Pages

Sunday, July 31, 2011

1 litre of tears



Lepak-lepak rumah adik aku sambil tengok cerita 1 litre of tears, memang terbaik. Ceritanya memang sedih sangat. Nasihat aku, sila sediakan tisu ya. Cerita ini berdasarkan kisah benar. Ya aku tahu cerita ni dah lama tapi bila tengok lagi, memang akan menangis. Percayalah. Dahlah cerita ini panjang sampai 11 episod, sanggup tengok sampai habis. Hehehe...

Part yang paling sedih

Sinopsis cerita:

15-year-old Ikeuchi Aya was an ordinary girl, the daughter of a family who works at a tofu shop, and a soon-to-be high schooler. However, odd things have been happening to Aya lately. She has been falling down often and walks strange. Her mother, Shioka, takes Aya to see the doctor, and he informs Shioka that Aya has spinocerebellar degeneration - a terrible disease where the cerebellum of the brain gradually deteriorates to the point where the victim cannot walk, speak, write, or eat. A cruel disease, as it does not affect the mind in the least.

Antara pelakon yang berlakon dalam cerita ini, aku memang suka sangat dengan watak doktor yang merawat heroin. Namanya ialah Fujiki Naohito. Handsome gila! Dia bukan sahaja boleh berlakon malah dia juga ahli muzik. Kalau aku dapat jumpa dia betul-betul, memang aku cair!



Kau memang handsome ok!

p/s: suka tengok cerita Jepun. kalau sedih, memang sedih gila!

Saturday, July 30, 2011

Projek biskut raya

Sambil-sambil aku tengah update blog, tiba-tiba ada bau sedap dari dapur. Alamak, adik aku buat biskut coklat cip. Waah!! Lama sudah tak buat biskut. Kalau tak sebelum ini, asyik beli sahaja biskut. 

Sempena nak sambut bulan Ramadhan, bolehlah rajin-rajinkan diri nak buat biskut. Aku pun dah lama tak buat biskut. Kalau kek, yang itu dah selalu buat. 

Bolehlah aku gilap kembali skill lama buat biskut. Dulu masa mak aku ada, memang rajin buat biskut. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi banyak. Buat biskut ni, bukan sahaja jimatkan duit malah sedap!

Mari kita cuci mata. 





p/s: macam ala-ala famous amos.

Aktiviti cari makan

Baru balik dari trip yang tak dirancang. Nak tau aku ke mana? Aku ke Batu Pahat dan kebetulan pula adik aku ada meeting kat UTHM. Alang-alang tak ada apa nak buat, aku pun ikut sekali ke sana. Sambil-sambil tu bolehlah sekali jalan-jalan cari makan. Betul tak?

Sementara adik aku meeting, aku dan rombongan Cik Kiah yang terdiri daripada adik bongsu, adik ipar, Sara dan Hadi jalan-jalan sekitar Batu Pahat. Tahun lepas aku ada buat trip jalan-jalan cari makan di sana. Siapa ingat lagi? Ok...cuba imbas kembali trip aku ke Batu Pahat kat sini

Serba sedikit mengenai UTHM:

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini.  (sumber daripada laman web UTHM)

Sempat lagi ambil gambar sekitar UTHM. 







Lepas adik aku selesai meeting, misi seterusnya adalah mencari mee racun yang sangat terkenal di Batu Pahat. Agak mencabar juga nak mencari sebab kebetulan banyak kedai yang tutup. Akhirnya, kami jumpa juga gerai yang menjual mee racun.

Adik aku ambil mee racun biasa harga RM3.50.

Aku ambil mee racun special 1 harga RM5.00.


 Depan kedai mee racun.


Kedai mee racun yang terletak di Jalan Rotan Tungal, sebelah 
dengan masjid dan berdekatan dengan Carrefour.

Bagi aku, mee racun rasanya biasa je..kombinasi rasa mee bandung dengan mee rebus dan kalau ambil mee rebus special ada letak gear box sekali. Aku boleh bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Servisnya agak slow sebab mee racun ini bukannya dimasak sekali banyak. Kena tunggu sekejap untuk makanan disediakan. Siapa ingin mencuba, silalah cuba. 

Rancangan asal nak bermalam di Batu Pahat tapi tak jadi. Seterusnya kami meneruskan perjalanan makan makanan laut di Alai, Melaka. 

