Pages

Friday, October 1, 2010

Semakin hari semakin benci

Semakin lama aku kerja kat opis, semakin lama aku naik menyampah dengan boss aku. Baru-baru ini, aku rasa sangat tertekan dengan boss sebab banyak kerja nak kena selesaikan. Dahlah tu, boss aku gelabah tak tentu pasal hanya kerana perkara kecil. Geram tau! 

On top of that, dia siap call aku konon nak beritahu workplan dia. Apa yang patut kita lakukan selepas ini dan kena rancang awal untul projek seterusnya. Wahai boss, kerja sekarang tak siap lagi..kau nak plan macam-macam pula. Cuba sabar boleh tak? Dahlah tu..boss aku bagi arahan macamlah aku tak tahu nak buat kerja. Dekat 4 tahun aku kerja kat situ, apa lagi kau mahu?

Muka bengang dapat call daripada boss..Don't make fun on me ok. 

Sepanjang dia call aku, aku malas nak beri apa-apa respond. Cuma sekadar hmmm..ya..ok. Lama gila beb dia cakap. Mahu dekat 1 jam rasanya boss aku bebel dalam telefon. Aku siap minum milo dan makan biskut dulu. Sambil-sambil tu aku siap surfing kat internet. Nasib baiklah dia tak nampak aku dok buat isyarat lucah kat meja aku. Hahaha!

Sebenarnya tak ada masalah dengan kerja yang aku buat tapi bila boss campurtangan, itu yang buat kelam kabut. Lebih-lebih lagi kalau dapat boss macam aku tu. Panic tak tentu pasal. Aku pun tak tahu macamana orang boleh lantik dia jadi boss. Dahlah kerja dia, banyak staff dia yang buat. 

Sekarang department aku semakin kurang sebab ramai yang dah berhenti kerja. Kalau dapat boss ok, aku rasa ramai akan stay. Sayang, rata-rata yang berhenti kerja adalah staff senior yang memang mahir dengan kerja sekarang. Aku? Biar aku stay sampai habis MBA dulu. Plan seterusnya kena tunggu dulu. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. 

p/s: kenapalah boss masih tak sedar yang ramai tak suka dia?

No comments:

Post a Comment