Pages

Sunday, November 7, 2010

Idea ooo idea

Aku dah update blog tadi tapi tiba-tiba rasa tak best pula. Terus aku delete. Abaikan sahaja apa yang aku tulis tadi. Tiba-tiba datang pula angin berangan. Hmmm..mulalah aku berangan tak tentu pasal. Hahaha..malu beb! 

Ok..sila lupakan apa aku tulis tadi ya. Aku sebenarnya nak cerita lain tapi dah dekat 1 jam aku mengadap laptop, idea tak datang juga. Layan kejap lagu kakak kesayangan aku, Francissca Peter. Hmm..tak datang juga idea. 

Idea ini tak boleh paksa sangat sebab kadang-kadang idea boleh datang sendiri. Bila idea dah datang, laju je nak tulis. Kalau ada masalah nak cari idea, selalunya aku cari mood dulu. Layan lagu, layan Facebook kejap atau lompat-lompat baca blog orang lain. 

Kagumlah siapa yang boleh update blog tiap-tiap hari. Siap boleh menjana pendapatan tu! Rasa-rasanya kalau aku buat fulltime tulis blog, boleh kaya tak? Aku tengok akaun Nuffnang aku tak berubah pun. Cuma RM2.50 dari dulu lagi. Aku taklah nak mengharap dapat duit lebih daripada Nuffnang sebab aku tahu tak ramai yang tahu kewujudan blog aku ini. Follower pun baru 7 orang. Hehehe..

Ada kawan aku cakap buatlah blog pasal kek carrot aku. Boleh jual dan dapat duit lebih. Bagi aku, aku buat kek cuma suka-suka sahaja. Kalau ada orang nak, aku buatlah. Untung pun aku tak ambil banyak. Cukuplah lepas duit belanja modal. InsyaAllah..rezeki ada di mana-mana sahaja kalau kita berusaha. 

p/s: kalaulah aku kaya  tapi sekarang bahayalah. silap-silap kena bunuh.

No comments:

Post a Comment