Ikan siakap bakar

Udang masak butter

Pahat sweet sour

Sotong goreng tepung.

Komen aku? Sotong goreng tepung agak masin sedikit dan lauk yang lain rasa  oklah. Harga? Untuk makan lauk tadi dengan otak-otak 40 keping dan air tembikai 1 jag ialah RM130

Aktiviti seterusnya? Bila perut dah kenyang, baliklah jawabnya. Hehehe...

p/s: ramadhan dah tiba. selamat berpuasa!

Wednesday, July 27, 2011

Lamanya nak tunggu semester baru

Cuti semester kali ini lama sangat sampai aku tak tahu nak buat apa. Aktiviti hujung minggu sama ada stay kat rumah atau jalan-jalan sakat anak saudara. Hehehe..

Rasa dah tak sabar nak mula semester balik pada bulan September. Nak jumpa balik kawan sekelas dan pastinya nak jumpa Mr. X. Eh minah ni gedik pulak. 

Result exam last semester dah dapat. Jatuh sikit berbanding sebelum ini. 

Supply Chain Management: A-

Law, Ethics and Corporate Social Responsibility: B-

GPA: 3.17

CGPA: 3.31

Tinggal lagi 1 semester nak habis. Rasa macam tak percaya aku dah nak habis belajar. Ikutkan memang boleh habis awal tapi entah macamana saat-saat akhir ada pula rombakan nak mulakan semester baru pada bulan September. Kalau tak, bulan Julai dah mula semester baru so dalam bulan Oktober dah selesailah.

Dahlah aku plan nak ke Kota Kinabalu bulan Oktober. Harap nanti tak clash masa dengan kelas. Alaa lecturer, bukannya selalu aku nak ponteng kelas tau. Lagipun aku dah plan lama sejak tahun lepas lagi. Takkanlah aku nak batal semuanya. Segala persiapan dah siap, tunggu masa je nak pergi. 

Result Mr. X macam biasa mestilah score! Macamanalah dia belajar ya? Dahlah background engineering boleh nak cover sabjek business. Cuba aku ambil sabjek engineering. Memang 1 benda aku tak faham. Kat opis aku ni pun rasanya macam dah jadi engineer bidan terjun. Kena tahu apa dia spectrum management, satellite, broadband dan banyak lagi. 

p/s: apa plan lepas grad?

Tuesday, July 26, 2011

LHDN sangat efisyen

Siapa ingat lagi cerita pasal aku salah isi borang cukai pendapatan? Kalau tak ingat boleh klik kat sini untuk mengimbas kembali cerita.

Dipendekkan cerita, baru-baru ini aku terima surat daripada LHDN yang mengatakan aku kena bayar sebanyak RM1,460.80 dan dikenakan potongan gaji bermula bulan Ogos 2011 sampai bulan Januari 2012 sebanyak RM243. Banyak tu! Dalam hati rasa pelik juga sebenarnya sebab takkanlah tak ada apa-apa perubahan. Takkanlah tak ada sebarang tindakan lepas aku buat laporan pindaan hari tu. 

Aku ingatkan lepas semakan semula cukai pendapatan, tak perlu nak bayar tapi rupa-rupanya kena bayar juga. Bukan apa, kalau aku nak bandingkan dengan kawan-kawan opis aku, dia orang tak perlu bayar apa-apa. Hanya kerana aku salah klik kat pekerja yang berpengetahuan, terus kena bayar. Tak boleh jadi ini.

Jadi aku emel terus kepada Pengarah LHDN Cawangan Cheras dan beritahu perkara sebenar. Tak sangka pula, pada hari esoknya aku dapat maklumbalas daripada beliau dan tak lama lepas tu pegawai in charge terus ambil tindakan dengan emel aku. Waaah! Cepat. 

Bila dah buat semakan semula, rupa-rupanya aku tak perlu bayar apa-apa lagi malah aku dapat duit rebate sebanyak  RM443.73 dan akan dimasukkan terus akaun dalam beberapa hari lagi.  Alhamdulillah..Itu rezeki namanya. Bolehlah nak pakai untuk belanja raya nanti. Hehehe..

