Pages

Thursday, November 18, 2010

Aiskrim Malaysia

Siapa masih ingat aiskrim Malaysia? Masa aku sekolah rendah dulu, memang rajin buat aiskrim Malaysia. Jangan tak tahu, aku siap jual lagi tu kepada kawan-kawan. Selalunya aku jual aiskrim perasa milo, sirap dan paling digemari asam boi! 


Nak ikat aiskrim pun ada skill tu. Kalau tak kena gaya, tak cantik rupanya. Ikat kena ketat kalau tak, nanti nampak lembik. Rupa bentuk tu penting kalau tak, tak ada siapa nak beli. Waaah!! Muda-muda lagi dah ada ciri-ciri keusahawanan. Kalau lecturer aku tau, mesti dia bangga. 


Masa tu aku jual harga 10sen sebatang rasanya dan hasil jualan aiskrim boleh dibuat modal pusing untuk buat lagi pada hari esok. Kalau tak ada siapa nak beli, siapa lagi yang akan habiskan? Aku dan adik-adik aku yang habiskannya nanti. Hehehe...


Inilah rupanya aiskrim Malaysia asam boi. 

Ada lagi ke orang jual aiskrim ni? Kalau ada pun, sure mahal kan? Sekarang pun, orang dah tak pandang lagi aiskrim Malaysia ini. Dah ada macam-macam aiskrim yang ada kat pasaran. Sediakan sahaja duit, pasti akan dapat. 

p/s: nak makan aiskrim!!!

3 comments:

  1. saya buat sndiri! tapi buat milo :D

    ReplyDelete
  2. buat aiskrim milo kalau ada lebih minum pagi. nak buang sayang.

    ReplyDelete
  3. wahhh suke aiskrim nih! paling bes mesti la milo!! heheehh...

    ReplyDelete