Pages

Friday, September 2, 2011

Sambutan hari raya

Hari ini masuk hari keempat dalam bulan Syawal. Amacam sambutan raya kali ini? Walaupun aku dapat cuti lama, hari raya kedua aku dah balik Bangi. Ini semua gara-gara adik bongsu aku kena masuk kerja pada hari Khamis. 

Sekarang ini, aku cuma duduk kat rumah. Nak beraya pun, ramai lagi yang belum pulang ke rumah. Nak jalan-jalan, rasa malas pula. 

Sejak balik beraya di kampung, perut asyik memulas sahaja. Asyik melantak rendang je, terkejut perut aku dibuatnya. Padan muka! 

Untuk melegakan sikit perut aku, hari semalam aku mula puasa sunat enam. Rasa melepet je atas katil menahan sakit perut siap makan pil chi kit tek aun dan sapu minyak yu yee lagi. Alhamdulillah hari ini ada rasa lega sikit. 

Pil sangat berguna untuk hilangkan rasa sakit perut.

Minyak yu yee bau limau


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Makan berpada-padalah ya. 

p/s: nak beraya rumah siapa ya?

No comments:

Post a Comment