Terima kasih atas kerjasama dan tindakan pantas LHDN yang telah menyelesaikan masalah aku. Tak lupa juga kepada kawan-kawan dan adik aku yang banyak membantu. Cewaah! Apa nak claim duit kat aku?? KFC boleh? Hehehe..

Oh ya! Pagi tadi aku cek akaun aku, eh duit rebate dah masuklah. Patutlah aku perasan tiba-tiba tengok baki akaun ada duit lebih. Alhamdulillah. 

p/s: rezeki nak sambut ramadhan.

Monday, July 18, 2011

Jadual berbuka puasa dan imsak 2011

Tak lama lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan. Kali ini aku nak nak kongsi sama-sama jadual berbuka puasa dan imsak bagi kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya. 



p/s: sama-sama kita mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini. 

Sunday, July 17, 2011

Maklumat mengenai melancong ke Sabah

Rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu tinggal lagi 2 bulan je. Terasa kejap sangat masa berlalu. Di sini aku nak kongsi maklumat mengenai melancong ke Sabah. Sila rujuk di sini:


Memang banyak maklumat pasal Sabah. Sudi-sudilah melawat kat link tersebut. Apa lagi ya...mari kita melancong ke Sabah!

p/s: tak sabar dah ke Kota Kinabalu

Friday, July 15, 2011

Emak

Bila baca blog sahabat aku, Emmy yang baru kehilangan emaknya, aku teringat peristiwa yang pernah aku alami 10 tahun yang lalu. Emak aku telah meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya tanpa sebarang tanda-tanda. Beberapa hari sebelum itu, emak cuma demam biasa tapi pada 6 Oktober 2001, tiba-tiba emak didapati tak sedarkan diri.

Adik aku terus telefon hospital dan tak lama lepas tu ambulan sampai dan bawa emak, aku dan adik aku ke Hospital Kajang. Sampai sahaja di hospital, emak terus dibawa ke unit kecemasan. Lebih kurang setengah jam, doktor yang merawat emak aku pun keluar dan beritahu kami yang emak telah tiada.

Tiba-tiba sahaja aku rasakan diri terawang-awang dan kosong bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh doktor. Bila doktor aku suruh tanggalkan barang kemas emak, tangan aku menggigil untuk membukanya sampaikan doktor suruh aku bertenang dulu. 

Bila jenazah emak dibawa ke rumah, sudah ramai yang tunggu di rumah. Ramai yang masih tak sangka emak telah tiada. 

Saat yang paling sedih adalah selepas memandikan dan pakaikan kain kapan emak. Itulah kali terakhir aku dapat menatap wajah emak. Aku menangis sepuas-puasnya tapi yang aku boleh lakukan? Menangis berdarah pun, emak tak akan kembali sebab Allah lebih menyayangi emak. 

Alhamdulillah segala urusan pengkebumian emak berjalan dengan lancar. 

Kini, apa yang aku dapat lakukan sebagai anak, banyakkan sedekah Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman. 

Pesan aku kepada semua, sayanglah kedua-dua emak dan ayah selagi mereka masih ada. Walaupun ada perasaan marah, geram dan sebagainya, ingatlah tanpa mereka kita tidak akan ada di bumi ini. 

p/s: sebak bila cerita pasal emak

Wednesday, July 13, 2011

Ramadhan datang lagi

Insya-Allah bulan depan kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Sesiapa yang masih berhutang puasa, silalah bayar cepat-cepat (peringatan kepada aku juga). 

Siapa sangka cepat betul masa berlalu, rasa baru je kita sambut tahun lepas. Ingat lagi sebab beli kain yang banyak kat Bandung untuk persiapan raya. Hehehe....

Kali ini aku berazam untuk penuhkan dengan aktiviti yang bolehkan kita menambah amal ibadat terutamanya pada bulan Ramadhan seperti solat terawih, mengaji quran dan bukannya nak tidur sahaja. Cewaaah! Bersungguh-sungguh betul aku kali ini. Tahun lepas, banyak betul yang aku terlepas. Peluang ini pun bukannya selalu ada. Rebutlah sebaik-baiknya. 

p/s: selamat menyambut bulan ramadhan. 

Tuesday, July 12, 2011

Melancong lagi?


Ada promosi Air Asia hari ini. Sempat lagi aku tengok apa yang menarik. Ikutkan hati nak jalan-jalan ke Bali sebab tak pernah sampai sana lagi. Boleh dapat harga tiket KL-Bali pergi balik dalam RM300+. Kira oklah tu. 

