Pages

Friday, July 15, 2011

Emak

Bila baca blog sahabat aku, Emmy yang baru kehilangan emaknya, aku teringat peristiwa yang pernah aku alami 10 tahun yang lalu. Emak aku telah meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya tanpa sebarang tanda-tanda. Beberapa hari sebelum itu, emak cuma demam biasa tapi pada 6 Oktober 2001, tiba-tiba emak didapati tak sedarkan diri.

Adik aku terus telefon hospital dan tak lama lepas tu ambulan sampai dan bawa emak, aku dan adik aku ke Hospital Kajang. Sampai sahaja di hospital, emak terus dibawa ke unit kecemasan. Lebih kurang setengah jam, doktor yang merawat emak aku pun keluar dan beritahu kami yang emak telah tiada.

Tiba-tiba sahaja aku rasakan diri terawang-awang dan kosong bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh doktor. Bila doktor aku suruh tanggalkan barang kemas emak, tangan aku menggigil untuk membukanya sampaikan doktor suruh aku bertenang dulu. 

Bila jenazah emak dibawa ke rumah, sudah ramai yang tunggu di rumah. Ramai yang masih tak sangka emak telah tiada. 

Saat yang paling sedih adalah selepas memandikan dan pakaikan kain kapan emak. Itulah kali terakhir aku dapat menatap wajah emak. Aku menangis sepuas-puasnya tapi yang aku boleh lakukan? Menangis berdarah pun, emak tak akan kembali sebab Allah lebih menyayangi emak. 

Alhamdulillah segala urusan pengkebumian emak berjalan dengan lancar. 

Kini, apa yang aku dapat lakukan sebagai anak, banyakkan sedekah Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman. 

Pesan aku kepada semua, sayanglah kedua-dua emak dan ayah selagi mereka masih ada. Walaupun ada perasaan marah, geram dan sebagainya, ingatlah tanpa mereka kita tidak akan ada di bumi ini. 

p/s: sebak bila cerita pasal emak

1 comment:

  1. rindu sgt dengan mak...al-fatihah tuk mak yang kurindui..

    ReplyDelete