tanya kau ke? yang kau nak sibuk-sibuk tahu pasal kami, apa hal?" Entahlah..aku memang tak boleh nak kerja dengan dia. Ada sekali boss minta aku kerja dan minta pendapat daripada Junaidah. Aku nak kerja dengan dia? No way man!!! 

Petang tadi ada kawan minta aku ganti tempat dia untuk perlawanan bowling pada 16 Oktober. Aku tak pandai mainlah. Malah aku pernah dinobatkan sebagai Ratu Longkang masa pertandingan bowling dulu. Malu seh! Nak buat macamana, dah tak cukup orang nak main. Kalau tak cukup pemain terus batal penyertaan. Hah..kan dah malu. Untuk tidak menghampakan harapan Kumpulan Merah, aku joinlah. Kalau aku dok main masuk longkang, jangan marah ya. Aku dah pesan awal-awal tau. So wish me the best of luck. Mana tahu Kumpulan Merah boleh jadi juara nanti. Betul tak? Hehehe..aku tak berani nak komen apa-apa. Tunggulah bila tiba waktunya. 

Sekarang ini ada promosi AirAsia. Memanjang ada promosi tapi bila aku check dengan tarikh yang aku ok, tak dapat pula harga murah. Habis tu macamana? 


Ayah ada ajak aku melancong ke Australia. Memanglah ayah boleh sponsor tiket tapi belanja sepanjang kat sana, siapa nak bayar? Bonus tahun ini tak tahu lagi bila nak dapat. Tak syoklah kalau jalan-jalan masa duit tak ada. Alang-alang jalan, biar semua ada, baik dari segi fizikal, mental dan kewangan! 

Untuk tahun 2011, aku belum plan lagi nak ke mana-mana. Semua kena tangguh dulu. Biar semua dah ok, baru boleh fikir.  Tak elok buat keputusan terburu-buru, nanti apa yang plan semua tak jadi. Hajat di hati, biar setiap tahun ada pergi mana-mana. Untuk tahun 2010, aku dah lepas ke Bandung dan Jakarta. 1 tahun punya plan beb. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 

p/s: sekarang ini asyik nak makan sahaja. makin comel la..

No comments:

Post a Comment