Pages

Saturday, September 17, 2011

Makan-makan dim sum

Ada tawaran hebat makan-makan dim sum buffet di Hotel Holiday Villa, Subang. Cuma bayar RM35 dan makanlah sepuas hati. Kalau nak ikutkan, harga asal adalah RM58, diskaun sebanyak 40% beb. 



Makan-makan dim sum mula pukul 6.30 petang sampai pukul 10.30 malam. Memandangkan semalam adalah cuti am, ramailah yang datang mengambil kesempatan datang untuk makan-makan. Ramai gila orang datang. Bayangkan, staff dia orang baru nak hidang dim sum dalam troli, dah kene serbu macam diserang garuda sahaja. Kejap je makanan dah habis. Nasib baik aku sampai awal, masih banyak lagi makanan. Kasihan orang yang datang kemudian, banyak makanan yang habis. Nak tunggu isi semula, ambil masa pula. 

Ini adalah hasil tangkapan yang berjaya aku kumpul semalam. (tak semua makanan yang sempat ambil gambar)











Secara keseluruhan, aku boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. Makanannya ok cuma yang tak seronoknya kena berebut dengan ramai orang. Tips yang dapat aku beri, kalau boleh datang awal. Kalau mula 6.30 petang, kena dah ada masa tu. Selalunya makanan masa tu masih banyak dan orang pun tak ramai lagi. Cuba elak datang masa hari cuti umum sebab masa tu mesti ramai orang yang datang. 

Bersepahnya meja aku. Chopstick bersepah-sepah. 

Aku suka makan bubur ayam, siap tambah 2 kali. Hehehe.. Ada juga dihidangkan sushi tapi tak berapa menarik lagipun pilihan tak banyak. Rata-rata yang datang nak makan dim sum termasuk aku. 

Muka kekenyangan. Buurrp! Alhamdulillah. 


p/s: rasa nak pecah perut dibuatnya makan dim sum. 

No comments:

Post a Comment