Pages

Sunday, November 14, 2010

Semester baru dah mula

Kelas MBA dah mula semalam. Dahlah semester kali ini agak susah dengan sabjek Strategic Management dan Management Accounting for Managers. Amik kau! 

Untuk sabjek Strategic Management sangat sesuai kepada General Managers untuk kendalikan strategi syarikat sama ada apa yang kita rancang tidak lari daripada misi dan wawasan. Kena berpandangan jauh tu. 

Aku agak pening-pening nak fahamkan konsep sebab kita perlu banyak buat SWOT analysis. Arrggh kena study lebih sikit semester ini kalau nak maintain result. InsyaAllah boleh dengan bantuan dan sokongan daripada kawan-kawan. Dah tak banyak lagi pun nak habis. Ada tinggal lagi 2 semester. Siapa sangka..kejap je masa berlalu. 

Dapat pula lecturer otai yang dah lama berkecimpung dengan dunia korporat. Tak boleh nak tipu beb. Bagi aku setakat ini, lecturer ok je. Alhamdulillah lecturer yang ajar kelas MBA semuanya baik-baik belaka. Dia orang pun faham dengan keadaan kami yang belajar sambil kerja dan tugas mereka nak tolong student untuk pass. Bagi aku, kalau kita ikut dan buat apa yang disuruh oleh lecturer, insyaAllah kita akan pass. Sama ada dapat score A atau tak, semuanya bergantung kepada usaha kita. 

p/s: tunggu untuk sabjek seterusnya. rasa-rasa boleh tak?

No comments:

Post a Comment