Bila nak ke sana? Hmmm.. nampak gaya kena tunggu tahun 2012 lah jawabnya. Hehehe..nak pergi sekarang mana aku nak cekau duit? 

p/s: ada sesiapa yang baik hati nak sponsor?

Kenapa kau cantik sangat?

Mata aku dah rambang tengok beg. Rasa nak beli je semuanya.







Kalau sesiapa berminat boleh tengok kat sini. Macam-macam beg ada. Pilih sahaja mana yang berkenan. Harga pun boleh tahan juga. Nak beli yang original tak mampu. Setakat beli ala-ala yang original pun ok apa. Hehehe..

p/s: angin nak beli beg pula. 

Thursday, July 7, 2011

Pulau Pangkor with love part 3

Hari ketiga
Kembali semula trip Pulau Pangkor yang tergendala sekejap. Memandangkan hari ini hari terakhir di Pulau Pangkor, aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi. Penting sebenarnya..kalau tak makan dulu, tak boleh nak buat apa-apa. 


Nasi lemak dengan air teh tarik. 

Lepas makan sarapan pagi, terus kemas barang-barang untuk pulang. Kami diberitahu oleh pakcik pemandu teksi adalah lebih baik pulang awal untuk mengelakkan daripada kesesakan di jeti. Selalunya pada hari Ahad, ramai orang akan datang berkunjung ke Pulau Pangkor. Pukul 10 lebih kami dah siap kemas dan terus ambil teksi ke jeti. 

Sampai jeti, terlepas feri ke Marina Island maka terpaksalah tunggu feri seterusnya. Lama juga tunggu. Sambil tunggu feri datang, sempat ambil gambar kat jeti. 

  


Sampai di Marina Island, rasa lapar pula. Asyik makan je aku ni. Hehehehe.. Singgah sekejap di restoran yang berdekat dengan Marina Island. Suka sangat makan kat sini sebab ada banyak pilihan lauk dan semuanya layan diri termasuklah minuman. 

 Memang sentiasa penuh dengan orang. Aku dapat tahu kedai ni buka kejap je. Dibuka masa waktu makan tengahari sahaja. 


Itu dia nama kedai makan. 

 Pilihan minuman. 

 Pilih apa sahaja lauk yang berkenan. 


Jangan malu-malu ya kak. 

Perut dah kenyang..apa lagi, baliklah jawabnya. 

Ok..mari kita kira-kira perbelanjaan sepanjang perjalanan ke Pulau Pangkor. 

Minyak kereta pergi balik RM95
Duit tol RM3.60 (ikut jalan dalam)
Hotel Lead View di Seri Manjung RM110
Hotel Palma Beach Resort di Pulau Pangkor RM105
Teksi di Pulau Pangkor RM72
Makan dan buah tangan RM100
Tiket feri pergi balik RM10

Jumlah keseluruhan adalah RM495.60. Lebih kurang dalam RM302.80 untuk seorang belanja. Hmmm...kira oklah tu. Lepas ini, bolehlah aku buat show destinasi bajet macam kat TV tu kan. Dengan bajet lebih kurang RM300 boleh pergi bercuti  3 hari 2 malam. Siapa kata tak boleh. Cewaaahh!! 

p/s: next trip? Kota Kinabalu bah. 

Tuesday, July 5, 2011

Pindah opis baru

Minggu lepas kena demam gara-gara kena hujan (macam cerita ala-ala hindustan berlari dalam hujan) jadi tak sempat nak update blog. 

Alhamdulillah hari ini aku dah sihat dan bolehlah aku nak update blog. Macam-macam berlaku kat aku pada minggu lepas antaranya kena packing barang-barang sebab nak kena pindah ke opis baru. 

 Bila nak habis packing?


 Dah habis packing packing akhirnya...alamak skrin pasang Facebook. Kantoi!

Dah masuk opis baru. My new work station. Ada ok ka?

Hari semalam dah masuk opis baru kat Prima 1. So far so good. Dapat parking bawah tak payah nak berebut dengan orang lain, pantry besar dan serba-serbi baru. Best! 

Cerita pasal trip ke Pulau Pangkor akan sambung lagi. So tunggu ya. 

p/s: masih nak adjust dengan opis baru.